Thursday, 5 February 2015

Resepi Rahsia Laksa Johor kini Terungkai

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Saya dah lama tak makan laksa Johor. Kali terakhir makan di rumah kak khomah, pensyarah KMS. Kak Khomah ni memang pakar buat laksa Johor tau..memang sedaplah laksa johor yang dia buat. Sebenarnya nak buat laksa Johor ni agak rumit dan bahan-bahannya banyaaak dan juga akan mengambil masa yang agak lama.

Kali ni saya nak simpan resepi laksa johor dalam blog istimewa saya ini tapi bukan yang versi kak khomah yer..lama I tak jumper u kak khomah setelah I meningggalkan KMS. Jadi memang takkan dapatlah resepi kak khomah tu..dan satu lagi sebab apa saya nak simpan dan akan masak resepi ni sebab en.hubby saya tuu tak pernah makan laksa Johor..haha..kesian dia..nanti I buatkan untuk u okeh.. (-_-)

Ini adalah daripada resepi..resepi rahsia kejayaan -Fiona Tahir, Pengasas Charisma Agency, Pakar Perancang Kewangan-dapat daripada blog dr.azizan. Fiona Tahir mengibaratkan rahsia kejayaanya dalam bidang yang beliau ceburi ini seperti penyediaan dan memasak laksa Johor. Beliau ni kira pakar jugak dalam bab masak laksa Johor.. yes kredit for her..

Kita kalau nak berjaya mesti follow cara orang yang dah berjaya dan kejayaannya itu memang terbukti. Bukan yang cakap2 besar kat warong kopi tu..hati-hati jumpa dengan orang seperti ini. Ibarat lebih kuah dari Sudu..

Okeh..mari kita selusuri resepi laksa Johor Puan Fiona Tahir

RESEPI PILIHAN- Laksa Johor (Hidangan untuk 6-8 orang)

Bahan-bahan

1. Ikan Parang-direbus dan dibuang tulangnya. Simpan air rebusan ikan itu untuk dibuat kuahnya.
2. Isi udang di rebus
3. Isi ikan kurau kering
4. Udang kering
5. Lada kering yang digunting-gunting dan direndam air (30 biji)
6. Kunyit Kering
7. Lada putih serbuk (1 sudud besar)
8. Serai ditumbuk-tumbuk sedikit (6-10 btg)
9. halia (4 inci)
10. Lengkuas (4 inci)
11. Bawang merah (20 biji)
12. Bawang putih (15 biji)
13. Belacan
14. Asam keping (2 keping)
15. santan (1 cawan)
16.Kerisik (kelapa goreng) 1/2 butir
17. Ajinomoto (1 sudu)
18. Gula Pasir (1 sudu)
19. Garam secukup rasa)
20. Kari ikan (1 packet)

Kisar sekali Bahan A
-isi ikan kurau
-Isi ikan parang yang telah dibuang tulang
- Isi udang yang telah dibuang buang kulit
- Udang kering siap di cuci

Kemudian Blend sekali Bahan B
- Rempah kari ikan
-Lada kering , serai, halia,lengkuas, bawang, belacan dan kerisik ( jika tidak mahu di kisar serai pun boleh, maka serai yg telah ditumbuk itu, dimasukkan kemudian)

Tumis rempah-rempah Bahan B
Setelah naik minyak, campukan bahan yang telah dikisar bahan A tadi, gaul semua bahan-bahan lain dan masukkan air bekas rebusan ikan,masukkan santan, kacau sehingga pekat berminyak. Akhirnya, masukkan garam dan lada putih serbuk secukup rasa.

*Ulam-ulam laksa
1. Sambal belacan
2. Limau kasturi
3. Taugeh
4. Lobak (Lobak jeruk)
5.Daun selasih dihiris
6. Daun kesum dihiris
7. Bawang besar dihiris halus
8. Timun yang dihiris/mayang

rebus mee spageti bersama minyak zaitun dan sedikit garam selama 7-10 min(mengikut arahan dibungkusannya) dan dibuangkanairnya. siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba. Pasti Berjaya!!


ihsan dari google : gambar hiasan jer ni.. (-_-)

No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...