Monday 29 June 2015

Doa Untuk Menghilangkan Resah dan Dapat Melunaskan Hutang Yang Banyak



Assalamualaikum dan salam bahagia semua. 

Saya kongsikan hari ini untuk amalan kita semua. Boleh dikatakan setiap dari kita akan terbeban dengan hutang. Cuma banyak atau sedikit. Nak beli kereta pon kena hutang. Tak der kereta susah pula nak bergerak ke sana sini bagi sebarang urusan. 

Negara kita ni belum capai seperti negara Eropah dan Jepun yg sistem pengangkutan awam sangat Tip top.. Nak berjalan  kaki.. Belum sampai kat tempat kerja baju dah lencun dengan peluh ataupun basah kuyup kena hujan yang tiba2 ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. 

Banyak juga kes terbeban dengan hutang yang banyak disebabkan kena tipu dalam perniagaan. Apa jua yang berlaku kita kembali kepada Tuhan. Mudah-mudahan suatu hari nanti segalanya akan selesai dan kita merasai financial freedom. InsyaAllah

Rasulullah Junjungan Mulia Nabi aMuhammad SAW ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan  melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sesungguh Allah itu Maha Mengerti..

Dari Dia kita datang dari Dia kita Pulang. 


Salam kasih
Ummu Isyhadi Isyraqi 

Tuesday 16 June 2015

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Assalamualaikum.

Saat mendamaikan apabila melihat anak-anak sedang lena diulit mimpi.
Entah apa yang dimimpikan.

Semua ibubapa sayang pada anak-anak cuma kadang-kadang kita lupa bagaimana untuk mendidik mereka dengan sebaiknya. Kita mudah naik angin dengan kerenah anak-anak yang buat pelbagai hal.

Apa kata amalkan setiap kali anak dah tidur kita bacakan doa ini supaya hati anak lembut mendengar kata.



Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak agar minum air tersebut. in syaa Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izinNya.

Boleh juga baca doa ini pada ubunnya ketika tidur.

Kita juga boleh banyakkan  berzikir Ya Lathif, baca 7 kali dan hembus di ubun kepala anak.

Dalam diri kita harus diperkuatkan. Kita banyakkan berzikir agar hati kita sentiasa sabar dan kuat untuk mendidik anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang terutama sekali anak yang berusia 3-6 tahun.

Ibubapa merupakan cermin pada anak-anak. Semoga kita semua istiqamah dalam menjalankannya.

With LOVE
Journey of Ummi


Masak Lemak Cili Padi Telur

Assalamualaikum

Petang ni untuk menu berbuka puasa abah Isyhad, ummi masakkan lagi telur masak lemak cili padi. Sebelum ni buat dengan telur ayam sebab abah Isyhad asyik lupa belikan telur itik. Masak lemak cili padi telur ni seelok-eloknya guna telur itik

Kebetulan Tok Wan  dah belikan telur itik jadi ummi masak guna telur itik pulak. Dah lama sebenarnya tak makan telur itik masak Lemak Cili padi. Kali terakhir masa mengajar di kolej mara seremban. Makan kat kafe mak cik Ina. Memang aku cepat naik berat badan masa duk mengajar kat sana. Sebenarnya waktu aku umur belasan dan awal 20 an badan aku ni kurus meleding. Bila mula masuk umur 25 barulah berat badan naik sikit. Nampak lah ada body perempuan sikit..hehe

Berbalik kita cerita tentang masak lemak cili padi telur. Masak lemak cili padi stail orang nogori sembilan ni sonang yor..



Resepi masak Lemak Cili padi:

Bahan-bahannya

4 biji telur
Santan sebungkus setengah -aku beli yang sebungkus rm2.00
Cili padi
Kunyit basah/kunyit serbuk
Serai
Daun Kunyit
Garam secukup rasa
Air untuk cairkan sikit santan pekat
Setengah keping Asam Keping / Asam Belimbing Telunjuk




Cara Memasak.

1. Tumbuk Cili Padi, kunyit dan garam
2. Masukkan santan ke dalam periuk. Campurkan air sikit jika terlalu pekat.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
4. Biarkan sampai santan dan bahan tumbuk tadi sebati dan menggelegak
5. Pastikan api kecil dan santan sentiasa dikacau
6. Sambil kacau kuah sampai menggelegak boleh masukkan serai dan daun kunyit. Kacau sehingga menggelegak yer
6. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur dipecahkan ke dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada termasuk telur yang busuk.
7. Masukkan asam keping atau belimbing telunjuk dalam 5/6 biji.
8. Tutup periuk dalam 3 minit
9. Bila nampak telur semakin masak barulah boleh kacau perlahan-lahan.
10.  Biarkan sehingga telur masak sepenuhnya 

OK dah siap!!! 
Boleh hidang dan makan. 



Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Wednesday 10 June 2015

Tips Mengekalkan Nutrisi Vitamin dalam Makanan



Google Picture

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Nak pandai memasak perlukan  pengalaman. Bukan sehari dua masuk dapur dah boleh jadi macam master chef. Resepi masakan sekarang memang belambak boleh dapat kat internet. Tapi kalau tak pandai kontrol api boleh hangit bawang yang ditumis. Haii teringat kat adik sorang ni yg duduk serumah masa belajar dulu baru nak belajar memasak..hangit tumisan bawang n cili sebab tak pandai kontrol api masak.  Itu sebabnya kalau yg baru kawin tiba2  isteri masak hangit.. hang faham2 jela yer tu tandanya dia baru nak belajar masak.

Kita kena tahu, memasak ni perlukan skill agar nutrisi dalam makanan tersebut masih ada. Kita makan sebab nak sihat. Badan kita perlukan nutrien seperti vitamin dan protein. Vitamin dan protein mudah musnah disebabkan suhu yang tinggi dan makanan yang di masak sehingga terlebih masak.

Vitamin contohnya sangat diperlukan bagi membantu melancarkan atau melengkapkan aktiti-aktiviti badan. Kehadiran vitamin amat penting bagi membenarkan tindakbalas kimia berjalan dengan sempurna.

Vitamin dan mineral senang musnah semasa berlakunya proses penyediaan makanan.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nutrisi makanan ketika penyediaan makanan?

1.Memendekkan masa memasak sayur-sayuran seboleh mungkin.


2. Masak dengan cara kukus.


3.Apabila hendak merebus sayur-sayurann masukkakan sayur-sayuran selepas air mendidih dan air secukupnya, memadai untuk sayur tenggelam.


4. Pastikan sayur-sayuran hijau tidak ditutup dan sayur-sayuran yg mempunyai rasa yg kuat tidak ditutup dengan penutup semasa direbus.

Jangan tambahkan baking soda dalam sayur-sayuran kerana ia boleh menyebabkan teksturnya hancur dan boleh kehilangan nutrisi.


6. Basuh sayur-sayuran sebelum digunakan dan elakkan direndam dalam air.


7. Elakkan memotong sayur-sayuran dalam saiz yang kecil.


8. Bagi sayuran dalam tin, didihkan cecairnya terlebih dahulu.


9. Singkatkan masa bagi sayur-sayuran yg dimasak menggunakan microwave.

Semoga teknik memasak kita lepas ni akan jadi bertambah baik supaya makanan yang kita masak tu bukan setakat boleh dimakan tetapi ia dapat membekalkan nutrien untuk tubuh badan kita. Memasak sendiri juga akan jadi lebih jimat, kualiti kebersihan terjaga dan dapat mengeratkan kasih sayang.

Jika uolls  masih rasa was-was atau bimbang anda dan anak-anak tidak menerima cukup nutrisi , berilah anak anda dan diri anda juga dengan supplement. MEAL SHAKES dan Vitalea Kids - Multivitamin Kanak-kanak yang lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk anak anda.

Untuk orang dewasa, multivitamin Vita Lea Iron Formula sangat diperlukan bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan rutin harian dan mementingkan keperluan nutrien vitamin yang mencukupi untuk kekal cergas dan sihat. mealshake ni juga sesuai dijadikan minuman sarapan pagi. Sesuai untuk seisi keluarga.


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...