Sunday, 3 May 2015
Sayangi Diri Sebelum Kita Menyayangi Orang lain
Assalamualaikum dan Salam bahagia. 😊
Setiap daripada kita ada kisah yang akan menjadikan diri kita lebih matang. MATANG dari segi Pemikiran dan Tindakan. Alkisah hari ni saya ingin berpesan pada diri dan anda semua sayangi lah diri sebelum anda menyayangi orang lain.
Sejak 2,3 hari ni heboh viral tentang kisah seorang wanita yang terpaksa di buang ovarinya kerana rosak disebabkan pengambilan suplemen yang tidak diyakini yang banyak di pasaran skrg. Akibat terlalu tertekan agaknya dia telah membuat satu kenyataan yang terlalu mengikut perasaan hingga menyalahkan semua jenama suplemen yang ada di pasaran sekarang termasuk jenama shaklee dan menyarankan semua orang mengelakkan diri dari pengambilan makanan-makanan kesihatan ini.
Saya adalah pengguna shaklee dan juga sebagai pengedar produk shaklee bertindaklah menerangkan kembali kepada customer2 yg bertanya. Bahaya ke shaklee ni? Nak tak nak kena explain baik2 sebab sbg pengedar shaklee yang pro, kami dibekalkan dengan ilmu yang diperolehi daripada pakar nutrisi dan juga kami memiliki buku nutrisi dan produk sebagai panduan. Saya berdoa semoga saya mencapai cita-cita menjadi MASTER DISTRIBUTOR dan PAKAR NUTRISI. Doakan untuk saya yer.Saya juga doakan anda semua mencapai semua cita-cita yang diimpikan.
Yang membuatkan hati saya terdetik untuk anda semua sayangi lah diri kita ini dulu sebab bila kawan saya ni bagitau hasben dia tak bagi makan shaklee sebab dengar viral kisah wanita salah makan suplemen ni. Saya nasihat kan di sini nak patuh pada perintah suami biarlah ikut perkara yang logik dan benar selagi tidak melanggar Syariat Tuhan. Kita ni wanita mudah sangat lembut dengan kata2 lelaki. Kalau kita dah kaji produk ni sememangnya selamat utk pengguna jadi dengan kefahaman ilmu tentang kesihatan dan nutrisi kita tak perlu nak dengar kata suami atau org lain yg tak baca dan kaji produk tersebut. JANGAN IKUT KATA ORANG MEMBUTA TULI.. SIASAT MAKLUMAT YANG BETUL.. BARULAH BUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA.
Kita perlu sayang diri kita dulu untuk dapat kesihatan yang baik. Minta jer kat suami kita nak makan suplemen cth nak ostematrix sebab minum susu tak sempat. Macam mana nak sempat urusan anak2 dan kerja dah buat kita sibuk satu hal.. Sampai lupa tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Kalau kalsium tak cukup nanti suami tegap berdiri tapi kita dah terbongkok-bongkok sakit pinggang la, sakit tumit dan sendi bagai. Haa.. nanti nak layan suami pon tak larat.. Camno tu.. Fikir2kan..Saya sendiri pernah waktu mengajar di MRSM, setiap malam saya akan suruh suami urutkan kaki dan tumit. Tak tahu lah pasal apa mudah sgt tumit kaki saya sakit. Lepas bersalin anak ke dua dan AMBIL SUPLEMEN shaklee, Dah takder sakit tumit berdenyut2 tu dan badan lebih cergas. Bila kita sihat dan bertenaga barulah saya rasa dapat buat segala kerja dengan baik.
Saya juga nak kongsikan kisah seorang ustaz dengan clientnya seorang isteri dan ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya terutama sekali pada anak-anak.
Baca sampai Habis ya.. Pastu korang renungkan dan buatan kesimpulan untuk diri anda dan orang2 yang anda sayangi.
Dari blog http://genta-rasa.com/
SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN
“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.
“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.
“Saya terkorban kerana berkorban.”
Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.
Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “
Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.
“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.
“Mengapa ustaz kata begitu?”
“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.
“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”
Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “
Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.
“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.
“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.
“Salah puan memang ada…” jawab saya.
“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.
“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.
“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”
“Sekalipun kepada anak sendiri.”
“Itu mementingkan diri namanya!”
Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.
“Mengapa demikian?”
“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.
Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.
“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”
“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu
Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”
Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?
“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”
“Maksudnya ustaz?”
“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”
Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”
“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”
“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”
“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.
“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”
“Maksud ustaz?”
“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”
Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”
“Ustaz, saya akan sembuh?”
“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”
“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”
“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”
-Sematkan di dalam hati ayat nasihat terakhir ustaz ini sebagai panduan hidup kita agar terus menyayangi diri kita. Macam mana nak sayang diri kita, KENAL dan SAYANG ALLAH terlebih dahulu.
Wassalam
Ummu Isyhad Isyraqi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.. Lama jugak tak bercerita tentang si abang Isyhadi yang dah ada adik namanya Isyraqi. Dia te...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada...
-
Bau badan merupakan salah satu simtom semasa mengamalkan pemakanan diet atkin. 2 tahun lepas semasa abah isyhad sedang buat diet ini u...
No comments:
Post a Comment