Bila diimbas kembali tahun 2016. Adakah kita dah berjaya capai semua impian kita?
kalau belum ada yang tertunai atau tercapai lagi kenalah berusaha berhempas pulas untuk tahun 2017 ini. Usaha perlu ada beserta doa dan kemudiannya tawakal. Tak boleh lah tawakal jer tunggu rezeki jatuh dari langit.
tiada kejayaan yang datang bagi orang yang malas berusaha.
Sekarang dah bulan Mac 2017, mungkin waktu awal bulan January tempoh lalu kita dah buat list segala target dan.impian dalam kepala nak capai untuk tahun 2017. Dr.Azizan kata tulis apa yang kita nak sebanyak 100 impian. Ada satu lagi apa kata kita perlu buat ialah buat Vision Board.
Vision board ni yang betul-betul kita nak capai dalam tahun ini.
Apa itu Vision Board??
Vision Board digunakan untuk membantu menjelaskan dan mengekalkan tumpuan kepada matlamat hidup yang tertentu.
Anda boleh gunakan apa sahaja jenis board untuk dijadikan vision board. Letakkan imej yang mewakili apa- apa sahaja yang anda mahu, atau anda mahu lakukan dalam hidup anda!
Kena tulis apa yang kita mahu dapatkan barulah jelas dan terang. Kita pon akan sentiasa ingat, bila hari- hari dok pandang board tu kan.. InsyaAllah ada aura semangat akan datang untuk kita fokus dengan matlamat tersebut
Bila dah hari - hari dok tengok vision board tu, secara tak lansung juga, bolehlah mengorak langkah dan menyusun strategi untuk capai apa yang kita mahukan!. Minda pon akan terarah kepada semangat positif. ;-)
Sebagai seorang islam, tak bolehlah tulis segalanya vision dan target tanpa beserta doa.. Kenalah berdoa dengan sepenuh hati sanubari. Amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH dan RasulNYA sudah semestinya kena buat.
Doa adalah kunci umat Islam. Mintalah apa sahaja yang baik-baik dari Tuhan. Allah akan beri, cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadi, kita jangan berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah.
Jaga hubungan kita dengan Allah.
Mari kita amalkan:
Solat Dhuha.Solat Tahajjud.Istighfar 200 kali sehari.Selawat 200 kali sehari.
Kita konsistenkan dulu amalan-amalan ini serial hari.
Ok? Jom sama-sama kita berusaha untuk mencabar redha Allah.
With Luv
Kak Shaeda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada...
-
Bau badan merupakan salah satu simtom semasa mengamalkan pemakanan diet atkin. 2 tahun lepas semasa abah isyhad sedang buat diet ini u...
-
Assalam Hari ni genap 10 hari ummi isyhad isyraqi menggunakan cloth diapers untuk adik athieef isyraqi. Perasaan!!! Seronok jugak....
No comments:
Post a Comment