Saturday 23 May 2015

Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu hari Ahad.

Ohh rupanya lama tak bersiaran di blog.. sebab kekangan menjaga dan melayan anak-anak soleh ku demam.

Al-Insyirah ayat 5-8 ""Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

Korang boleh fahami kut apa yang Tuhan nak sampai kan kepada kita.

Hidup senang Tuhan yang bagi.. Hidup kita tiba-tiba susah pon Tuhan yang bagi.. Kadang - kadang kita lihat hidup orang tu susah dari segi zahirnya tetapi jiwanya tenang menempuhi cabang hidup ini. Hidup di dunia ini adalah untuk mencari bekalan di akhirat nanti.

FB Irfan Khairi


Selepas kesusahan pasti ada kemenangan. Bersabar  dan bertawakal pada Allah.

Jangan putus asa okehh.. Allah nak beri benda yang lebih hebat dari apa yg kita pernah perolehi sebelum ini. Yang penting teruskan usaha. Ingat kata-kata Allah tu dalam surah Al Insyirah

Saturday 9 May 2015

Cuti 1 hari Dalam Seminggu dari Sungai Petani ke Alor Star

Assalamualaikum dan salam ceria dan bahagia.

Setiap kali en . suami ku cuti, mesti nak ajak keluar sebab aku jadi bingung kalau asyik terperap kat rumah jer. Yela kan buat kerja bisness pon dari rumah...jaga anak kat rumah, borak2 dgn kwn2 pon di rumah. Aishh mmg banyak masa di rumah tapi sibuk nya pon hebat jugak. Nak berjaya mesti ada schedule dan list to do mcm kita kerja kat ofis tu.. kita tanam benih dulu lepas tu baru dapat tuan dengan hasil yang banyak. Iring usaha kita dengan solat, doa  dan zikir kepada Tuhan.

So minggu ni semalam abah Isyhad Isyraqi cuti, nasib baik demam adik Dah kebah, jadi petang semalam kami shoot ke Tesco Alor Setar. Haha mcm kat SP takder Tesco jer.. sebenarnya nak amik angin tempat lain dan lama sangat dah aku tak ke Alor Star.

Plan jalan ikut kawasan kampung, boleh tengok keadaan kampung, sambil tu en. Suami akan jadi tour guide aku, anak2 bising dlm kereta mcm biasa main dn menyakat.

First perjalanan ni dari SP akan sampai ke Gurun, sampai kaki gunung Jerai, masuk ke gua campedak. Waktu ni suami cerita tentang terusan Wan Mat Saman. Terusan air untuk bekalkan air ke kawasan sawah padi. Siapa  Wan Mat Saman ni? Orang kedah mesti kenal lah dengan dia ni.. tapi mcm aku ni yang bukan orang kedah confirm tak tahu. Dia adalah bekas Menteri besar Kedah, dia lah yang bertanggung jawab memodenkan kedah untuk menjadikan kedah sebagai pusat penanaman padi terbesar di Malaysia. Terusan ini akan bermula dari kaki gunung Jerai sampai ke Alor Star.


Perjalanan di tepi Terusan Wan Mat Saman




Dalam kereta 2 Hero ni jarang duduk diam. diam itu hanya ketika mereka tidur. Kalau abg tak nyakat adik, adik pula yang mula menyakat ajak abang main. Penghibur hati Kami. 

Sampai Tesco merbong , Alor Star, perut lapar dan haus, Kami order abc dan nasi ayam. Hanya abc jer yg boleh tahan puas makan,RM4 semangkuk. 
Nasi ayam tu kononnya nak bagi Isyhad makan, tapi akhirnya hanya kami berdoa yg habiskan. Nasi ayam ni aku bagi markah 4/10. Sebab lapar boleh lah telan. Istilah sedapkan  hati Jangan membazir  makanan. 


Hanya ada gambar Isyhad makan abc jer. Nampak tak baju Isyhad kotor sebab dia luakkan ais krim yg tercampur sikit dengan jagung.. Adui mana ada bawa baju spare, baju adik ada la... 
kesimpulannya bila bawa anak2 tak kira walaupun yg besar umur 4 tahun ni mesti simpan baju spare dalam kereta.. Trpaksalah ummi ko yg hebat ni.. berjuang kat Tesco untuk cari baju. Cari yg murah tapi kain kualiti.. Tu sebab namanya hebat.. Haha.. Lepas ni kalau ada banyak-banyak duit boleh ambil jer mana baju yg nak kan.. Semoga kaya dan berjaya dunia akhirat. Kaya dan hidup sederhana. 

Inilah hasil baju dengan seluar yg dpt RM15+++


Muka baru bangun tidur kat restoran Mama village Sp. Nak singgah kedai makan lain tadi hujan lebat dan anak - anak tengah tidur. 



Menu makan malam tu.. Sotong goreng tepung yang bagi kami agak tip top sebab selama ni susah nak dapat org goreng sotong tepung mcm ni.. tapi cam agak sedih jugak sebab semua makanan ni portionnya sikit dan mahal pulak tu. Menu yg lain tu rasa biasa jer. Ni first time kami order menu makan hidang. Kalau makan set bawal goreng atau set ayam rempah goreng berbaloi-baloi harganya dn portion makanannya juga banyak. 

Lepas ni ummi masak lagi puas makan cuma kdg2 kesuntukan masa nak bersilat kat dapur. Masak simple2 jer kalau hari2 tu. Work at home mom bagi en. Suami jangan nak berangan asyik nak makan sedap jer hari2 tau. What we do now is only for our family future. 

Akhir kata, Hidup ini memang perlu try and error. Belajar dari pengalaman dan jangan ulang kesilapan yang telah dilakukan. 

Allah beside u to teach and guide. Love Allah


Tuesday 5 May 2015

Khasiat Taugeh Selain Daripada Untuk Kesuburan

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Sewaktu nak dapatkan anak kedua kami si adik ni, hampir setahun kami mencuba…pernah dlm perbualan kami, saya suruh abang makan banyak taugeh sebab dapat meningkatkan kesuburan lelaki. Baca dalam info surat khabar rasanya. Sayur taugeh ni selalu kami makan waktu buat kerabu campur dengan sayur lain atau tersangat wajib taugeh ni digunakan dalam char kuew tiao. Kalau tumis sayur taugeh gitu jer tak bape nak jalan sgt org2 dalam rumah ni.

Salah satu khasiat taugeh ni memang sangat bagus untuk lelaki kerana membantu menghasilkan sperma yang banyak dan baik agar meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku. Banyak lagi khasiat2 taugeh ni yang bagi saya sayur paling murah di pasaran sekarang ni..tak tau la kut ada sayur lain yg lagi murah berbanding taugeh. nak buat sendiri sayur taugeh ni  pon boleh senang hanya dengan  kacang hijau.

google picture

Baiklah, kita lihat  antara khasiat-khasiat taugeh

1. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita:
Pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih banyak dan lebih baik untuk kaum lelaki manakala bagi kaum wanita, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, usus besar, pankreas dan leukemia.
Mengikut kajian yang dijalankan , taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. salah satunya, ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan pertumbuhan sel-sel kanser, usus besar, pancreas dan leukemia.

3. Mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sistesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan, dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

4. Mengelakkan daripada kanser payudara
Pengambilan taugeh bagi golongan wanita dapat menghindarkan diri daripada kanser payudara, gangguan semasa menstruasi, symptom pra menopous dan juga symptom akibat menopous.

5. Menghalang tubuh kita daripada sel perosak DNA
Taugeh ini sebenarnya kaya dengan antioksida yang kuat  dan mampu menghalang tubuh kita daripada radikal bebas perosak sel DNA. Radikal bebas inilah punca pengaktifan sel-sel kanser. Itu sebabnya untuk mengelakkan penyakit kanser, kita perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksida yang tinggi.

6. Menghalang Lemak Jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL)
Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Jadi, taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kotoran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

Selain daripada untuk kesuburan, banyak lagikan khasiat taugeh ni untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Jadikan setiap hidangan makanan kita mesti ada sayur at least sayur taugeh ni. Macam-macam resepi boleh masak dengan taugeh ni. Tak tahu boleh google jer okeh..Jangan lupa amalkan pemakanan yang seimbang dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan  kita.

Peace
Wassalam

Ummu syhad Isyraqi 

Sunday 3 May 2015

Athieef Al Isyraqi 7 Bulan


Assalamualaikum.

Back review sebab post ni lama tertangguh. Nak upload gambar si kecik ni tak terbuat lagi..on jer lah..

14.4 2015
Hari ni genap adik masuk  8 bulan. Perkembangan 7 bulan cepat jer rasanya and tengok dah besar dah dia sebab gigi dah tumbuh. Kepala botak lagi rambut tak banyak tmbuh jadi still muka macam baby 4 bulan..hehe.


Cerita sikit Perkembangan Adik Athieef Al Isyraqi sepanjang 7 bulan ni.

  1.  Mula angkat2 punggong nak merangkak tapi belum pandai merangkak lagi. Nak bergerak dia menjulur ke depan dgn dua tangan dan always guling-guling sampai ke dinding..terantuk nangis..waaaaa. Makin lama makin kuat menjulur ke depan.
  2.  Nenek dia belikan walker sebab kesian tgk terguling-guling jer..hehe..dapat walker sengeh2 then terus jer pandai gerakkan walker berjalan sana sini. No problem..makin lama makin laju. siap main kejar2 dengan abang. Abang kayuh basikal dia kayuh dengan walkernya. But still beware dengan walker ni. Walker ni jenis rendah,luas dan banyak tayar. Walaupon ada walker jangan biarkan anak kecil ni pergi sesuau tempat yang berbahaya. Barang-barang kecil mesti simpan tempat tinggi atau mesti kunci dalam laci. wajib kunci tau. peringatan untuk diri sendiri juga. Bulan ni  keluar berita baby 10 bulan koma dan akhirnya meninggal dunia disebabkan termakan skru dalam laci sewaktu baby ni duduk dalam walker berjalan pergi ke laci almari yang tak   berkunci. Kesian kat baby bila dikenangkan. Jadi kita semua kena sama-sama prihatin dan tengok aktiviti baby kecil ni. Jangan letak barang merata-rata. Waktu macam ni kerjanya suka mengutip then masuk  mulut.
  3.   Ok masuk bab makan. Makan takder masalah..masih tekstur halus.Cuma seminggu nak masuk 8 bulan dah start bagi tekstur bubur nasi kasar sikit. perut dia tu dah sumbat macam-macamn dia rasa. Apa yang kita makan dia nak juga rasa cuma yang ada pengawet dan pewarna tiruan wajib tak bagi. Banyak lagi jenis makanan boleh bagi kat anak yang suci murni ni haa… (^-^)
  4.  Disebabkan cuaca panas sekarang ni..suka sangat  minum air kosong. haus la katakan. paling puas dia minum guna cawan. orang minum dia pon nak juga. kalau tak bagi menangis-nangis dan pandai buat merajuk marah. 
  5.   membebel pon dah pandai dan berlawan menjerit dengan abang.Mak tok kata ada dua anak burung dalam rumah ni.
  6. Si abang kena demam sikit, batuk dan selesema pastu berjangkit kat adik juga. Rasa demam dedar sikit jer tapi  still aktif for sure merap jadinya..ummi tak leh buat kerja lain nak mengendeng dgn dia jer. Memamng gitu lumrah bila anak-anak badan tak berapa sihat. Bagi ubat demam tahu rasa pahit tak sedap..dia luahkan. Kena masukkan sikit-sikit dalam mulut terus ke tekak.
  7. Cepat tumbuh gigi si adik ni. Masuk 7 bulan ari tu dah rasa gigi bawah nak tumbuh. Seminggu sebelum masuk 8 bulan ni dah naik cantik gigi bawah 2 batang. So pandai dah makan biskut yang lembut cth biskut mary dan biskut apa tah nama yer ni..sedap rasa lemak-lemak masin sikit. Bedal je la dik..
  8. Tidur kat katil lasak..pusing 360 darjah. Kalau abang ada tidur sebelah dia..dua2 buat macam2 gaya. Comey sebenarnya tengok berdua ni.. Nanti bila diorang dah besar cepat jer rasa moment macam ni kita boleh tengok
  9.  7 bulan setengah dah boleh duduk tanpa support.
Ok..next journey within 8 month years old pulak…Bye

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani



Assalamualaikum dan salam ceria.

Ada orang tanya nak beli shaklee ni kat mana? Ada kedai jual tak? Jawapannya kedai shaklee  ni ada tapi kami panggil cawangan shaklee di mana di sini pengedar-pengedar shaklee boleh membeli stok barang shaklee  untuk pelanggan-pelanggan yang telah menempah sahaja. Kalau malas pi cawangan ni pon boleh, kami buat direct order barang from website shaklee. Lepas tu pihak shaklee akan pos sampai ke rumah, InsyaAllah sampai keesokannya. alhamdulillah saya hanya buat business shaklee ni dari rumah secara online. Untuk pengetahuan semua, saya adalah pengedar sah shaklee di sungai petani dan seluruh Malaysia dan dunia..haa gitu..manalah tahu dapat order daripada orang brunei atau singapore ker..Amin. Shaklee ni worldwide okeh..


Menara Jam Besar - Lambang Sungai petani

Untuk customer boleh pilih samaada barang nak dihantar melalui pos atau cash on delivery  ke seluruh kawasan sekitar  SUNGAI PETANI. Bagi orang-orang kampung Pengkalan Lebai Man atau yang tinggal di kawasan taman yang berdekatan nak singgah rumah kami pun boleh untuk dapatkan terus barang yang diingini di rumah kami. Orang-orang kampung pengkalan Lebai Man mesti kenal Cikgu Abdul Rahman kan..itu pak mertua saya. Mai la datang..

Selain daripada itu, kalau nak jumpa di tempat-tempat biasa shopping complex seperti giant dan tesco juga boleh. Perkhidmatan Cash on Delivery ni saya tak kenakan apa charge..FREE. Bayar harga barang jer yer..:). Setiap customer yang membeli produk shaklee daripada saya akan terus mendapat khidmat konsultasi secara percuma dan berterusan tentang pengambilan vitamin serta tips kesihatan.

Saya ingin beritahu di sini, elakkan daripada membeli produk shaklee yang bukan daripada pengedar yang sah kerana berkemungkinan anda akan membeli dengan harga yang lebih mahal daripada yang sepatutnya dan anda juga tidak mendapat khidmat konsultasi pemakanan vitamin yang betul. Pengambilan vitamin yang betul dengan dos yang ditetapkan sangat penting supaya anda dapat kembali pulih dan kekal cergas setiap hari.

Bagi customer yang berada di luar kawasan Sungai Petani pastinya perkhimatan Pos Laju atau pos direct daripada pihak shaklee melalui pos GDEX.

Ok..KESIHATAN Itu MESTI. Sama-sama kita menjaganya. (^-^)

Hubungi:
sms/ watsapp : Shahida  011 32262280
                       Amirulsyaidi  011 32262290


Wassalam
Ummu Isyhad Isyraqi





Sayangi Diri Sebelum Kita Menyayangi Orang lain



Assalamualaikum dan Salam bahagia. 😊

Setiap daripada kita ada kisah yang akan menjadikan diri kita lebih matang. MATANG dari segi Pemikiran dan Tindakan. Alkisah hari ni saya ingin berpesan pada diri dan anda semua sayangi lah diri sebelum anda menyayangi orang lain.

Sejak 2,3 hari ni heboh viral tentang kisah seorang wanita yang terpaksa di buang ovarinya  kerana rosak disebabkan pengambilan suplemen yang tidak diyakini yang banyak di pasaran skrg. Akibat terlalu tertekan agaknya dia telah membuat satu kenyataan yang terlalu mengikut perasaan hingga menyalahkan semua jenama suplemen yang ada di pasaran sekarang termasuk jenama shaklee dan menyarankan semua orang mengelakkan diri dari pengambilan  makanan-makanan kesihatan ini.

Saya adalah pengguna shaklee dan juga sebagai pengedar produk shaklee bertindaklah menerangkan kembali kepada customer2 yg bertanya. Bahaya ke shaklee ni?  Nak tak nak kena explain baik2 sebab sbg pengedar shaklee yang pro, kami dibekalkan dengan ilmu yang diperolehi daripada pakar nutrisi dan juga kami memiliki buku nutrisi dan produk sebagai panduan. Saya berdoa semoga saya mencapai cita-cita menjadi MASTER DISTRIBUTOR dan PAKAR NUTRISI. Doakan untuk saya yer.Saya juga doakan anda semua mencapai semua cita-cita yang diimpikan.

Yang membuatkan hati saya terdetik untuk anda semua sayangi lah diri kita ini dulu sebab bila kawan saya ni bagitau hasben dia tak bagi makan shaklee sebab dengar viral kisah wanita salah makan suplemen ni. Saya nasihat kan di sini nak patuh pada perintah suami biarlah ikut perkara yang logik dan benar selagi tidak melanggar Syariat Tuhan. Kita ni wanita mudah sangat lembut dengan kata2 lelaki. Kalau kita  dah kaji produk ni sememangnya selamat utk pengguna jadi dengan kefahaman ilmu tentang kesihatan dan nutrisi kita tak perlu nak dengar kata suami atau org lain yg tak baca dan kaji produk tersebut. JANGAN IKUT KATA ORANG MEMBUTA TULI.. SIASAT MAKLUMAT YANG BETUL.. BARULAH BUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA.

Kita perlu sayang diri kita dulu untuk dapat kesihatan yang baik. Minta jer kat suami kita nak makan suplemen cth  nak ostematrix sebab minum susu tak sempat. Macam mana nak sempat urusan anak2 dan kerja dah buat kita sibuk satu hal.. Sampai lupa tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Kalau kalsium tak cukup nanti suami tegap berdiri tapi kita dah terbongkok-bongkok sakit pinggang la, sakit tumit dan sendi bagai. Haa.. nanti nak layan suami pon tak larat.. Camno tu.. Fikir2kan..Saya sendiri pernah waktu mengajar di MRSM,  setiap malam saya akan suruh suami urutkan kaki dan tumit. Tak tahu lah pasal apa mudah sgt tumit kaki saya sakit. Lepas bersalin anak ke dua dan AMBIL SUPLEMEN shaklee,  Dah takder sakit tumit berdenyut2 tu dan badan lebih cergas. Bila kita sihat dan bertenaga barulah saya rasa  dapat buat segala kerja dengan baik.

Saya juga nak kongsikan kisah seorang ustaz dengan clientnya seorang isteri dan ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya terutama sekali pada anak-anak.
Baca sampai Habis ya.. Pastu korang renungkan dan buatan kesimpulan untuk diri anda dan orang2 yang anda sayangi.

Dari blog http://genta-rasa.com/
SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.

“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.

“Saya terkorban kerana berkorban.”

Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “

Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.

“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.

“Mengapa ustaz kata begitu?”

“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.

“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “

Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.

“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.

“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.

“Salah puan memang ada…” jawab saya.

“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.

“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.

“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”

“Sekalipun kepada anak sendiri.”

“Itu mementingkan diri namanya!”

Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.

“Mengapa demikian?”

“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.

Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.

“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”

“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu

Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”

“Maksudnya ustaz?”

“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”

“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”

“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”

“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.

“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”

“Maksud ustaz?”

“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”

“Ustaz, saya akan sembuh?”

“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”

“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”

“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”


-Sematkan di dalam hati ayat nasihat terakhir ustaz ini sebagai panduan hidup kita agar terus menyayangi diri kita. Macam mana nak sayang diri kita, KENAL dan SAYANG ALLAH terlebih dahulu.


Wassalam
Ummu Isyhad Isyraqi



Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...