Sunday 12 February 2017

Harraz Mula Berjalan

Assalamualaikum dan selamat petang.

Lagi 3 hari Harraz masuk umur 10 bulan.
Perkembangan Harraz sekarang ni dah boleh jalan laju dan ligat ke sana sini.

Bila Harraz mula pandai berjalan?

Alhamdulillah,  masa umur dia genap masuk 9 bulan. Sama seperti Abang Isyhadi. Hari pertama Harraz cuma angkat satu tapak kaki kanan dan satu tapak kaki kiri. Jalan macam orang pompuan Jopun pakai kasut terompah.

Harraz belajar sendiri berjalan.  Bila dia mula nak mulakan langkah aku cuma senyum dan puji tepuk tangan.. Pandai adik.. 👏👏👏👏

Lepas tu dia buat muka senyum sengih..
Hari ke 5 kut.. ummi pon lupa sebab asyik jadi mata-mata Abang-abang kamu tu.. Hehe.. Harraz berjaya jalan 5 langkah.

Video ni masa hari ke 7..ni sebab check kat tarikh handphone.. boleh la nanti buat kenang-kenangan.. Kan Harraz yang ummi sayang.





"Setiap langkah yang besar dimulai dahulu dengan langkah pertama"


#ummijalanterus









Saturday 4 February 2017

Pindah rumah ke Bertam Perdana

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sudah 4 hari kami sekeluarga pindah ke tempat baru iaitu di Bertam Perdana 3.
Hari Ahad malam lepas hari pertama kami tidur di sini.  Siangnya tu bersusah payah membersihkan rumah sewa di Bedong. Hari terakhir di Bedong.



Perasaan?

Aku dan hasben rasa agak sedih nak tinggalkan rumah di Bedong tu sebab persekitaran jiran baik.  Walaupon kat sana bukan majoriti orang melayu, ada Cina dan India tapi semua sama-sama jaga hubungan baik.

Auntie-auntie India kat belakang rumah aku sangat pembersih. Aku suka duk kat belakang sliding dapur tu tengok pemandangan luar.
Almaklum jadi suri rumah terhormat sepanjang masa.  Kat belakang tu lah juga aku menyorok dari anak-anak kalau aku nak tengok handset layan pm customer..

Aku pulak dah kenal dan rapat beberapa jiran satu lorong aku tu.  Rasa sedih tinggalkan  depa. Acik dan kak Liza mai tolong aku masa Athieef sakit tempoh hari. Buatkan air penawar tanpa amik sebarang charge. Datang pi tengok Athieef kat wad hospital.

Tuan rumah  kami pon baik orangnya.  Seorang askar bertugas di kem Kota Kinabalu. Dah 5 tahun duk kat sabah. Abang Lan siap offer turunkan kadar sewa rumah.  Harga yang dia bagi tu mana nak dapat sekarang ni dengan rumah fully furnish. Sebab Abang Lan percaya kut kat kami jaga rumah dia dengan baik.



Satu lagi 3 bulan lepas sampai sekarang rumah kami kena serangan tikus. Semua jenis perangkap guna kecuali yang gam tak sempat nak letak tak jalan.  cikti ni dia pandai makan umpan kat perangkap tapi tak kena dapat tangkap. Tak takut orang pulak tu.  Dah la besar,  ekor panjang dan mata merah.

Tupperware aku banyak rosak  yang kena gigit.  Makanan habis dia selongkar.
Pakcik Sahak jiran sebelah kami pon kata satu lereng rumah kami ni semua mengadu tentang masalah tikus.

Aku paling risau kalau jangkitan kencing tikus nanti. Aku harap cepatlah masalah tikus ni dapat depa selesaikan.

Begitu juga disebabkan keadaan Athieef yang baru kena serangan sawan tarik disebabkan  kesan dari virus rotavirus,  maka kami perlu lakukan  pemantauan lebih pada dia.

Disebabkan keadaan tersebut dan keperluan anak-anak buat kami rasa perlu pindah yang dekat dengan tempat kerja abah depa. Kalau ada apa-apa perkara terjadi mudah abah depa balik tengok. Kadang - kadang depa tunggu abah depa balik sampai lewat malam.

Dengan aku sekali pon tunggu bila lah hasben nak balik ni.  Letih sangat dah melayan hero-hero yang bermain macam lipas berterbangan.

Abang Isyhadi  tu kena pulak tidur awal sebab pi sekolah.  Lambat tidur liat lah bangun pagi.  Tidur bawah ketiak abah dia lagi pulak tu.

Athieef pula lepas keluar Hospital ni nak tidur mesti cari ummi. Ummi tidur sebelah dia. Abah dia kata macam dia waktu sebelum dapat adik.  Bila keadaan  jadi macam tu macam tangan sotong ummi ni dah,  kena  layan Harraz dan Athieef dalam masa yang sama sorang-sorang.

Siapa kata boleh relax lagi dengan situasi macam tu tandanya dia belum ada anak kecik.. Hehe.
Kalau ada yang tak stress share la ilmu apa yang korang guna untuk control anak-anak.
Bila depa dah mengantuk nak tidur dan tak dapat keadaan  yang selesa mula lah buat perangai.

Mendidik anak perlu kesabaran dan bijak kawal emosi.  Aku pon kadang tewas bab kawal emosi ni.  Itu sebab aku perlu bantuan  sama-sama dari hasben untuk tengok anak-anak ini.

Aku faham la perasaan  ibu tunggal yang perlu uruskan anak seorang diri. Sewaktu aku masih bekerja dulu pon bila hasben  outstation dan aku perlu uruskan  anak,  rumah,  kerja seorang diri dah rasa sangat capek dong.. Penat..

Penat ni bersifat sementara,  rehatlah sekejap cari ruang tenangkan diri. Takda kerja yang tak penat.  Redha dan syukur apa yang kita ada dan perolehi.  Dalam masa yang sama perbaiki diri dan majukan diri untuk lebih berjaya.

Aku harap tahun ini lebih  berjaya capai target.

Aku doakan  sahabat-sahabat pembaca juga dapat capai apa yang diimpikan  pada tahun ni dan kehidupan lebih bahagia hingga akhirnya.

Bukan permulaan yang kita lihat tapi lihatlah bagaimana pengakhiran kehidupan kita nanti. Hati-hati dalam memilih dan menentukan sesuatu perkara. Pilih Allah yang pertama.

8.18 pagi
Bertam Perdana/Lorong Syah bandar




Wednesday 1 February 2017

Rahsia Khasiat Lobak Ungu


Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat-sahabat pembaca.

Hari ini saya kongsikan tentang khasiat pengambilan lobak ungu.

Di negara kita, tiada penanaman lobak ungu ini. Yang biasa kita lihat lobak oren tu jer kan. Lobak ni memang tinggi khasiat Vitamin A untuk mata. Tak kiralah oren atau ungu. Vitamin A penting untuk kesihatan mata bagi mengelakkan masalah rabun mata yang kerap dialami kini terutamanya dikalangan kanak-kanak. Kesian tengok yang baru darjah 1 dah kena pakai cermin mata.

Bagi lobak ungu,ia juga bagus untuk kesihatan mata. Namun  ia juga mengandung khasiat-khasiat lain yang bagus sebagai salah satu daripada bahan untama Vivix.




Khasiat Lobak Ungu

#1 sebagai Antioksida

Antioksida yang terdapat dalam purple carrot penting untuk melindungi sel badan kita daripada "berkarat" yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang. Ia juga penting untuk menghalang radikal bebas yang berbahaya hadir Ke tubuh Kita.

#2 Anti Radang

Mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Disebabkan itu ia bagus untuk melegakan arthritis @ sakit sendi

#3 Anti Carcinogen

Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi penyakit kanser, ia boleh membantu tubuh untuk melawan kanser.

Kajian yang dijalankan Oleh Jabatan Pemakanan & Sains Makanan Universiti Maryland telah menguji kesan Anthocyanin Daripada pelbagai sumber didapati bahawa anthocyanin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolon. Kajian juga mendapati purple carrot mengandungi lutein, karotenoid melindungi tubuh dari kanser kolon.

#4 Melindungi kualiti kesihatan mata

Makanan yang kaya dengan anthocyanin seperti lobak Unggu Boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina.

Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata & ia digelar "vitamin mata". Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah  @ kemerosotan mata seperti katarak & retinitis pigmentosa.




5. Antiviral, antiseptic & anti microbial

Ia sangat bagus untuk Melawan virus & bakteria yang Mudah berjangkit dan mudah merebak seperti flu, campak & jangkitan dalaman seperti jangkitan pada salur kencing, mulut & perut.

6. Memperbaiki kesihatan vascular

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak unggu membantu untuk meningkatkan sistem imun & menghalang lemak ke arteri kita.

Semua tahu kan? Kalau lemak sampai ke arteri , arteri kita akan tersumbat maka jadilah sakit jantung, jantung tersumbat dan pelbagai penyakit lain.

Jadi bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung sangat disarankan untuk mengambil Vivix.







Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...