Saturday 20 May 2017

Sesudah Kesulitan itu ada kemudahan, Jangan bersedih..

Assalamualaikum wrt.

Dalam hidup di dunia ini, kia tidak akan terlepas daripada ujian. Jika kita lihat ujian ini dari pandangan yang positif, InsyaAllah ia akan jadi ke arah yang lebih baik. Allah mengasihi dan menyayangi setiap hambanya. Bersangka baik dengan Allah. Allah mengikut sangkaan hambanya.



Al-Insyirah ayat 5-8

 "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

Salam Sayang 

Thursday 18 May 2017

Mudahnya Menjemput Rezeki - Ustaz Fathuri Sallehudin.

Mudahnya Menjemput Rezeki.

Draf 80: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )

*****************

Doa solat hajat yang mustajab

*****************

Bila saudara mempunyai apa-apa hajat, hendaklah mengambil wuduk yang sempurna kemudian dirikanlah solat dua rakaat (solat hajat).

Setelah selesai solat pujilah Allah dan berselawatlah ke atas Rasulullah SAW,kemudian bacalah doa di bawah ini.

1) Tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT. Yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah.

2) Maha suci Allah SWT Tuhan pemilik 'Arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

3) Aku meminta daripada-Mu perkara -perkara yang menyebabkan aku pasti mendapat keampunan-Mu.

4) )(Aku minta juga) bahagian yang banyak dari daripada segala kebaikan dan keselamatan dan daripada segala dosa.

5) ( Wahai Allah ) janganlah tinggalkan padaku satu dosa pun kecuali Engkau ampunkannya dan sebarang kesusahan pun kecuali engkau lepaskannya , dan sebarang hajat pun yang Engkau redhai kecuali Engkau tunaikan,

6) Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang dari sekalian daripda sekalian penyayang.

*******************

Draf 79: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )

*****************
Doa Abu Darda

*****************
Alhamdulillah, empat orang tamu baru sahaja pulang sebentar tadi. Salah seorang daripadanya adalah , pengamal tegar doa di atas.

Katanya sudah tiga kali, beliau diselamatkan Allah dari melecur dan terbakar asbab dari mengamalkan doa itu.

Pernah satu ketika periuk 'high pressure cooker' di dapur beliau meletup, dan sup tulang di dalamnya menyimbah ke muka dan seluruh badannya. Bunyi letupan yang begitu kuat menyebabkan jiran-jiran meluru ke rumah beliau.

Ajaibnya, sup panas itu sekadar menjadi air sejuk bila saja singgah di kulit beliau. Tiada kesan melecur walau sedikit pun. Alhamdulillah.

*****************
Doa ini merupakan doa kegemaran saya juga. Saya teruja dengan keyakinan kisah Abu Darda yang begitu kuat yakinnya bahawa rumahnya tidak terbakar, walhal empat orang datang memberitahu hal yang sama. Namun beliau tetap yakin rumahnya tidak terbakar kerana pada pagi itu beliau sudah membaca doa tersebut.

Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka.

Kita boleh amalkan membaca doa ini setiap pagi dan petang. Juga setiap kali keluar dari rumah.

*********************
" Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkau adalah Penguasa dari 'arasy Yang Maha Agung. Apa-apa yang dikehendaki Allah, pastilah terjadi, sebaliknya apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidaklah akan terjadi. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus."

Cerita pendek yang boleh membuat kita berfikir panjang.

*****************
Assalamua'laikum

Di sini ingin saya kongsikan satu cerita, saya berkerja kilang, sambil cari pendapatan lebih saya ambik upah menjahit jubah,

Pada suatu hari pagi saya telah menghantar tempahan jubah kepada seorang rakan, saya mendapat panggilan mengatakan jubah yang saya buat tak elok,saya berkata petang nanti saya akan ambik balik jubah tu.

Sepanjang hari sampai ke petang saya membaca doa nabi Yunus lailla antasubha nakain kuntum minalzalimi dari pagi sampai petang, apa bila petang saya mendapat call, jubah tu ok, cam fesyen baru pula katanya.

Dalam hati berkata Alhamdulillah Allah telah memberi pertolongan kepadaku , bukan senang nak outer balik hampir sepuluh pasang.....

Renung- renungkanlah kekuasan Allah memudahkan urusan.

Sekian terima kasih.

************************
Terima kasih banyak-banyak ya puan ...

Sebuah cerita yang simple dan berkesan.

Kisah-kisah menarik untuk kita jadikan tauladan serta pengajaran ada di dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezdeki ' oleh Ustaz Fathuri Sallehudin

Saya ambil cerita ini sewaktu Ustaz Fathuri membuat turut di facebook beliau.


Tips ibu menyusu dalam bulan Ramadhan

Tinggal lebih kurang 9 hari untuk kita semua bertemu dengan Ramadhan. Rata-rata ibu yang menyusukan anak dah mula prepare macammana untuk maintain susu badan di bulan puasa ni nanti.


Majoriti semua ibu berhajat ingin lengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun. Keperluan susu ibu ini telah dinyatakan dalam al-quran.

Allah berfirman:

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233


Terlalu banyak kebaikan yang akan diterima oleh kedua-dua ibu dan anak sepanjang proses penyusuan. Bila Allah sendiri yang menyatakannya dan Allah juga yang mengurniakan seorang ibu dapat menyusukan anaknya. Anak manusia perlu minum susu manusia juga..Itulah yang terbaik bagi perkembangan bayi dari lahir hingga umur 2 tahun.


Proses penyusuan ibu ini bergantung kepada tahap kesihatan dan kekuatan semangat ibu. Biasanya kalau ibu kerap mengalami keletihan disebabkan bebanan kerja seharian, ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu juga akan terjejas.


Diet yang tidak seimbang juga akan menjejaskan penghasilan susu badan dan menyebabkan anda kehilangan tenaga dan menjadi lebih kerap letih.


Ibu yang menyusukan anak ini perlu jaga pemakanan yang sihat dan perlu makan makanan yang sering dapat memperbanyakkan susu ibu seperti kurma, madu, habatussauda  dan susu.


Jadi ibu yang menyusukan anak dibulan Ramadhan ini masih boleh melaksanakan ibadah puasa dengan baik disamping melaksanakan kerja-kerja harian dengan sempurna.


Berdasarkan pengalaman saya sendiri..Saya akan sediakan susu campur 7 biji kurma semasa sahur. Susu yang bagus adalah seperti susu ESP shaklee @ susu kambing. Susu ESP shaklee ni kalau kita minum akan lebih rasa bertenaga sepanjang hari.
Tak percaya??? Cuba minum dulu tau..


Selain itu, ibu juga boleh mengambil Vitalea dan Ostematrix. Vitalea ini adalah multivitamin yang diformulasikan berserta iron formula. Iron ini bagus untuk penghasilan haemoglobin. Ibu yang memiliki Hb yang baik akan lebih bertenaga kerana kandungan oksigen dalam darah adalah mencukupi.


Ostematrix pula untuk mengekalkan kekuatan tulang badan. Ramai ibu yang mengadu sakit pinggan sebab lama menyusukan anak. Ada juga yang sampai tak mampu nak dokong anak. Ini disebabkan kandungan kalsium dalam badan ibu semakin merosot. Jadi, ibu kena faham betul-betul untuk tambah kandungan kalsium yang semakin merosot ini.


Jangan lupa juga ibu perlu makan nasi, lauk dan sayur secukupnya semasa berbuka dan bersahur. Begitu juga dengan air, selepas berbuka puasa banyakkan minum air kosong sehingga sampai waktu sahur.


Saya sendiri rasa perbezaan antara makan suplemen shaklee dan tidak mengambilnya. Bila tak ambil suplemen, rasa melepek badan tak larat  nak angkat bila dah nak masuk waktu berbuka puasa. Anak nak menyusu tetap juga kita kena susukan. Tapi anak-anak lain yang nak perhatian kita juga tu ..Macam mana pulak???
Ini bukan omong-omong kosong tau..

Sebaik-baiknya ibu cuba amalkan pemakanan yang sihat supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dengan baik dan juga ibadah dengan sempurna.

Semoga ramai ibu diluar sana dapat menyusukan anak selengkapnya sehingga umur anak 2 tahun dan juga dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik lagi pada tahun ini.

Salam Sayang
Kak Syeeda

*Berminat dengan produk shaklee, boleh hubungi kak Syeeda 011 32262280
COD di Bertam Perdana, Pulau Pinang.


Sunday 14 May 2017

Hargai Selagi Ada

PENGORBANAN HIDUP MATI

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya. 😊

#copypaste
#kasihsayang

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...