Assalamualaikum wrt.
Saya pernah cerita dalam entry adik umur 9 bulan setengah baru dia pandai merangkak. Masuk 10 bulan dia dah laju merangkak dan berjalan di tepi-tepi dinding, katil dan meja. Apa saja yang dia boleh paut. Ummi target adik akan pandai berjalan sendiri dalam tempoh 2.minggu lagi. Alhamdulillah betul jangkaan tu.. boleh jalan sendiri dengan jarak yang jauh. 2,3 hari tu belajar jalan jarak dekat.. pastu berani dah jalan jauh sikit.
Pengalaman yang ummi suka bila dia belajar sendiri berjalan pastu tiba2 dia nampak kita pandang dia.. Alahai senyum malu2 pulak si kecik ni..Tomeyyyy. bukan tomei barang kemas tu.. Hehehe
ALHAMDULILLAH DAPAT LIHAT LANGKAH PERTAMA ANAK 😊😊😊
Dan syukur adik masih menyusu badan. Makan macam orang tua.. Nestum taknak dah. makan nasi yang ada rasa sedap jer. Cucuk udang tok mama dia paling suka. Buka puasa Tok mama buat cucuk udang.. makan 3, 4 ketul.. Malam takyah bagi nasi.. Makan cucuk atau kuih2 buka puasa.
Athieef Isyraqi semakin laju berjalan. Tok Wan kata jalan robot terkedek-kedek. Entry ni lama dah simpan dari awal ramadhan sampai ke penghujung ramadhan dah.. Hik Hik..
Rasa sayu nak meninggalkan Ramadhan. Semoga bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri
Ummi Isyhadi Isyraqi
Monday, 13 July 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.. Lama jugak tak bercerita tentang si abang Isyhadi yang dah ada adik namanya Isyraqi. Dia te...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada...
-
Bau badan merupakan salah satu simtom semasa mengamalkan pemakanan diet atkin. 2 tahun lepas semasa abah isyhad sedang buat diet ini u...
Selamat hari raya
ReplyDelete