Sunday 9 December 2012

Diri ini

Dalam hati tersimpan seribu rahsia
Kerana amanah tetap ku simpan sampai ke akhirnya
Pahit kutelan juga

Tiada impian untuk di sini
Tiada harapan untuk di sini
Impian ku untuk di sana nanti

Gembiraku ada pada wajahmu
Kehadiranmu semangat untukku
Untuk bertahan dari duri-duri yang datang

Manis tiada pahit pun tiada
Airmata tetap mengalir juga
Sudah begitu suratanNya




Wednesday 19 September 2012

Wad Hospital (part 2)

As salam

Bermula sesi rawatan untuk isyhad yang comei bucuk2 ummi abah ni..

Selesai doktor check n amik darah..terus drip masuk air..kena jaga tangan isyhad sebab dia nak main je..ada la dia tidur kejap..1 test darah isyhad di wad kecemasan tadi keputusannye isyhad kurang air..

Masuk Wad Hospital (Part 1)

As salam, Tajuk atas ni merupakan lanjutan atau kronologi dari tanda2 isyhad muntah2 (7/9/2012). Sabtu 8/9/2012 Pagi tu abah dia jaga dan ummi kena gi sekolah sbb sekolah ganti dan ada kelas dip ed. Kelas dip ed petang tu tak pegi sebab ganti abah jaga isyhad..hubby masuk keja petang. Pagi tu dia muntah sekali lepas minum susu. Tgh hari aku masakkan sup ayam dan nasi, isyhad makan dalam 10 suap je. Then malam bagi lagi makan pun ada la dalam kurang 10 suap. tak selera nak mkn. Ada berak agak cair jugak dan kuning pucat. 2 kali dia berak bentuk yang sama n total muntah 3 kali. Semangat main tetap kuat dan aktif je.. Ahad 9/9/2012 Subuh,5.00 pg tu isyhad merengek2 dan akhirnya aku masukkan dia dalam buai. Masa dalam buai dia kentut2 dan dgr berak macam cair. Biarkan je dulu sbb isyhad tgh tidur. dah setengah jam angkat dia gi basuh. Tgk kat pampers totally tahi isyhad cair..no solid... Isyhad sambung tidur but baru je siap tukar pampers dgr dia berak lagi..kali ni tgk kat pampers banyak n same mcm yang pertama tadi totally cair. Hubby n aku rasa isyhad panas dalam sebab dia mcm demam tak demam. Pastu isyhad dah x nak tidur n main2 je dgn happy tgk abah n ummi ada pagi tu. Sarapan pagi dgn isyhad makan biskut..tapi dia tak nak makan lansung cuma susu badan je pagi tu dan air suam.Isyhad sambung main2 kat ruang tamu and aku n hubby duk tgk tv n borak2..Isyhad jap2 datang senyum2 n peluk2 ummi n abah. tak rasa lansung yang isyhad macam sakit. 11.30 pagi. Aku duduk kat sofa dan hubby tgh baring kat carpet ruang tamu then tiba2 dgr sesuatu..Aku tgk isyhad terbaring mengering sesak nafas,kejang dan keluar air liur. Aku terus menjerit 'abah!!! Isyhad!!!"... Hubby terus angkat dan tonggengkan dia tepuk2 belakang isyhad..supaya dia bernafas..Isyhad kejang..n nampak biru..dekat 30 saat keadaan isyhad macam tu.. cepat betul keadaan tu berlaku..aku cuma boleh cakap 'anak ummi'.. Aku terus grap kunci kereta untuk bawa gi emergency..aku dokong isyhad dan pak cik sebelah rumah dgr dan datang tolong..masuk kereta isyhad dah boleh bernafas tapi keadaan dia sangat lemah . Biji mata isyhad ke atas..Aku gerak2 kan isyhad supaya dia tak tidur dan aku bagi bantuan pernafasan. Muka dia dah nampak pink..Isyhad nak tidur..Hati kami berdua masih tak tenteram..Hubby panggil sebut nama isyhad..Hubby bawa keta macam nak gile nasib baik dia memang terer bawak keta.. Sampai emergency aku terus lari bawa masuk dalam..Bile letak kat katil pemeriksaan dia nangis x nak duduk kat situ dan doktor bagi bantuan oksigen..dia nangis x nak..Doktor tgk dia nampak ok..adui anak ummi macam dah nak jatuh jantung ummi dan abah kat rumah tadi, tangan ummi menggeletar bukak mangga grail rumah..sampai hospital kamu berlagak macam xde ape2 berlaku..isyhad siap minta doktor dokong dia..nurse dan doktor lain ketawa tgk isyhad..Aku cerita dari A sampai Z start dia muntah2 hari jumaat tu..Doktor pun amek darah isyhad Abah isyhad tadi pakai baju dan boxer je korang tau tak..n aku pakai baju kelawar dan selipar lain2 rupenya..waktu kecemasan tadi tak sempat capai ape n ic isyhad pun x bawa..yang aku tau masa tu nak selamat kan anak.. Hubby balik amik ic isyhad dan ape2 yang perlu..aku dan isyhad di hospital doktor suruh masuk wad paedriatik untuk masuk air.. Doktor di wad kanak2 amik keterangan kami dan check keadaan isyhad..amik darah lagi untuk test2 dan masuk air...Isyhad still nampak aktif tapi agak nampak ngantuk, merengek2 nak nenen nak tdur.. next entry sambung part 2..Isyhad di wad hospital..

Friday 7 September 2012

Isyhadi muntah 10 kali

As salam, Malam tadi kesian tengok isyhad muntah sampai 10 kali sebelum sampai ke hospital tawau. Lepas balik dari kedai D bayu dalam kul 6 petang then sampai rumah bagi dia menyusu. Lepas menyusu masih dalam pangkuan ummi dia muntah dgn banyaknye... hasil muntah pertama susu dan buah, gi sekolah petang tadi ada makan buah sikit. 2nd nak menyusu gak pastu sama jugak muntah terus..kali ni muntah di tilam baring sbb sambil menyusu baring ..then dia main2 kejap tapi ummi x boleh gi mana2 kena duk dekat dgn dia je..bagi air suam..10 minit lepas tu muntah kuar air pulak..adei..aku dah kelam kabut sebab abah isyhad xde tgh keja..turun naik tangga aku dibuat nye..amek baju aku dan isyhad...kemas muntah2 isyhad lagi.. bawa dia gi tidur dalam bilik masuk dalam buaian,bagi air suam..banyak dia minum mungkin sebab haus.. biar dia rehat dalam buai sambil aku pun nak rehat..x tidur jugak si bujang ni..lama2 muntah gak..dari kul 6.30 sampai kul 8.30 dak 5 kali dia muntah..terlalu kerap.. ummi dah cbuk call abah.. Tilam bujang dan tilam ummi semua kena muntah...isyhad dah lembik mungkin sebab ngantuk..masa tidur pun boleh muntah..aku risau dan serius tgk keadaan anak..lepas muntah nak minum air..kesian tgk dia.. Pukul 10.30 pm dah 10 kali muntah..dalam keta tunggu abah depan kedai dia muntah jugak..lepas letak minyak kayu putih..sampai hospital kul 11 pm..kat hospital dia aktif nak jalan2.. Dr check everything ok ..perut, mata, tangan, dengupan jantung all ok..cuma kami x check darah sebab doktor kata dia yakin sangat2 isyhad xde ape2 cuma perut kosong n berangin..dia kata biasa budak2 muntah mcm tu kalu xde tanda2 dehydrate, lesu, x aktif, umbum ke dalam.. Ambil ubat then balik umah. Doktor bagi ubat tahan muntah, demam, antibiotik. Sampai umah nak menyusu.. x bagi dia sampai puas sebab takut muntah..then dgn abah dia bagi makan ubat..pastu ada gak dia muntah cket. Kul 12 malam abah tido kan isyhad sementara ummi kemas barang2 yang bersepah..then ummi masuk bilik tidurkan isyhad pulak. Then sampai ke pagi alhamdulillah isyhad x muntah lagi.. Hari sabtu kena gi sekolah coz ada sekolah danti n kelas dip ed..kelas dip ed petang ni mungkin x pergi sebab nak balik tgk isyhad and masak kan bubur..kosong perut dia tu..kesian anak ummi..abah isyhad balik kerja kul 6.30 pagi tadi..Pagi ni abah just bagi isyhad minum susu la..sebab abah n isyhasd dua2 tidur... Wassalam..

Tuesday 4 September 2012

Perkembangan Isyhadi

3/9/2012
Alhamdulillah isyhadi semakin menunjukkan banyak perkara yang dia dapat belajar dan kuasai. Usia isyhad hari ini 1 tahun 2 bulan.

Malam tadi ummi tanye dia " bola isyhad mana?" Dah lama x nampak bola dia sebab bola tu ada kat bawah kerusi sofa area tengah rumah..sejak balik raya dari kampung memang dia x nampak dah bola tu..saje tanye mana bola dia.. ape reaksi isyhad ek bila ummi tanye soalan tu..isyhad gi kat tempat simpan barang mainan dia kat tepi tv je..dalam fikiran aku mungkin dia cari bola dia kat ctu kut..tapi ape yang dia ambil..hihi.. "buku flash card gambar depan 'bola'.. isyhad amek buku tu dan bagi kat ummi..seronok rasa dia faham ape yang ummi tanye.

Ada masa selalu juga ajar dia objek2 dalam buku tu.. walaupun yang dia ambil itu bukan bola tapi buku gambar bola.. Abah dia balik pastu ummi cerita la..abah dia pun test isyhad tanye mana bola..dia cari2 buku tu kat area ruang tamu tadi then bagi kat abah..confirm la dia faham bola tu buku gambar bola

Masa hari raya tempoh hari dia pandai sebut 'adik' Dia main teddy bear mak su dia n sebut2 perkataan adik. Sampai sekarang kalau nampak anak patung sebut adik. Upps belum sampai masa laginyer nak adik. Kalau cepat dapat adik ummi abah tak kisah pun.. :)

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...