Thursday 9 March 2017

Usah Bandingkan Diri Kita Dengan Orang Lain

USAH MEMBANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Apa sahaja nikmat atau ujian yang Allah berikan kepada kita, jangan sesekali membandingkan dengan orang lain. Kerana kita tidak pernah akan tahu apa yang orang lain telah lalui dalam kehidupan mereka, begitu juga mereka tak pernah tahu apa yang kita telah lalui sepanjang dalam kehidupan ini.

Adakala kita merasa, beruntungnya menjadi dia yang seumpama memiliki segalanya dalam kehidupan ini. Walhal kita sendiri tidak tahu apa kesusahan, kepayahan, sebesar mana ujian yang telah berjaya dia lepasi sehingga melayakkan dia menikmati apa yang dia lalui sekarang.
SETIAP KITA BERBEZA

Ketahuilah, Allah sendiri berfirman dalam KitabNya yang mulia, “Allah tidak  akan membebani seseorang melainkan engan kadar kesanggupannya.”

Allah yang mencipta kita, memiliki kita, dan Dia juga yang lebih mengetahui kadar kemampuan kita berbanding diri kita sendiri. Mungkin pada kita, ujian yang Allah letakkan pada seseorang itu sangatlah kecil, namun mungkin ia kelihatan dan terasa berat untuk dihadapi oleh orang lain.

Dan mungkin juga orang melihat ujian yang kita lalui teramat berat, akan tetapi dengan bantuan kekuatan daripada Allah kita mampu menjadi setenang dan setabah manusia untuk melaluinya.. Sangat berbeza,bukan?

CARI TITIK POSITIF

Apa sahaja ujian, nikmat, pemberian dan teguran yang Allah datangkan kepada kita.. Carilah titik positif disebaliknya. Itu yang akan membuatkan kita redha dengan apa yang kita lalui dan miliki sekarang.

SETIAP UJIAN ADA RAHMAT ALLAH
SETIAP UJIAN ADA HIKMAHNYA





Tuesday 7 March 2017

Set Kurus Terlajak Laris Bulan Mac

Assalamualaikum

Selamat petang buat semua pembaca.

Kak Shaeda menaip ni pon sambil masak-masak di dapur. Sat lagi siap la tu.. masak campak - campak jer menu asam rebus.
Menu sihat ni.. ate tak nak perutku boroi.. Hehe..


Asam Rebus fresh dari dalam periuk


Ok,  nak habaq pasai promo bulan 3 ni,  Apa yang promo best bulan ni ya...

Promosi shaklee bulan 3 ni nak peghabih stok lecithin ( beli 1 percuma 1). Yang lecithin ni expired tahun ni. Untuk alfalfa saiz botol kecil dan botol besaq habis semua depa sapu bulan lepas. Jadi yang bulan ni alfalfa yang bukan promo ja ada. Alfalfa bukan promo ni expired tahun depan 2018.


Biasalah kan..barang dapat percuma selalunya orang akan berebut-rebut untuk dapatkan. Inilah namanya rezeki.  Sempena promo bulan ini anda boleh dapatkan set kurus shaklee dengan harga kurang dari rm110 untuk nilai 3botol (1 alfalfa (s)+2 lecithin)



Dengan adanya promo  murah seperti ni dapatlah sesiapa yang nak turunkan berat badan tu buat dengan lebih cepat.
Nak cepat turun berat memang nak kena makan lecithin tu ikut yang dicadangkan Dan konsisten setiap hari. Jadi kalau hangpa beli lecithin ni memang akan cepat habis tak sempat tarikh expired tu.

Tentang produk expired shaklee ni, sebenaqnya untuk natural produk tempoh masa tak lama seperti vitamin sintetik yang lain. Tarikh expired tu maksudnya produk tu dah tak leh jual pada pelanggan. Vitamin yang dijaga elok penyimpanannya boleh diambil sehingga 6 bulan dari tarikh expired. Sebaiknya simpan dalam peti ais dan di tempat yang kering.

Berkenaan dengan berat badan tadi, korang buat secara konsisten, InsyaAllah masa hari raya nanti dapatlah bergaya dengan segaknya.

Jangan biarkan berat badan semakin bertambah-tambah. Perut pulak makin ke depan depan.. Confirm lagi susah nanti nak cairkan lemak yang semakin banyak dan tepu.

Ini pengalaman hasben Kak Shaeda sendiri, apabila berat badan kita semakin bertambah jadi lagi lama la kita nak  dapat berat badan yang ideal.

Kegunaan ALFALFA dan LECITHIN bukan sekadar untuk penurunan berat badan tetapi ada khasiat-khasiat lain yang akan kita perolehi selain daripada penyingkiran toksin dan lemak dalam badan.

Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

Kolin – satu komponen neurotransmitter.

Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.

Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).

Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.

Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Membantu kawal paras triglycerides.

Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.

Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.

Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.

Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.

Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

With Luv
Kak Shaeda
01132262280
Your Shaklee Friend



Buat Vision Board, perlu kah????

Bila diimbas kembali tahun 2016. Adakah kita dah berjaya capai semua impian kita?

kalau belum ada yang tertunai atau tercapai lagi kenalah berusaha berhempas pulas untuk tahun 2017 ini. Usaha perlu ada beserta doa dan kemudiannya tawakal. Tak boleh lah tawakal jer tunggu rezeki jatuh dari langit.

tiada kejayaan yang datang bagi orang yang malas berusaha.


Sekarang dah bulan Mac 2017, mungkin waktu awal bulan January tempoh lalu kita dah buat list segala target dan.impian dalam kepala nak capai  untuk tahun 2017. Dr.Azizan kata tulis apa yang kita nak sebanyak 100 impian. Ada satu lagi apa kata kita perlu buat ialah buat Vision Board.

Vision board ni yang betul-betul kita nak capai dalam tahun ini.

Apa itu Vision Board??

Vision Board digunakan untuk membantu menjelaskan dan mengekalkan tumpuan kepada matlamat hidup yang tertentu.

Anda boleh gunakan apa sahaja jenis board untuk dijadikan vision board. Letakkan imej yang mewakili apa- apa sahaja yang anda mahu, atau anda mahu lakukan dalam hidup anda!


Kena tulis apa yang kita mahu dapatkan barulah jelas dan terang. Kita pon akan sentiasa ingat, bila hari- hari dok pandang board tu kan.. InsyaAllah ada aura semangat akan datang untuk kita fokus dengan matlamat tersebut


Bila dah hari - hari dok tengok vision board tu, secara tak lansung juga, bolehlah mengorak langkah dan menyusun strategi untuk capai apa yang kita mahukan!. Minda pon akan terarah kepada semangat positif. ;-)


Sebagai seorang islam, tak bolehlah tulis segalanya vision dan target tanpa beserta doa.. Kenalah berdoa dengan sepenuh hati sanubari. Amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH dan RasulNYA sudah semestinya kena buat.


Doa adalah kunci umat Islam. Mintalah apa sahaja yang baik-baik dari Tuhan. Allah akan beri, cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadi, kita jangan berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah.

Jaga hubungan kita dengan Allah.

Mari kita amalkan:

Solat Dhuha.Solat Tahajjud.Istighfar 200 kali sehari.Selawat 200 kali sehari.


Kita konsistenkan dulu amalan-amalan ini serial hari.

 Ok? Jom sama-sama kita berusaha untuk mencabar redha Allah.

With Luv

Kak Shaeda

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...