Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tidak akan setiap wanita boleh lupakan. Masa tu lah rasa ajaib ada insan yang kecil dalam rahim kita. Fasa yang paling best bila baby bergerak-gerak dalam perut.
Fasa yang agak kritikal bagi seseorang ibu adalah fasa trimester pertama, kebanyakan ibu akan mengalami alahan morning sickness..kdg2 tu bukan morning jer..tak kira siang atau malam..muntah saja..Terima seadanya dan kuatkan semangat. Jangan biarkan mabuk tu anda biarkan saja tanpa kawalan daripada suplemen. Kenapa saya kata perlu suplemen, sebab bila semua makanan yg masuk dalamperut akan dikeluarkan semula..agak2 nya berapa sangat nutrien yg tinggal untuk diserap ke badan kita? Sangat sedikit..jadi badan semakin lemah dan tidak bermaya..nanti satu kerja pun tak boleh nak buat.
Inilah yg terjadi kepada saya, sebab belum kenal shaklee dgn lebih mendalam dan takder orang yang nak bantu saya waktu kritikal mabuk mengandung 2 anak soleh saya tu. Jadi saya nak sangat berkongsi dengan anda agar anda akan terus rasa bertenaga semasa mengandung dan seterusnya semasa menyusukan anak berdasarkan pengalaman rakan-rakan lain yg sudah mengambil vitamin suplemen shaklee ini.
Pengambilan vitamin dan suplemen tambahan semasa hamil dan menyusukan anak semestinya amat digalakkan oleh pakar-pakar perbidanan.
Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.
Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)
Sumber : Vitamin Ibu Menyusu
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana zat besi ini sangat diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh kita. Kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu terutamanya ketika dalampantang lepas bersalin akan mengalami kekurangan zat besi kerana tubuh mereka bekerja 2x ganda daripada biasa dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, Hb rendah, kurang daya ingatan, kurang konsentrasi dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
2) Vitamin-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan ia juga menjadikan kulit lebih cantik (anti-aging). Bayi dalam kandungan juga mendapat khasiat daripada pemakanan ibu yang mana ia menjadikan kulit bayi bersih cantik dan mengurangkan masalah ekzema.
3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri-seri. B Complex ini juga mengandungi asid folik yang sangat diperlukan semasa hamil untuk mengelakkan risiko kecacatan bayi. Selain itu, ia juga dikatakan vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik semasa fasa penyusuan bayi. Sangat digalakkan ambil semasa tempoh berpantang lepas bersalin.
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Protein adalah makanan sel. Sel-sel dalam tubuh badan kita dibina daripada sumber protein. Protein juga berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium and Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA and DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin luar dan dalam dengan lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)
Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Ia membantu meningkatkan imunisasi , mengandungi kalsium dan bagi ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu.
Pengambilan alfalfa juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman dan menyelesaikan masalah keputihan. Ia juga adalah agen detox(nyahkan toksin) kepada tubuh. Ia akan membersihkan darah sekaligus dapat merawat masalah alahan kepada makanan laut dan resdung.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
ShahidaAmirul / Ummu Isyhad Isyraqi
shahida2729@gmail.com
call/sms/whatsapp 011 32262280
fb: Nor Shahida Taib
ID : 1176304
No comments:
Post a Comment