Wednesday 28 January 2015

Cara Merawat Keputihan Yang Luar Biasa

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang penyakit keputihan yang selalu menyerang kaum wanita terutama sekali bagi mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Tak kurang juga masalah ini membelenggu dikalangan gadis-gadis di luar sana.


Masalah keputihan sering menghantui pemikiran wanita apabila berhadapan dengan masalah ini. Anda yang pernah mengalami masalah keputihan pasti mengerti kerisauan dan kebimbangannya. Saya juga adalah antara golongan yang pernah berdepan dengan masalah ini.

Perasaan? Sudah tentunya MALU..
Kalau cuma sikit-sikit tu boleh dimaafkan lagi tapi bila keputihan dah capai tahap berbau dan nak kena control muka  menahan gatal..itu namanya keputihan luar biasa.






Apakah Itu Keputihan

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita adalah pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Yang hijau itu biasanya sudah mengalami jangkitan kuman.
Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini akan mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Sesetengah kes keputihan yang kronik memaksa anda mengambil antibiotik dan jika ia berlaku semasa anda mengandung, ia akan mengundang masalah lain pula yang boleh memberi kesan kepada janin kerana adanya jangkitan bakteria yang mengundang bahaya.

Apakah penyebab kepada keputihan?

1. Jangkitan kulat, 
Mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
2. Jangkitan kuman trichomonas
Jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
3. Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
5. Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh-contoh penyebab keputihan wanita lain:

1. Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

2.  Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

3. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Rawatan

Kebiasaannya masalah keputihan ini perlu dirujuk kepada doktor dan doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas sample keputihan tersebut. Ini yang ramai malu nak jumpa doktor, tapi nak tak nak terpaksa juga sebab ia melibatkan kesihatan wanita dan ada hubung kait dengan rahim wanita.

Doktor akan beri ubat berdasarkan keputusan sample keputihan tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, saya mengalami keputihan jenis jangkitan kulat candida. Doktor akan beri ubat masuk dalam vagina, antibiotik dan cecair cucian kawasan intim. Sekiranya anda dah berkahwin, en.suami pun kena makan antibiotik tu sebab dibimbangi dapat jangkitan daripada hubungan kelamin.

Semasa proses rawatan 3 hari berturut-turut masuk ubat tu..no no no hubungan kelamin suami isteri. Ini yg kadang2 malu kita kat suami kan.

Masalah ini sering kali berlaku berulang-ulang. Baik 2 bulan pastu datang semula penyakit itu. Jenuhlah nak pi klinik dan makan ubat.

Maka itu, bertindaklah dari sekarang bagi mengatasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih teruk. Sebelum masalah lain berlaku, lebih baik kita elak.

Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, secara automatik saya berjumpa dengan penawar masalah keputihan yang sering saya alami iaitu ALFALFA SHAKLEE. Alfalfa ini banyak keistimewaannya..saya sangat tekankan alfalfa ini sangat bagus untuk kaum wanita amalkan.
Keistimewaan Alfalfa memang ramai wanita dah akui terutama sekali dalam pemasalahan keputihan. 

Insya Allah dengan izin Allah pasti ada penawarnya. Saya sudah..anda? Patut cuba..ALFALFA .Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami masalah keputihan, tak boleh ambil Alfalfa ni yer sebab ia adalah 100% kandungan herba dari tumbuhan Alfalfa. Anda perlu rujuk kepada doktor dan pengambilan GARLIC SHAKLEE dapat membantu pemasalah keputihan daripada berlanjutan kerana bawang putih mengandungi bahan yang antibakteria.

Saya harap penulisan ini dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama seperti saya alami dulu.

Boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut mengenai produk shaklee:

ShahidaAmirul / Ummu Isyhad Isyraqi
call/sms/watsapp  011 32262280
fb  :  Nor Shahida Taib
ID Shaklee Distributor : 1176304

Tuesday 27 January 2015

Set Lengkap Nutrisi Vitamin Ibu Hamil dan Menyusu

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tidak akan setiap wanita boleh lupakan. Masa tu lah rasa ajaib ada insan yang kecil dalam rahim kita. Fasa yang paling best bila baby bergerak-gerak dalam perut.

Fasa yang agak kritikal bagi seseorang ibu adalah fasa trimester pertama, kebanyakan ibu akan mengalami alahan morning sickness..kdg2 tu bukan morning jer..tak kira siang atau malam..muntah saja..Terima seadanya dan kuatkan semangat. Jangan biarkan mabuk tu anda biarkan saja tanpa kawalan daripada suplemen. Kenapa saya kata perlu suplemen, sebab bila semua makanan yg masuk dalamperut akan dikeluarkan semula..agak2 nya berapa sangat nutrien yg tinggal untuk diserap ke badan kita? Sangat sedikit..jadi badan semakin lemah dan tidak bermaya..nanti satu kerja pun tak boleh nak buat.

Inilah yg terjadi kepada saya, sebab belum kenal shaklee dgn lebih mendalam dan takder orang yang nak bantu saya waktu kritikal mabuk mengandung 2 anak soleh saya tu. Jadi saya nak sangat berkongsi dengan anda agar anda akan terus rasa bertenaga semasa mengandung dan seterusnya semasa menyusukan anak berdasarkan pengalaman rakan-rakan lain yg sudah mengambil vitamin suplemen shaklee ini.

Pengambilan vitamin dan suplemen tambahan semasa hamil dan menyusukan anak semestinya amat digalakkan oleh pakar-pakar perbidanan.


Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.


Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)

Sumber : Vitamin Ibu Menyusu

1)   Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana zat besi ini sangat diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh kita. Kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu terutamanya ketika dalampantang lepas bersalin akan mengalami kekurangan zat besi kerana tubuh mereka bekerja 2x ganda daripada biasa dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, Hb rendah, kurang daya ingatan, kurang konsentrasi dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2) Vitamin-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan ia juga menjadikan kulit lebih cantik (anti-aging). Bayi dalam kandungan juga mendapat khasiat daripada pemakanan ibu yang mana ia menjadikan kulit bayi bersih cantik dan mengurangkan masalah ekzema.

3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri-seri. B Complex ini juga mengandungi asid folik yang sangat diperlukan semasa hamil untuk mengelakkan risiko kecacatan bayi. Selain itu, ia juga dikatakan vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik semasa fasa penyusuan bayi. Sangat digalakkan ambil semasa tempoh berpantang lepas bersalin.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Protein adalah makanan sel. Sel-sel dalam tubuh badan kita dibina daripada sumber protein. Protein juga berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium and Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA and DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
 Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin luar dan dalam dengan  lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Ia membantu meningkatkan imunisasi , mengandungi kalsium dan bagi ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu.

Pengambilan alfalfa  juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman dan menyelesaikan masalah keputihan. Ia juga adalah agen detox(nyahkan toksin) kepada tubuh. Ia akan membersihkan darah sekaligus dapat merawat masalah alahan kepada makanan laut dan resdung.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...ANDA GEMBIRA KELUARGA JUGA GEMBIRA :)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

ShahidaAmirul  / Ummu Isyhad Isyraqi
shahida2729@gmail.com
call/sms/whatsapp 011 32262280
fb: Nor Shahida Taib
ID : 1176304




Thursday 22 January 2015

Kita Belajar Kita Buat

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua..

Lama jugak tak bercerita tentang si abang Isyhadi yang dah ada adik namanya Isyraqi. Dia tetap permata hati kesayangan kami. Bab bercakap sekarang ini, meniru cara upin ipin..asyik tengok upin ipin sahaja.
Tengok kat you tube la..sudah maknye asyik online internet je skrg ni..work at home mother.

Satu perkara yang paling penting bila anak sekecil itu dah pandai tekan internet..adalah pemantauan.
Dengar arahan..boleh tgk upin ipin sahaja..kalau ummi tgk isyhad tekan yg lain ummi simpan tab..
Sambil buat kerja kena jeling2 anak tau..Dan juga masa belajar dengan anak-anak..
We have really really able to control our emotional in correct and  perfect way.
Kita perlu  banyak belajar perkara-perkara  parenting dan education ini disamping kita pun nak berjaya dalam bidang yg kita ceburi.

Saya perlu ingatkan pada diri ini..saya berhenti kerja sementara ni pun sebab anak-anak soleh ni. Andai business adalah yang terbaik untuk saya..saya semestinya buktikan yg terbaik..Allah dan Rasul suka kepada orang yang mencari rezeki dengan usaha tangan nya sendiri. Semoga saya berjaya dan anda juga berjaya dan kaya di dunia dan di akhirat.

Kami harap dalam masa 2 tahun ini, kami akan dapat bawa anak-anak dan parent pergi jalan-jalan kat luar negara.. IMPIAN sungguh ni tau..
U olls pun tulislah dan cakap impian yang nak kita capai tu..KITA sama-sama capai impian itu yer..

Jom, enjoy video terbaru Isyhadi..




" KITA BELAJAR KITA BUAT"

Tuesday 20 January 2015

3 Cara Mudah Merawat Rambut Gugur

Assalamualaikum dan salam sayang semua.





Tips hari ini saya nak kongsikan bagaimana dengan mudahnya saya tak perlu mengutip rambut dengan banyaknya di lantai setiap hari.

Bayangkan kalau hari-hari tengok kat lantai rumah kita, rambut kita sahaja nampak di mana-mana. Kena sapu dan kutip. Bab bila tengok kat cermin pulak dah semakin nipis rambut..kalau dibiarkan boleh botak jadinya.

Tipsnya ada 3 langkah sahaja..

1. Potong rambut bagi pendek sikit

2. Cuci rambut dengan syampu yang sesuai , saya cadangkan yang tak tinggi kandungan bahan kimia. Saya pakai syampu safi dengan lemon tu. Murah dan tak tinggi kandungan bahan kimia. Saya belajar bab kimia ni agak tinggi jugaklah tu sebab saya elakkan diri daripada penggunaan bahan kimia yang tinggi terutama yang melibatkan kesihatan diri. Bila saya pakai syampu yg tinggi bahan kimia kepala  akan rasa sakit dan pening. 
Ikut korang lah yer mana yang sesuai ek..sebab banyak produk syampu kat pasaran sekarang ni.

Bagi yang mengalami kulit rambut yang berminyak dan kelemumur mesti ambil yang ada campuran lemon sebab  kandungan lemon memang dapat mengurangkan kelemumur dan minyak berlebihan. Petua orang lama pun suruh gosok kulit kepala dengan limau.

3. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan zink. Takyah pening2 nak pilih makanan yg macam mana..saya ambil sebiji sehari 1 tablet zink shaklee sebab nak fokus untuk pulihkan dengan cepat agar rambut tak semakin banyak berguguran.


Keputusannya..dalam masa 2 minggu saya perasan dah semakin kurang rambut gugur. Sebulan dah jadi normal. Masih continue makan zink sebab bagus agar rambut sentiasa sihat, hitam dan lebat.

Kalau nak tahu suami saya adalah masalah uban yg banyak di rambut. Tapi sejak dia makan multivitamin Vita Lea shaklee yang juga ada kandungan zink dan rajin cuci rambut,saya perhatikan dah takder nampak sangat uban tu. kalau tak saya la tukang cabut uban dia tu..hehe

Mari kita lihat khasiat zink untuk tubuh badan kita :)





Testimoni rakan-rakan yg lain turut berjaya mengatasi masalah rambut gugur..Jom baca :)

TESTIMONI 1


isteri dan suami boleh share makan sama-sama :)

TESTIMONI 2




memudahkan kerja mak cik cleaner. hati kita pun gembira.
thank you shaklee


Menarik dan mudahkan!!! Tak perlu bimbang lagi jika hadapi masalah rambut gugur. Kini dah ada jalan penyelesaiannya. Tunggu anda nak bertindak atau tidak. Eh, jangan tunggu lama-lama yer..

Jika berminat untuk dapat zink complex ini. Sila hubungi saya, Shahida 011 32262280

Wassalam.

ShahidaAmirul
Ummu Isyhad Isyraqi
SihatCeriaCergasCerdasMenawan (s.c.c.c.m) 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah atau pendapatan sampingan?

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE &
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

NOR SHAHIDA & AMIRULSYAIDI
Shaklee ID : 1176304
shahida2729@gmail.com
call/sms/whatsapp  011 32262280
fb  Nor Shahida Taib



Tuesday 13 January 2015

Sihat sangat penting supaya Bos Tak Benci

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Permulaan tahun 2015 ini, harapan saya agar kesihatan kita semua bertambah baik hendaknya dan segala impian dan harapan tahun 2015 ini akan menjadi kenyataan ..(- _ -)

Sihat dan sakit ni dah jadi asam garam kehidupan. Bila Allah uji kita dgn kesakitan, itu juga tanda Allah nak gugurkan dosa-dosa kita seandainya kita redha dengan ujian Nya.

Demam, pening, selesema tu biasa la kan..Cuma harapan kita kalu dahulu selalu demam selesema tapi sekarang dah jarang sakit demam dan sebagainya. Paling penting kita berusaha agar dijauhkan daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi ,strok dan pelbagai lagi.

Bagi saya, kesihatan adalah yang paling penting dalam kehidupan kita..Bukan sahaja sihat fizikal yg kita nampak tu tetapi juga kesihatan jiwa, mental dan rohani. Keempat-empat elemen ini sangat penting menentukan tahap kualiti hidup kita di dunia dan di akhirat. Ia saling berkait antara satu sama lain.




Kenapa saya rasa kesihatan itu penting dalam hidup saya?

Cukup dengan Allah uji lemahnya badan ketika mengandung kedua-dua anak soleh saya. Saya dapat rasakan sakit berbulan-bulan sehingga 4 bulan pertama. Waktu itu, nak uruskan diri sendiri pun tak mampu. Tambahan pulak waktu mengandung anak kedua, saya memang tak mampu nak layan kerenah anak yang sulong..kesian saya tengok si abang dan dia banyak bermanja dengan abahnya sahaja.


Di tempat kerja satu hal.. Kerja semua tertangguh!!!  Dapat bos yang faham..ok lah..tapi kalu korang dapat bos yang cakap macam ni.." Isteri saya mengandung jugak..boleh je kerja dengan baik"..Korang rasa apa perasaan korang waktu tu..

Masa tu saya rasa useless sungguh dan rasa nak menangis depan bos. Tapi memang lepas keluar bilik bos memang menangis berjujurai air mata. Kepada Tuhan juga  tempat saya mengadu segalanya. Kes nya cuba saya datang lambat banyak kali. Sampai surat MC dan warded di hospital pun dipersoalkan. Nasib la la labu...

Saya memang nak mohon cuti tanpa gaji masa usia kandungan 2-3 bulan . Itu memang fasa yang agak getir ibu-ibu mengandung akan alaminya tetapi apakan daya belum layak sebab masih jawatan sementara. Jadi terpaksa juga pergi kerja..

Saya juga faham bila kita makan gaji ni kita perlu dengar dan siapkan semua tugasan yang diberi oleh majikan kita dalam tempoh masa yang diberikan.


Saya faham sgt sekarang tak semua orang boleh faham kesusahan dan kesakitan yang kita alami.

Jadi  bertindaklah sekarang untuk jaga kesihatan dengan baik. Insya Allah kalau mabuk waktu mengandung pun dah ada suplemen yg boleh bantu bagi badan kita kuat sikit supaya semua keadaan boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

Sekarang saya banyak buat kajian dan testimoni orang ramai yang telah mengamalkan suplemen vitamin shaklee. Kebanyakanya memberi impak yang sangat positif termasuklah diri saya sendiri. Saya  bermula dengan pengambilan Alfalfa shaklee untuk meransang susu ibu untuk anak kedua saya. Saya akan kongsikan pengalaman saya dengan Alfalfa ni yer...(-_-)

Alfalfa........SUPER FANTASTIC, AMAZING!!!!


Kawan-kawan atau saudara mara  yang ada penyakit, ikhtiarlah dengan mengamalkan makanan sunnah dan suplemen atau vitamin-vitamin dan mineral tambahan untuk memulihkan tahap kesihatan kita. Kebergantungan kepada ubat sintetik sepenuhnya adalah tidak digalakkan.

Serta banyakkan berdoa pada Allah. Yakin Allah akan sembuhkan penyakit kita.

Amalan hidup yang sihat dengan mengamalkan diet makanan yg bernutrisi, makanan tambahan dan suplemen, bersenam, air yg bersih dan udara yang bersih, Insya allah kita akan dapat jalani hidup yg lebih berkualiti.



Salam sayang  dari Ummu Isyhad Isyraqi













Monday 12 January 2015

Cara nak kurus dengan bantuan pemakanan yang betul

Assalamualaikum..Saya doakan anda semua dalam keadaan ceria, bersemangat dan sihat di bawah rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Hari ini saya nak berkongsi bagaimana kita nak slim dengan bantuan suplemen atau pun makanan kesihatan.

Kaedah ini boleh kita amalkan semasa proses nak kurus dan maintain berat badan impian kita. Apa yang saya suka tentang 2 suplement ini, ia bukan sahaja membantu untuk proses penurunan berat badan malah meningkatkan lagi tahap kesihatan kita. Ramai yang dapat khasiat lebih daripada apa yang mereka target pada mulanya.

Jom kita selongkar dulu khasiat-khasiat yang terkandung dalam alfalfa dan lecithin.

Alfalfa


Alfalfa
Ramai di antara kita masih belum mengenali alfalfa yang juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter. Sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa ditemukan di permukaan tanah.Tanaman ini sangat istimewa dan dikenali oleh orang Arab sebagai ayah dari tanaman. Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herba sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda.

Herbalists often recommend alfalfa preparations as a potent nutritive in cases of malnutrition, debility, and prolonged illness. Alfalfa contains substances such as isoflavones and coumestans, which bind to estrogen receptors in the body. - Jennifer Brett, N.D.


Alfalfa  shaklee


Khasiat dan Kebaikan Alfalfa

✿ Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
✿ Menghilangkan kelesuan dan tekanan
✿ mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
✿ Merawat arthritis
✿ Membantu mengatasi masalah allergi dan eczema (jika bayi mengalami eczema ibu boleh mengamalkan alfalfa dan khasiatnya akan disalurkan melalui susu ibu)
✿ Membantu mengatasi masalah asthma
✿ Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
✿ Mencuci buang pinggang dan merawat kencing kotor
✿ Meneutralkan asid dalam badan
✿ Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
✿ Membesar dan menegangkan payu dara (untuk wanita)
✿ Sebagai kacip Fatimah bertindak sebagai 'perapat' mengembalikan hubungan hangat suami isteri (untuk wanita)
✿ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
✿ Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
✿ Meningkatkan stamina para suami
✿ Sebagai Pelawas dan mengatasi masalah sembelit
✿ Membuang angin dalam badan
✿ Terkenal sebagai 'MILKBOOSTER' 




Lecithin

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.



Khasiat dan Kebaikan Lecithin

✿ bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. 
✿ mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. 
✿ bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak).
✿ memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.
✿ membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati. 
✿ membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. 
✿ melindungi sel dari teroksida. 
✿ juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.
✿ mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. 
✿ sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. 
✿ bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang &  sistem penghadaman.
✿ zat utk kecantikan,  ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema. 
✿ diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine.




Lecithin bertindak sebagai fat emulsifier (pemecah lemak) yang baik. Pengambilan Lecithin secara konsisten setiap hari dalam kuantiti yang dicadangkan membantu mengelak masalah obesiti dan mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna. 


Alfalfa Complex pula sebagai agen detoks yang mengangkut lemak-lemak yang telah dipecahkan untuk disingkirkan daripada badan. Alfalfa Complex juga membantu pelawasan yang turut yang mempunyai peranan penting dalam menurunkan berat badan.


Cara makan Set Slimming Shaklee (Alfalfa + Lecithin)

Alfalfa: 5 biji lepas bangun tidur, sebelum sarapan dan 5 biji sebelum tidur. (untuk yang baru nak mula makan, ambil 2-3 biji je dulu sebelum sarapan dan sebelum tidur takut tak sesuai dengan badan lagi). maksimum 10 biji sehari

Lecithin: 2 biji selepas sarapan, 2 biji selepas lunch, 2 biji selepas dinner. maksimum 6 biji sehari. 


Jika berminat boleh hubungi saya. 
Hanya kurang dari RM100 , anda boleh memiliki set bajet slimming shaklee! :)

Bulan Januari 2015....Dapat promo offer LAGI TAU!!
Terus kurang dari RM90

SMS/WHATSAPP  011 32262280
facebook: Nor Shahida Taib

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...