Sunday 22 February 2015

Athieef Al Isyraqi di usia 6 bulan ^_^

Bila Athieef Al Isyraqi pandai sebut ‘ma’

Seronoknya hati bila anak dah pandai sebut perkataan..athieff pandai sebut ‘ma’ lepas sehari kena cucuk imunisasi untuk umur 6 bulan. Adik akan sebut bila dia nangis dan muka pandang kat ummi..muka sedih minta orang angkat.Malam tu pulak dalam kereta on the way ikut abah isyhad isyraqi gi tempat kerja..kemain seronok adik bising pok pek pok pek dalam kereta dan asyik melompat2..lenguh tangan pegang..lupa pulak bawa baby car seat..hehe..adik sebut perkataan “abah”..si abang isyhad pun dengar adik sebut abah..pandai dah keluar perkataan. Alhamdulillah..perkataan ma paling banyak bila dia panggil orang.

Adik yang suka  merap ni..tak suka meniarap lama-lama..mesti minta orang angkat dia..tapi dia paling suka berdiri..mandi pun nak berdiri..takmau duduk.

Bila dia meniarap skrg, suka guling-guling badan dia..bila terhantuk menangis punyerla kuat..dan pandai dah angkat2 punggung. Bila dia terlentang dan malas meniarap, tolak badan ke belakang..kalau letak kat katil waktu inilah baby kena kandang dengan bantal.

Kalau orang yang ada budget lebih boleh beli penghadang katil tu..  Aku ni takdor la budget ke situ..hehe
Pendek kata, perangai adik ni berbeza dengan abang cuma muka diorang ni sama.
Alhamdulillah perkembangan adik dari segi kognitif dan fizikal mengikut seperti  perkembangan bayi yang normal.

Makanan Adik Athieef masuk 6 bulan.

Adik athieef dah cuba makan 2 minggu sebelum genap dia 6 bulan kalau ikut bulan masihi. Cuma bukan hari-hari. Hari pertama tu tuk mama dia masakkan bubur nasi + kentang. Bila genap 6 bulan ikut bulan islam, rajinlah sikit ummi ni bagi makan 2 kali sehari. Apa-apapun dia tak memilih makan. Buka jer mulut nganga. Suka jer dia makan..makanan pertama adik secara rasminya (bubur nasi + carrot). MAkanan baby 6 bulan haruslah dikisar sangat halus yer.. :)

Lepas 3 hari kut..ummi bagi bubur nasi +pisang..yang ni pun dia suka. Adik makan pisang tak sembelit okeh..tak macam abg dia dulu, tak boleh makan pisang waktu dia baby sebab poo dia akan keras..hehe..test hari pertama tgk poo adik ok..so sambung for the next day.

Stok pisang habis..ummi  buatkan puri labu pulak..tersengeh2 makan..labu kan manis..lama jugak la nak habiskan stok labu sebab beli sebiji yang comel..hehe. Cari yang dah siap belah dua tak jumpa. Takperla dik, telanla labu ni banyak2. Sampai ke hari ni..masih lagi bubur nasi+ labu..kadang-kadang tambahkan dengan kismis. Rasa masam manis sikit.

Sebut cerita masam manis..adik suka betul hisap buah limau mandarin. Sekarang kan sedang musim raya Cina. Banyak la dapat limau kat rumah ni. Dapat limau mandarin yang manis..so oker la utk baby 6 bulan. bagi dalam 2 ulas jer..tak boleh lebih-lebih takut nanti sakit perut.

Mummy-mommy kat luar sana yang baru jer ada baby..setiap kali bagi menu baru pada anak, tengok keadaan dia samaada dapat alergik atau tidak..lihat pada kulit ada naik ruam-ruam seluruh badan atau mata berair atau juga hidung berair. Pastikan juga lihat keadaan poo baby. Kalau keras ataupun nampak cirit tandanya baby tidak  sesuai dengan makanan tersebut.

See u.. Salam sayang ummu Isyhadi Isyraqi ^_^

Friday 13 February 2015

Why is Shaklee

Assalamualaikum dan salam sayang pada semua pembaca blog saya.

Pasti semua akan terfikir kenapa pilih shaklee?

MENGAPA SHAKLEE?

Rata-rata semua ahli shaklee akan jatuh cinta dengan shaklee sebab telah menggunakan produk shaklee untuk menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Haa..termasuklah diri saya. Badan ni rasa lain benor sebelum dan selepas makan suplemen shaklee. Atas sebab itu, hati berkobar-kobar nak kongsi segala kelebihan yang diperolehi dengan shaklee. Bukan tak pernah cuba produk-produk kesihatan lain, tapi shaklee beri impact yang besar terhadap kesihatan kami sekeluarga. Nak makan dengan makanan -makanan sunnah yang lain pun tak da masalah. Lebih afdal..kan :)

Mula-mula dengar harga shaklee ni..ish..mahal la..tapi rupanya makan vitamin shaklee ni tak der la sebotol tu akan  habis dalam masa 2 minggu atau sebulan..kebanyakannya lebih dari sebulan..cuma ada beberapa kes-kes kesihatan yang berat..pemakanan vitamin perlu diambil dengan jumlah yang tepat agar kesannya lebih cepat dan efektif.

Secara ringkasnya kenapa Shaklee

1. Produk shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang ketat berbanding pengeluar lain. Terdapat 65 saintist yang bertanggungjawab terhadap setiap kualiti dan penyelidikan produk shaklee

3. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten

4. Produk shaklee terserlah diseluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA

5.Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf oleh JAKIM




LoVe Green Forever..


ALWAYZ..s SAFE, WORK & GREEN




Hubungi pengedar sah shaklee anda :

Nor Shahida Taib/Ummu IShyad ISyraqi

sms/whatsapp : 011 32262280

fb : Nor Shahida Taib

COD : Sekitar Sungai Petani..roger-roger I okeh (-_-)
Pos ke seluruh Malaysia



Thursday 5 February 2015

Resepi Rahsia Laksa Johor kini Terungkai

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Saya dah lama tak makan laksa Johor. Kali terakhir makan di rumah kak khomah, pensyarah KMS. Kak Khomah ni memang pakar buat laksa Johor tau..memang sedaplah laksa johor yang dia buat. Sebenarnya nak buat laksa Johor ni agak rumit dan bahan-bahannya banyaaak dan juga akan mengambil masa yang agak lama.

Kali ni saya nak simpan resepi laksa johor dalam blog istimewa saya ini tapi bukan yang versi kak khomah yer..lama I tak jumper u kak khomah setelah I meningggalkan KMS. Jadi memang takkan dapatlah resepi kak khomah tu..dan satu lagi sebab apa saya nak simpan dan akan masak resepi ni sebab en.hubby saya tuu tak pernah makan laksa Johor..haha..kesian dia..nanti I buatkan untuk u okeh.. (-_-)

Ini adalah daripada resepi..resepi rahsia kejayaan -Fiona Tahir, Pengasas Charisma Agency, Pakar Perancang Kewangan-dapat daripada blog dr.azizan. Fiona Tahir mengibaratkan rahsia kejayaanya dalam bidang yang beliau ceburi ini seperti penyediaan dan memasak laksa Johor. Beliau ni kira pakar jugak dalam bab masak laksa Johor.. yes kredit for her..

Kita kalau nak berjaya mesti follow cara orang yang dah berjaya dan kejayaannya itu memang terbukti. Bukan yang cakap2 besar kat warong kopi tu..hati-hati jumpa dengan orang seperti ini. Ibarat lebih kuah dari Sudu..

Okeh..mari kita selusuri resepi laksa Johor Puan Fiona Tahir

RESEPI PILIHAN- Laksa Johor (Hidangan untuk 6-8 orang)

Bahan-bahan

1. Ikan Parang-direbus dan dibuang tulangnya. Simpan air rebusan ikan itu untuk dibuat kuahnya.
2. Isi udang di rebus
3. Isi ikan kurau kering
4. Udang kering
5. Lada kering yang digunting-gunting dan direndam air (30 biji)
6. Kunyit Kering
7. Lada putih serbuk (1 sudud besar)
8. Serai ditumbuk-tumbuk sedikit (6-10 btg)
9. halia (4 inci)
10. Lengkuas (4 inci)
11. Bawang merah (20 biji)
12. Bawang putih (15 biji)
13. Belacan
14. Asam keping (2 keping)
15. santan (1 cawan)
16.Kerisik (kelapa goreng) 1/2 butir
17. Ajinomoto (1 sudu)
18. Gula Pasir (1 sudu)
19. Garam secukup rasa)
20. Kari ikan (1 packet)

Kisar sekali Bahan A
-isi ikan kurau
-Isi ikan parang yang telah dibuang tulang
- Isi udang yang telah dibuang buang kulit
- Udang kering siap di cuci

Kemudian Blend sekali Bahan B
- Rempah kari ikan
-Lada kering , serai, halia,lengkuas, bawang, belacan dan kerisik ( jika tidak mahu di kisar serai pun boleh, maka serai yg telah ditumbuk itu, dimasukkan kemudian)

Tumis rempah-rempah Bahan B
Setelah naik minyak, campukan bahan yang telah dikisar bahan A tadi, gaul semua bahan-bahan lain dan masukkan air bekas rebusan ikan,masukkan santan, kacau sehingga pekat berminyak. Akhirnya, masukkan garam dan lada putih serbuk secukup rasa.

*Ulam-ulam laksa
1. Sambal belacan
2. Limau kasturi
3. Taugeh
4. Lobak (Lobak jeruk)
5.Daun selasih dihiris
6. Daun kesum dihiris
7. Bawang besar dihiris halus
8. Timun yang dihiris/mayang

rebus mee spageti bersama minyak zaitun dan sedikit garam selama 7-10 min(mengikut arahan dibungkusannya) dan dibuangkanairnya. siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba. Pasti Berjaya!!


ihsan dari google : gambar hiasan jer ni.. (-_-)

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...