Sunday 13 November 2016

Perkembangan Harraz Rizqin 6 bulan.

Assalamualaikum

Allahuakbar perkembangan fizikal Harraz sangat cepat buat masa ini. Masuk usia dia 6 bulan dah berjaya berdiri sendiri dengan memaut sesuatu. Biasanya berdiri tepi kerusi sofa, kabinet TV dan juga tepi kaki Ummi.

Harraz Rizqin 6 bulan

Duduk sendiri memang dah ternyata  kuat semasa usia masuk 5 bulan. Check up 6 bulan tempoh hari misi terkejut dia dah kuat duduk atas penimbang berat. Alhamdulillah.


Harraz 5 bulan

Sekarang kena tengok selalu sebab Harraz sedang belajar melangkah. Berdiri berani lepas tu nak duduk semula takut mungkin sebab belum konfiden lagi.

Dah mula bagi makanan pepejal. Hari pertama tak reti makan..haha


 Puree lobak dengan nasi hancur

Hari kedua dan seterusnya pandai dah makan. Take your time baby..jangan paksa baby kalau dia belum pandai nak makan. Bagi makan sikit-sikit dulu. Yela sebelum ni exclusive minum susu ibu ja..tiba-tiba ada rasa lain masuk dalam tekak.

Jadi nak ajar  Harraz bab makan ni kena bagi juga makan cerelac beras campur susu. Mungkin rasanya lebih kurang sama dengan susu ibu. Waktu petang campur dengan puree carrot.


Cerelac beras + susu

Puree carrot + kurma ajwa + nasi

Aktiviti Harraz sepanjang 6 bulan ni, dia suka main lego dengan abang-abang dia. Sambil berlatih bertatih jalan tepi sofa.




Abang Isyhadi dah boleh harapkan sikit tengok-tengokkan adik untuk bagitau Ummi apa yang adik-adik dia buat. Istilah lain tukang report.. 😆

Ini sekadar pandangan

Why baby nowadays very fast growing and develop.

Kalau kita perhatikan sekarang ini masa bergerak sangat pantas. Rasa setahun tu sekejap jer kan. Kalau dulu rasa lamanya nak sampai setahun. Apa pon semua nak cepat sekarang. Teknologi berubah dan bergerak  sangat pantas.

Jadi, begitulah anak-anak kita juga perkembangan anak-anak akan membesar dengan cepat dari segi fizikal dan intelektual. Ia juga bergerak selaras. Biiznillah

Terlalu banyak ibubapa muda hari ini perlu pelajari tentang didikan anak-anak. Banyak perubahan berlaku dari semasa ke semasa.
Saya yakin hanya satu sahaja untuk selamat ialah kebergantungan kita dengan Tuhan. Lakukan sepertimana yang telah Rasulullah tunjuk kepada kita.

Memang bukan senang tapi niatlah nak buat dulu lepas tu mengadulah pada Allah untuk mohon pertolongan dan dipermudahkan segala urusan yang kita inginkan kebaikan untuk diri, anak-anak dan keluarga.

Wallahualam.

With love









Thursday 10 November 2016

Agen Shaklee Sungai Petani dan Kepala Batas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai warga Sungai Petani dan Kepala Batas. Anda mencari pengedar shaklee terdekat dengan kawasan anda? Meh kami nak habaq kut-kut kita ni duk satu taman ja atau pon kita duk berjiran..hehe
Saya Nor Shahida Taib, pengedar Shaklee Malaysia. Kini tinggal di Taman Bertam Perdana 3, Kepala Batas. Saya telah menjalankan perniagaan Shaklee ini hampir 2 tahun.


Hubby and Me

Antara perkhidmatan yang kami sediakan untuk warga Sungai Petani adalah penghantaran vitamin Shaklee  terus ke tangan anda. Mungkin tak perlu tunggu abam pos laju kalau tempat kita berdekatan sahaja.

Bagi anda yang ingin perkhidmat COD ini, penghantaran boleh dibuat bagi kawasan terdekat di Sungai Petani. Kalau anda ingin jumpa di Tesco Utara dan Aman Jaya Mall pon boleh sangat-sangat. Sambil shopping barang-barang  boleh selit urusan jual beli. :)

               
AmanJaya Mall, Sungai Petani

Bagi anda yang tinggal di Bertam, Kepala Batas sangat dialu-alukan. Boleh jumpa di kawasan sekitar  McD Bertam sebelah kedai Fareeda tu sebab di situ McD 24 hours. Kalau pi malam, terang jer kawasan tu kan..

Set-set kesihatan apa yang sering mendapat sambutan ??
Antaranya seperti set asas vitamin hamil, set berpantang bersalin, set tambah susu badan, set resdung dan set kecantikan kulit wajah.

Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp 01132262280 dan penghantaran dalam masa 1-3 hari. Seandainya barang stok ditangan tidak mencukupi, saya perlu ke branch Seberang Jaya, Penang untuk mengambil stok.

InsyaAllah, sekiranya stok vitamin mencukupi berdesup terus saya hantar kepada anda :)



Ok, jangan lupa, anda nak vitamin atau produk-produk natural shaklee boleh cari Kak Shahida Pengedar Shaklee Sungai Petani dan Kepala Batas

With Love
Kak Shahida
SID Sungai Petani/Kepala Batas

WhatsApp 011 32262280
IG @syeedashaklee


Monday 24 October 2016

Hb Rendah Terutama Pada Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rasa cepat letih, rasa berdebar-debar,  muka pucat, pening dan kadang kala rasa nak pitam. Ini adalah sebahagian simptom-simptom bagi mereka yang mengalami Hb rendah terutama sekali ia berlaku semasa hamil.

Ibu hamil perlu peka dengan sebarang perubahan yang sedang berlaku pada diri anda semasa hamil. Mungkin sebelum hamil anda seorang yang sangat aktif tetapi apabila disahkan hamil anda rasa nak bawa badan pon tak berdaya..

Saya juga pernah  alami Hb rendah semasa mengandung  anak ke dua. Jadi terpaksa  kena konsisten ambil Iron tablet. Doktor bekalkan pada saya Iberet folic acid.

Selain itu, amalan pemakanan juga penting. Elakkan daripada sebarang minuman yang mengandungi caffeine. Perbanyakkan minum air kosong dan jus buah seperti oren dan jambu batu. Antara sumber makanan yang tinggi zat besi pula seperti kerang, hati, daging merah, sayur bayam atau sayuran hijau.

Kita dapatkan sedikit info tentang Hb(haemoglobin) ni ya..

Haemoglobin ialah sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Pembentukan  sel darah merah inilah yang penting agar seluruh organ badan kita mendapat oksigen yang mencukupi.

HB RENDAH TERUTAMA PADA IBU HAMIL:

Dengan kata mudah, bahasa kita adalah ibu hamil ni kekurangan zat besi. Bila kurangnya zat besi maka banyaklah komplikasi lain yang datang bertandang.

Perlu kita tahu, sel darah merah amat memerlukan iron (zat besi) untuk dihasilkan. Kalau ibu tidak mempunyai cukup zat besi atau iron ini maka kemungkinan ibu hamil akan menghadapi masalah hb rendah.

Semasa hamil, darah merah ibu akan meningkat sebanyak 50%, maka oleh sebab itulah ibu perlukan zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dengan lebih banyak.

Boleh semak dengan gynea masing-masing tahap hb anda. Tapi biasanya doktor akan bekalkan ibu pil zat besi seawal pemeriksaan pertama prenatal anda.

Jangan ambil mudah, kalau pun rasa tak nak atau tak boleh nak telan pil zat besi tu, tapi fikirkan bayi dalam kandungan. Bayi anda bergantung pada anda sebagai ibunya. Paksa untuk kesihatan bayi.

Bagaimana nak tingkatkan hb rendah ni?

terbaik: vitalea, bcomplex dan vitamin c.
gabungan ketiga2 adalah terbaik!
terutama jika sudah ambil vitalea shj tp hb tak juga naik. kena add onn bcom dan vit c.

Mengandung kali ke tiga ini saya amalkan suplemen shaklee kerana ia lebih natural berbanding ubat sintetik.

Alhamdulillah selama dah 7 bulan usia kandungan sekarang hanya sekali jer Hb rendah 10.6 semasa usia kandungan 5 bulan.

Saya tahu sebab apa jadi gitu.. Hehe

Saya jadi gian nak minum kopi 3 in 1. Dapat kopi old Town with hazelnut.. Fuhhh.. Sedap nya..

Kandungan cafein ini akan mengurangkan penyerapan vitamin. Sebaiknya hanya amalkan air jus buah-buahan dan juga air kosong. Sekali sekala tak mengapalah. Seminggu sebelum check up di klinik hendaklah jaga-jaga  dan elakkan sebarang minuman tinggi kafein ni ya..

Vitamin apa yang sangat  penting untuk golongan ibu hamil yang mengalami HB rendah ialah Vitalea. Jangan tertinggal sehari makan vitamin ini tau..



Sharing with love
Shahida Syaidi
Sid 1176304
WhatsApp 011 32262280

Thursday 20 October 2016

Best moment ketika menyusukan anak.

Assalamualaikum wrt. 

Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk menyusukan ketiga-tiga anak lelaki soleh saya. Anak lelaki sulong penuh breastfeed 2 tahun 4 bulan tapi 6 bulan pertama tak exclusive bf sebab takda pengalaman lagi. Anak ke dua dan ke tiga dapat fully exclusive susu IBU 6 bulan pertama. Anak ke dua menyusu sampai 1 tahun 6 bulan sahaja sebab dia nak dapat adik dah. Hisap-hisap jer waktu di hujung trimester ke tiga dia tak nak dah. 

Menyusukan anak ni memang kita akan rasa bonding yang kuat antara anak dan ibu. Waktu mata bertentang mata masa si anak tengah menyusu tu terus rasa sayang sangat-sangat pada anak.

Di sini saya kongsikan pengalaman saya dan juga ibu-ibu lain tentang perkara lucu ketika menyusukan anak. 

1. Bayi menyusu hingga mengeluarkan bunyi - bunyi. Itu tandanya bayi sedang sangat haus atau lapar.

2.Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! Kes ibu macam aku yang tengah buat bisnes online..haha

3.Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)

4.Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)

5.Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)

6.Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)

7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda.. kita share)

8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)

9.Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)

10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)




3 imam cilik

Agar-Agar Sirap Ros Cinta

Agar-agar Sirap Ros Cinta



Ini pertama kali buat agar-agar guna paket strip agar-agar ni. Ada sebelum ni aku buat agar-agar segera yang serbuk siap dengan perisa tu jer. Hehe

Aku buat ni sempena Majlis bertunang adik ipar. Jadi rajin lah sikit..hehe

Gambar family suami. Yang takda gambar dalam ni Pak ngah Isyhad dan Athieef. Athieef sebab tengah tidur.

Sebelum ni tengok mak buat je la. Kat kampung kan selalu kenduri kendara. Aku selalu dulu tukang kacau air agar-agar tu la..berapa sukatannya entahla Haha..

Sebenarnya ,Mak pon kadang-kadang  buat tak jadi perfect sangat agar-agar ni sebab kalau terlebih air boleh jadi lembik. Kalau kurang air jadi keras pula.

Jadi,  zaman sekarang nak selamat kita   guna cik google jer yer. Copy resepi orang yang dah pernah buat.

Ok, ini resepi bagi yang nak buat agar-agar tu agak perfect

2.1 liter air
1 paket agar-agar strip 20g
1 1/3 cawan gula @ikut suka-suka manis
2 penutup botol sirap ros
Secubit garam

Cara-cara:

1. Didihkan air.
2. Masukkan agar-agar strip dan kacau sehingga larut
3. Masukkan gula, secubit garam dan kacau sehingga larut.
4. Masukkan sirap ros dan kacau sehingga sebati.
5. Tapis dan masukkan larutan agar-agar dalam bekas acuan.
6. Siap 😊
7. Nak cepat keras  boleh masukkan dalam peti ais bila dah suam-suam sikit.

Dah keras baru boleh potong tau..haha..
Alhamdulillah, jadi pon agar-agar sirap ku

Sorry gambar dah terdelete dalam hand phone ni.
Pinjam gambar Google ya.😉




Monday 19 September 2016

Pengalaman bersalin anak ke tiga

Kelahiran Anak ke 3

Pukul 6.45 bangun tidur dan nak bangun solat. Check dah keluar tanda  lendir campur darah. Alhamdulillah dah ada petanda betul baby nak keluar. Kebetulan hari tu due date 40 minggu. Kalau baby takda tanda lagi nak keluar memang kena pi check up kat klinik. Selepas 40 minggu ibu perlu hari-hari ke klinik untuk periksa jantung bayi. Adui tak dan la nak hari-hari pi klinik check, itu sebab aku seronok sangat dapat petanda baby nak keluar dah.

Lepas aku check ada lendir darah, siap-siap mandi dan kejutkan pula si hasben yang tertidur semula lepas solat subuh tadi, bila dengar baby nak keluar dah ni.. Haa, terus melompat bangun..

Contraction mula datang. Aku pon bagitau mak nak pi Hospital. Kenapa aku nak cepat pi hospital kali ini walaupon belum sampai contraction yang kerap 10 minit?

Sebab aku tak mau jadi seperti kelahiran Athieef anak kedua aku, tunggu procedure kat hospital punya lama menunggu turn sebab pagi tu ramai ibu yang nak bersalin. Sampai giliran aku nak check jantung baby dan bukaan pintu rahim.. Nah..dah sampai 9 cm, kelam kabut atas katil nurse suh salin baju dan depa siap2 sediakan bilik labour room.

Jadi kelahiran adik baby ni dengan cepatnya pergi jer ke hospital untuk daftar. Pukul 8.30 pagi sampai hospital. Sampai terus jer buat pendaftaran.

Ada gak patience yang dah nak beranak bila sampai hospital. Kalau korang dah masuk anak ke dua, jangan tunggu sakit lama-lama kat rumah sebab orang kata Baby dah ada laluan. Situasi yang tak best ya jadi kelam kabut dan sampai terdedah aurat. Ingat yer Adik-adik dengan pesanan akak mu ini.

Lepas setengah jam sampai giliran aku, Check bukaan bawah dah sampai 4 cm. Dah boleh masuk bilik labour room. 9.30 pagi tunggu dapat baju.

Tukar baju dan gi kat asbenku ambil barang baby. Nurse cuma minta bawa pampers baby dan pad tali ibu. Tapi aku tak da pad tali sebab tak reti nak pakai.

Disebabkan belum sarapan betul-betul, aku sarapan dulu kat luar tempat menunggu. Air milo campur nestum yang bawa dari rumah dan sikit roti minta hasben pi belikan. Minum air selusuh juga.

Pukul 10 pagi kena masuk labour room. Boleh senyum-senyum lagi menahan contraction waktu ni. Siap ambil selfie - selfie gambar yer..


Kat bilik check jantung dan bukaan rahim


Kat tempat menunggu di luar bilik bersalin. Tengah tunggu nak breakfast dulu. 


Dah selesai breakfast, salam asbenku minta maaf dan minta tolong doa banyak-banyak sayang mu ni nak gi berjihad. Huhu..

Masuk bilik labour room dengan rasa tenang. lepas tu rasa nak kencing. Masuklah bilik air dalam labour room tu dan aku lock. Sebab dah biasa masuk bilik air kita kunci pintu.. Haa sekali tu tak boleh tarik semula yang kita selak tadi.. Adui, matilah macam ni.. rasa cuak pon ada, dah debar-debar jantung aku, macam mana aku dah nak beranak  ni kalau pintu tak boleh buka.. Aku pon panggil-panggil nurse, takda yang menyahut pon. Aku nampak butang kecemasan dan tekan sambil panggil nurse.

Nurse pon sampai dan dia buka selak pintu tu dari luar. Oooh lega la oii ceq dapat keluar..

Nurse kata masuk bilik air jangan lock tau.. Mana la kita tau kan, nak jadi pulak  selak pintu tu tersekat tak boleh buka. Nasib baik aku tak terberanak dalam bilik air.. Huhu
Lega dah satu hal.. tragik betul aku rasa.. Haha

Then, sesi doktor - doktor Houseman belajar check. Check ukuran bukaan pintu rahim dan pecahkan air ketuban. 2 orang doktor pelatih buat untuk pecahkan air ketuban. Yang sorang tu tak reti sangat, kena yang doktor pelatih sorang lagi tapi dah ada pengalaman lebih sikit la, baru berjaya pecahkan air ketuban.

Tangan pon dah siap drip dengan air. Doktor pelatih lelaki yang buat. Doktor ni tak check bukaan bawah, member dia doktor perempuan jer yang buat. Selamat ceq oii.

Dah setel semua tu, hanya melalui fasa contraction yang semakin lama semakin kuat dan cepat. Air ketuban banyak betul keluar. Sister Hafisah yang jaga aku kat bilik tu pon kata air ketuban awak banyak. Banyak kali tukar pelapik bawah sebab basah dan jadi tidak selesa.

Waktu seorang diri dalam bilik tu cuma tengok langsir, almari dan alat - alat bersalin. Hmm.. kenapa lah Hospital Sungai Petani ni tak bagi suami masuk ke bilik lobour room. Ingatkan boleh lah anak ketiga ni suami ada di sisi masa beranak ni.. tapi hampa la ceq nak bagi tunjuk kat dia keadaan masa bersalin tu.

Sakit dah semakin kuat. Guling kiri kanan pegang besi katil menahan sakit. Cakap dengan sister sakit sangat.. Check bukaan kalau dah 7 cm baru nurse boleh bagi ubat tahan sakit.

Akhirnya aku tak tahan sakit dah oii.. Sister pon check dah 7 cm.. dia bagi yang jenis gas. Kalau jenis ubat cucuk kena bukaan 6 cm kut. Bila sakit yang kuat mai, aku pon sedut gas tu.. Fuhhh. rasa lega hilang rasa sakit tu,

Sister kata tak lama ni sebab dah pernah beranak normal sebelum ni bukaan akan cepat ke 10 cm. Memang tak lama, macam  3 kali jer aku sedut gas tu pastu rasa sakit sangat-sangat macam nak berak tak boleh tahan-tahan dah.. Nak terkeluar dah..

Sister  Nafisah pon dah ready siap2 menyambut kelahiran baby. kalau sakit nak berak boleh dah teran.

 Dia check  dah pon nampak kepala baby. Memang sah boleh teran. Fuh rasa sakit wei. Aku tak larat nak pegang  tarik kaki supaya kita tak angkat punggung masa meneran. Sister tolong dan aku pon mula teran sekuat nya walaupon rasa sakit kat bawah tu. 2 kali teran, keluar kepala baby.. sister kata bagus cara teran.. berhenti jap, pastu nurse suh teran sekali lagi nak keluar badan Baby. Then glup rasa baby keluar. Alhamdulillah. Selamat lahir 15 April 2016 pukul 1.08 petang

Waktu nurse pegang baby aku nampak dah anu dia.. Hehe kami dapat baby boy lagi.. Lepas nurse potong tali pusat terus baby letak atas dada aku. Alhamdulillah ke tiga-tiga anak aku rasa first touch skin.
Nurse pesan pegang kuat-kuat sebab baby kuat. 40 minggu duk dalam rahim ummi.
Next... ada kisah lagi ni..
Bertempur aku sekali lagi..
Uri belum keluar. Nurse tekan - tekan perut supaya uri turun. Sister nafisah kata uri duk bahagian atas. Lepas 15 minit cucuk lagi dos ke dua untuk kecutkan rahim. Doktor dah panggil untuk check. Baby pon diorang ambik dah sebab takut jatuh.

Aku rasa semula sakit contraction tu macam nak beranak lagi . Apa lagi, sedut la gas tahan sakit sambil doa dipermudahkan  keluar  uri ni. Kalau uri tak keluar dalam masa setengah jam, aku kena masuk operate.

Adui.. rasa nak nangis dengar sebab tak mau operate la, sakit atas bawah nanti.

Doktor perempuan pon mai, aku pon tak tahu apa yang doktor buat, dia seluk check memang uri kat atas. Entah apa dia buat akhirnya tepat setengah jam uri pon keluar. Nurse-nurse yang ada dalam bilik tu dan doktor semua ucap Alhamdulillah.

 Letih yang amat tau.. dua anak sebelum ni lepas keluar baby, sat ja lepas tu uri pon keluar. Aku tak rasa apa pon.

Lepas uri keluar sesi membersihkan darah dalam rahim dan jahit kalau ada koyak. Ikutkan takda koyak tapi banyak luka sebab proses nak keluarkan uri tu tadi menambahkan lagi luka-luka kat kulit luar. Walaupon takda koyak, procedure depa masih juga jahit untuk baiki luka-luka kat kulit luar tu. Kategori 1st degree. Sister Hafisah jahit cukup pro dan nurse yang mai rumah check kata jahitan sangat kemas.

Selesai, doktor mai lagi check jahitan dan dia kata nasib baik tadi uri dapat keluar. Aku pon tak lupa ucapkan terima kasih pada dia. Doktor pon senyum gembira.

Lama jugak aku duk bilik tu sementara tunggu kena pindah ke  wad ibu bersalin. Baby pon dah hantar balik pada aku. Sama-sama tidur sebelah ummi. Pukul 4 petang baru diorang tolak kami keluar jumpa abah baby dan prosedur masuk wad.
Alhamdulillah, sempurna sihat anak ke tiga kami. Yang  ini kulit lahir merah. Pukul 1.30 petang dia tahu dah baby selamat lahir. Lepas tu lama dia tunggu pasai pa tak keluar lagi. Aku pon cerita uri lambat keluar pastu depa bagi aku tidur lama sikit kut dalam labour room tu.


Imam 3 kami
15/4/2016
1.08 pm


Habis cerita episod di labour room



Tuesday 6 September 2016

Petua kecantikan anti penuaan zaman kini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga anda semua berjaya dan kaya di dunia dan akhirat.

Topik yang ingin saya kupas hari ini tentang vivix dan kecantikan

Orang perempuan apa pon suka bila kita bincang bab kecantikan wajah. Nak kulit cantik sihat ni bukan  sahaja perlu guna pencuci muka dan pelembab yang sesuai dengan kulit kita. Tetapi penjagaan makanan yang betul sangat penting supaya kita tak ditelan dengan usia.

Mungkin ada yang tak  perasan vivix bukan saja untuk  kesihatan seperti menyembuhkan penyakit diabetic dan sebagainya.

Tapi vivix juga  boleh buat kita jadi cantik
️Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

➡️Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

➡️Peningkatan usia seringkali dikaitkan dengan masalah kecantikan dan kesihatan. Antaranya ialah masalah kedutan pada wajah dan kulit serta jeragat. Selain itu masalah kesihatan seperti sakit sendi, keletihan dan sebagainya seringkali menyebabkan kualiti hidup seseorang menjadi berkurangan.

➡️Vivix Shaklee adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh termasuk menghindari penyakit kanser!

➡️Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.
Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)
Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

➡️Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan & kelebihan Vivix Shaklee

*Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

*Mengurangkan sakit sendi dan pelbagai risiko penyakit merbahaya.

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda, menghilangkan kedutan, melembut serta mencantikkan kulit

* Membantu anda merasa lebih bertenaga - memberi rasa fresh sepanjang hari!

Wanita dalam usia lingkungan 30-an dan  yang nak masuk umur 40an yang mana sangat terdedah dengan masalah penuaan kerana  apabila umur kita semakin meningkat maka kulit kita akan mengalami sedikit perubahan.

Jika tidak dirawat maka kulit menjadi kering, berkedut, kulit kusam , jeragat dan sebagainya
Dgn hanya mengambil vivix sehari 1 sudu kita rawat dari dalam utk semua masaalah di atas agar kulit nampak cantik, kesihatan kt terjaga dan yg paling penting org sukar nak teka brp umur sebenar kt.

Semua tu adalah penangan hebatnya vivix.

Antara selebriti terkenal yang mengamalkan  vivix untuk kecantikan kulit mereka seperti Ayu Raudah , Emma Maembong dan Rita Rudaini

Ilmu ni sedikit sebanyak perkongsian daripada kak ain group wahmillionaire kami.

Untuk pembelian vivix boleh hubungi akak di 011 32262280

Fb : Shahida Syaidi
Email :shahida2729@gmail.com
SID 1176304


Sunday 31 July 2016

Mee Kari Cahaya Rizqin

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah, hari ini dapat siap masak mee kari Cahaya Rizqin. Hee
Sebenarnya semalam yang duk beria cari semua bahan mentah nak buat Mee kari tapi tak larat dah dengan Athieef Isyraqi selesema dan rasa dedar badan. 

Ok, sepatutnya kalau korang nak  Mee Kari ni rasa lagi sedap letaklah kerang. Aku tak la rajin sangat nak mengopek kerang. Haha
Nak masak Mee Kari pastikan rempah betul-betul masak. Api kecil jer dan tumis rempah sampai betul-betul naik minyak. Lagi lama lagi bagus. Tapi jangan sampai hangit tau.. Kalau tak hanguslah korang nak merasa nanti.. 
Bila dah masak siap lahirlah mee kari biasa jer yang aku punyer ni.. tapi menepati citarasa aku yang tinggal di kedah aman permai ini. 

Mee Kari Cahaya Rizqin tu sempena tukar nama Blog ni kepada www.cahayarizqin.blogspot.com

Rizqin ialah nama anak ke tiga. Belum update lagi kisah melahirkan anak ke tiga ni kan. InsyaAllah nak cerita jugak supaya nanti tak lupa pengalaman bersalin yang ke tiga ini. 

Makan lah dulu yer.. yang nak buat open house raya syawal masih sempat lagi. Nak masak apa??? 

Masaklah Mee Kari... 😊


Salam Sayang  😍

Ceq Puan Shahida
Perunding Vitamin Shaklee
SID 1176304
011 32262280


Friday 15 July 2016

Kaedah Mengurangkan Sakit Pinggang

Assalamualaikum.

Entry hari ni saya ingin berkongsi tentang sakit tulang belakang dan perkara yang paling kerap berlaku ialah  sakit pinggang.



Sesetengah wanita  hingga 3/4 wanita akan mengalami sakit tulang belakang selepas bersalin. Ibu-ibu yang pernah bersalin mesti tahu bagaimana rasanya sakit tulang belakang,sakit pinggul,rasa kebas hinggakan tak larat nak dukung anak.

Mengapa perkara ini terjadi???

Semasa mengandung kita akan alami masalah sakit tulang belakang dan menyebabkan kesakitan dan lenguh di pinggang.

Ini disebabkan janin dalam perut kita semakin hari semakin besar dan otot-otot abdomen perlu bekerja keras untuk menampungnya dan memberi tekanan pada tisu.

Ketika melahirkan anak pula,bayi akan dikeluarkan melalui saluran peranakan iaitu rahim dan faraj. Pergerakan bayi dari rahim ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu keliling. Tekanan ini la menyebabkan bengkak dan tisu akan koyak.

Apa sahaja penyakit InsyaAllah ada penawarnya. Oleh sebab itu, ibu semasa berpantang lepas bersalin perlu menjaga pergerakan dan pemakanan serta minuman yang diambil semasa berpantang agar semua luka-luka tisu di badan dapat pulih dengan baik.


TIPS UNTUK KURANGKAN SAKIT TULANG BELAKANG

1. Senaman dengan melakukan senaman pelvik

2. Berjalan-kerap dan berjalan dengan santai  semasa berpantang sekalipun agar ia dapat pengaliran darah berjalan dengan baik.
Peringatan, jangan duk baring jer tau..

3. Alat sokongan sepeti bantal atau kerusi

4. Cara mengangkat dengan betul adalah
dengan membengkokkan lutut masa angkat barang dan bayi.

5. Pengambilan pil kalsium (ostematrix)



Itu sahaja untuk hari ini, InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua pengalaman mengandung anak ke tiga dengan pengambilan ostematrix secara konsisten.

Setiap wanita saya menyarankan jadikan suplemen ostematrix ni sebagai teman rapat anda sebab kita sebagai ibu dah menyumbang banyak kalsium kepada anak-anak kita semasa mereka dalam kandungan dan menyusukan mereka selama 2 tahun. Ada juga tau anak yang menyusu badan sampai umur 4 tahun.. teringat anak kawan saya tu..  :)

Ostematrix ni pengganti susu. Sebagai ibu yang bekerjaya memang super busy kan.. kadang-kadang makan pon tak jaga. Rajin bancuh susu anak jer kan.. susu kita kadang-kadang lupa minum. Kandungan kalsium dalam ostematrix lebih tinggi berbanding susu yang ada di pasaran. Ia juga dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium agar penyerapan kalsium lebih efektif cepat berlaku. Kalau nak pilih pil kalsium, korang mesti cari kriteria ini tau.. kalau tak sia-sia jer telan pil tu.

Ok, korang jagalah tulang kita ni dengan baik dan kuat agar kita kekal sihat dan kuat sehingga hari tua. InsyaAllah

Wasalam,

Shahida Nour

Sharing is loving 💜💜💜

Whatsapp 011 32262280
email: shahida2729@gmail.com
SID pro  1176304

Friday 3 June 2016

Kenali Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang

Assalamualaikum.

Buah pinggang rosak????  Hanya dua rawatan sahaja yang dapat membantu pesakit buah pinggang dapat hidup dengan sihat dan normal. Pesakit buah pinggang perlu jalani rawatan haemodilysis atau tukar dengan buah pinggang baru. Nak tukar tu pulak bukan macam tukar baju tau.. mesti serasi dan biasanya ahli keluarga yang sesuai boleh mendermakan buah pinggangnya. Kos pula memang tinggi.

Nak tau tak bagaimana buah pinggang boleh rosak???  Dah tahu boleh kita usaha elakkan penyakit ini.

Bagaimana Buah Pinggang Boleh Rosak?

Banyak faktor yang menyebabkan buah pinggang menjadi rosak. Antaranya:

✅kencing manis kronik
✅masalah pada buah pinggang itu sendiri
✅masalah darah tinggi
✅ubat ubatan seperti ubat diuretic
✅kurang minum air
✅ada jangkitan kuman yang menyebabkan kerosakan pada fungsi buah pinggang
✅ubat ubatan seperti Non Steroid Anti Infallmatory (NSAIDs) seperti ibuprofen.
✅antibiotik seperti Garamycin.

Banyaknya faktor-faktor dia, adakah kita ada benda seperti yang tersebut di atas?

Agaknya bagaimana kita nak kenal tanda-tanda yang kita ni ada sakit atau bermasalah pada buah pinggang? Mesti ada tanda-tanda yang boleh kita kenali.

Kenali Tanda Anda Mungkin Menghidap Kegagalan Buah Pinggang
***************

✅kelesuan
✅nafas menjadi pendek
✅bengkak (edema), ataupun sembab
✅keletihan melampau

Patutlah kalau kita tengok orang yang ada masalah buah pinggang biasanya wajahnya pucat tak bermaya.

Kena jaga betul-betul buah pinggang kita sebelum ianya rosak. Kalau ia berpunca dari sakit kencing manis, maka yang lebih baik adalah kita jaga diri dari terkena kencing manis atau usaha untuk ubatinya.

Kena tau puncanya dahulu, baru senang nak rawat. Agaknya bagaimana nak rawat masalah buah pinggang ni kan? Kalau sebelah sahaja yang rosak, buah pinggang masih boleh berfungsi tapi lama kelamaan boleh lemah juga. Dan akhirnya terpaksa membat penggantian buah pinggang dengan pembedahan. Kalau boleh memang kita nak elak benda ni.

***RESVERETROL (dalam vivix) boleh membantu improve masalah ini dengan memberikan kuasa antioksidan (prevent sel dari rosak) dan juga antiradang (keradangan berpunca banyak faktor seperti pemakanan yg tinggi lemak, merangsang masalah inflammation dan seterusnya effect pada buah pinggang.


Monday 21 March 2016

Ikhtiar untuk atasi masalah kesuburan wanita.


     
Kredit:google picture


Kesuburan Wanita
*****************

Ada dua benda je nak kena tengok bagi masalah kesuburan wanita ni. Apa dia?

<Kuantiti dan Kualiti telur (ovum)>

Masa kita lahir dulu (bayi perempuan) memang semulajadi dilahirkan dengan 1-2 juta folikel telur yang belum matang. MasyaAllah banyaknya!

Tetapi mengikut masa ia akan mula berkurang hingga 300,000 sahaja. Setiap bulan telur ini akan mencapai kematangannya dan keluar dari folikel tadi, bersedia untuk disenyawakan.

Semakin berusia seseorang wanita, semakin kurang telurnya.

<Kualiti Telur Wanita>

Kualiti telur seorang wanita akan menurun mengikut usia. Ia diukur dari segi bagaimana telur itu bersedia  untuk berkembang menjadi embrio.

Kenapa Kualiti Telur Wanita Menurun?
***********************************

Ada dua perkara juga yang menentukan.

✅jumlah KROMOSOM dalam telur
✅tenaga yang ada dalam sesuatu telur


Telur memerlukan jumlah kromosom yang sesuai  supaya dapat bergabung dengan jumlah kromosom dalam sperma. Jika jumlah kromosom tak sesuai maka tak berjayalah usaha nak hamil tu.

Tenaga
+++++

Tenaga telur juga memainkan peranan. Katakan jumlah kromosom dah sesuai, tapi tenaga tiada. Tenaga ini berkurang dengan usia seseorang, makin berusia makin tidak bertenaga.

Kerana masa nak bersenyawa tu, telur ni perlukan tenaga untuk “split”. Tenaga ni datangnya dari sel yang dipanggil MITOKONDRIA yangmana mitokondria inilah boleh beri menukarkan kepada tenaga.

Mitokondria ni akan semakin lemah seiring usia. Jadi bila mitokondria ni tiada tenaga sebabkan usia meningkat, maka teur tadi tak boleh nak “split”. Maka persenyawaan tidak berjaya.

Jadi kesimpulan yang kita nak kena fahami adalah nak kena jaga bab tenaga sel tu. nak kena tahu juga apa yang boleh berikan tenaga pada mitakondria ini.

Jawapannya ada pada VIVIX. Kalau korang ada masalah kesuburan, mungkin boleh usahakan cara ini. Mana tau berhasil setelah berusaha berkali-kali.


Perkongsian ilmu daripada Master Hanum

Wassalam.
Ummu Isyhadi Isyraqi

Nor Shahida Taib
Facebook : Shahida Syaidi
IG : @syahida_vitarich
WA/TELE : 011 322.622.80

Friday 18 March 2016

Cara mengeluarkan toksin dalam badan.


                       
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :

UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan

MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya.

UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.

RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro

MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam

DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX
⭐️Masalah penghadaman
⭐️Sembelit
⭐️Sakit kepala
⭐️Jerawat
⭐️Penuaan pra-matang
⭐️Letih
⭐️Berat badan berlebihan
⭐️Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX
******************************
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

PUASA – rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox

DETOX hati – rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya

DETOX Sistem Penghadaman – ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.

DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.

MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan juga menggunakan sistem penapis air yang baik.  Air zaman sekarang memang perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan untuk minum dan memasak.

Kesibukan kerjaya dan urusan anak-anak menyebabkan saya memilih alternatif yang mudah dengan mengamalkan pengambilan Alfalfa Shaklee. Begitu juga dengan suami yang turut terasa perbezaan badannya terasa lebih ringan dan tidak mudah lesu selepas mengamalkan Alfalfa. Minum air semestinya kena mencukupi 3 liter sehari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Untuk sembang - sembang berkenaan isu detox toksin ni boleh hubungi  saya ya.. 011 32262280

Wassalam

Nor Shahida Taib
Pengedarshakleesungaipetani
FB Shahida Syaidi
IG Syahida_vitarich

Wednesday 16 March 2016

Mee Kuah Menggamit Kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa mengandung ni, kita akan mengalami simptom mengidam.. Hehe

Saya pulak tiba-tiba teringin nak makan mee kuah. Orang utara panggil mee kuah.. orang belah negeri Selatan panggil mee rebus. 

Kali ni first time saya nak masak sendiri mee kuah sebab nak makan puas - puas. Yang penting mesti menjadi. 

Apa lagi cari resepi kat google la.. ramai yang kongsikan resepi cara nak masak mee kuah. 

Bila dah dapat resepi, saya pon godek-godek barang yang ada kat dapur. Yang penting nak buat mee kuah ni mesti ada kentang atau keledek. 

Resepi yang saya Follow just as a basic, pastu tokoh tambah dengan apa yang ada dan ikut citarasa kita. 

Sekali bila dah siap masak, rasa dah macam mee rebus cik na kat kolej mara seremban. Mee rebus cik na antara kegemaran pensyarah-pensyarah kat sana makan semasa sarapan pagi. Dah hampir 5 tahun tinggalkan KMS dan tak pernah makan kat situ lagi dah. 

Itu sebab resepi mee kuah Utara aku ni di panggil mee kuah Menggamit Kenangan. Hehe

Jom kita semak-semak resepi ceq Syahida ni ya.. 

Bahan tumis

1. Sebiji bawang besar( pilih yang besar) 
2. 2 ulas bawang putih
3. Segenggam udang kering
4. 2 cm halia

Semua ni kisar ya.. 😊 Tambah sikit Cili kisar dan tumis hingga naik bau. Cili ni saya letak sikit jer dalam setengah sudu sebab anak-anakku masih kecil tak tahan pedas. 

Bahan Kuah

1. 300 gram keledek ( 2 biji keledek yang sederhana besar) 
2. 2 biji kentang
3. 4 sudu besar sos cili
4. 4 sudu besar sos tomato
5. 1 sudu besar sos tiram
6. Setengah kiub pati ayam/ daging. kat dapur saya biasa ada kiub pati ayam jer. 
7. 2 ketul dada ayam di potong kecil-kecil
7. Garam secukup rasa

Rebus sampai empuk keledek dan kentang. lepas tu leyek atau blend. Saya pilih blend jer sebab cepat dan senang. 😅

Masukkan air sikit dalam tumisan tadi. Kalau korang ada stok air rebusan daging atau udang lagi sedap. 

Lepas tu masukkan keledek yang dah dileyek tadi. Masukkan sos Cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan dada ayam. Biarkan sampai menggelegak sebati semua ramuan. Akhir sekali kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kalau  kuahnya terlalu pekat tambahkan air. Ikut suka hati.. 😀

Then, korang kena rasa la.. 

Kuah dah siap.. rebus mee kuning sekejap.. Nama mee kuah mestilah ada mee.. Hehe

Bahan Hiasan dan Tambahan 

1. Daun sup/daun bawang
2. Bawang goreng
3. Telur rebus
4. Cili besar
5. Taugeh 
6. Sayur sawi - kali ni buat mee kuah takda sawi.. Huhu
7. Tauhu goreng

Ta da.. ni la hasilnya. Anak-anak pon suka makan bertambah-tambah. Emaknya apatah lagi. 
Bila suami balik.. tanya dia jadi tak mee kuah ni.. dia jawab SEDAP dan jadi mee kuah Utara. Saya ni family asal selangor mana ada speciality buat mee kuah kan. Bila orang utara sendiri puji.. Maka I lulus la.. Yippi




Selamat mencuba resepi yang ringkas jer ni.. 

Wassalam



Tuesday 15 March 2016

Atasi Perut Buncit dengan Vivix


Untuk atasi sesuatu biasanya kita perlu cari puncanya. Bila dah tahu punca, baru boleh kita atasi masalah itu kan..

Punca Bertambahnya Ukur Lilit Perut.

❗️Gaya hidup❗️
Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak.

Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat.

❗️Usia ❗️
Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut.

Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.

❗️Keturunan❗️
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar.

👨Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.

👩Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.

❗️Hormon❗️
Peningkatan stress dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.

Ada lagi sebab lain seperti alkohol, tembakai, minum susu lebih, tapi 4 diatas ni adalah punca utama untuk terjadinya perut buncit.

Ada setengah orang yang kurus, tetapi ada juga masalah perut buncit ni kan? Ini sebabnya






Visceral fat ini lah sebabnya...



Visceral fat ni ada di abdominal kita..bahagian perut dan sekelilingnya termasuk jantung. Selain penyebab perut buncit, visceral fat juga penyebab salur darah ke jantung mengecil atau tersumbat dan penyebab serangan jantung.

Seperti yang kita tahu, Vivix adalah supplement terbaik untuk mereka yang berisiko tinggi dengan  penyakit jantung.

Kenapa?

Sebabnya Vivix boleh tingkatkan metabolisme badan kita.
Berkait juga dengan keaktifan mitokondria.

Bila metabolisma tinggi, pembakaran lemak akan lebih tinggi menjadikan pengurangan akumulasi lemak-lemak ini.

Selain itu, perut buncit juga berkait rapat dengan kurangnya fungsi sistem penghadaman menyebabkan pengembangan usus besar.




Vivix juga bertindak sebagai agen detoks yang mampu bersihkan toksin dalam usus yg menjadi punca masalah penghadaman.




Jika diluar sana, biasanya nutritionist mencadangkan teh hijau untuk detoks usus. Sebabnya teh hijau ada antioksidan dan juga kandungan catechin yg juga sejenis polifenol

Lemak ni kadang kita tak nampak. Nampak macam biasa tapi dalam tu penuh kerak mcm pic tu kot ya

Kita rasa perut ni daging, padahal lemak yang dah jadi tepu.Sisa najis tak keluar dengan sempurna.

So, dalam Vivix ini juga ada banyak sumber polifenol yang bantu meningkatkan metabolisma untuk bakar lemak-lemak tu..

Tu la.. Even Nabi pun dah igtkan kita, perut punca kesihatan kita.
Apa yang kita makan, dari sumber mana...
Ya bila kita meninggal nanti di dlm kubur yg pecah dulu perut...
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Perut itu adalah rumah penyakit"

Maksud perut itu bukanlah saiznya tetapi apa yang diisi kedalam perut berupa makanan dan minuman. Nabi menyatakan lagi: " Perut itu semacam telaga bagi badan, urat dan pembuluh darah. Apabila perut itu sakit maka pembuluh darah itu akan membawa penyakit"

Jadi kalau yang tak buncit pun berpotensi berpenyakit kronik, apatah lagi yang berperut buncit. Semestiny kit dah tahu apa yang terjadi dalam perut tu..

Ok lah, rasanya sampai sini je la.
 Jadi keywords nya disni perut buncit terjadi sebab visceral fat yg bahaya tu banyak berkumpul di perut, dan juga usus kita bertoksin sehingga pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Vivix bantu hilangkan perut buncit ini sama dengan cara Vivix membantu pesakit jantung mengurangkan visceral fat, selain sebagai agen detoks dan agen yang meningkatkan metabolisma dari peringkat sel lagi.

Beberapa testimoni kurus dan lebih sihat dengan Vivix





Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam

Nor Shahida Taib
Pengedar Sah Shaklee/ Agen Shaklee Utara (S. Petani)  

Facebook : Shahida Syaidi
IG : syahida_vitarich 
Whatsapp : 011 32262280 





Merawat Kencing Manis

Assalamualaikum  dan salam sejahtera

Vivix & Kencing Manis
Kencing manis yang juga dikenali sebagai diabetis.
Ia merupakan satu penyakit di mana bacaan gula (glukosa) dalam badan melebihi paras normal.

PUNCA :

🍨 Makanan - gula berlebihan/ kekurangan zat🎂🍦🍰🍩🍭🍬
🍨 Obesiti - menyebabkan insulin kurang        sensitif
🍨 Keturunan 👴👵👩👨👧👦👶
🍨 Kurang bersenam / tidak aktif 🏃
Mcm mana nak tahu kita ada kencing manis ?

TANDA-TANDA :

🔫 Dahaga yang luar biasa
🔫 Kerap buang air kecil
🔫 Kulit gatal, mudah kene jangkitan
🔫 Penglihatan kabur 👓
🔫 Luka lambat sembuh
🔫 Kebas kaki
🔫 Kelesuan
Dan yang paling menakutkan...kesan kencing manis......

KESAN :

💀 Potong kaki/jari
💀 Serangan jantung/strok
💀 Hilang penglihatan
💀 Kerosakan buah pinggang

Itu kesan kencing manis.......
Jadi...apa yang vivix boleh bantu dengan pesakit kencing manis ini...

Vivix bukanlah ubat.Tetapi vivix adalah suplemen yang membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Tahukan dalam vivix ada kandungan resveratrol & polifenol..

Kedua-dua kandungan tersebutlah yang memainkan peranan penting untuk membantu mengawal kencing manis.

Resveratrol & polifenol ini berperanan :

1. Perlahankan/kurangkan sindrom resistansi insulin (metabolic syndrome).
- vivix merupakan antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel rosak.
- jadi, pengambilan secara berterusan dapat memberi manfaat untuk menurunkan metabolic syndrome yang mengarah kepada penyakit kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan sel.

2. Mengawal kepekatan gula dalam darah.

- Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula untuk memberi tenaga.

- Tetapi pengambilan karbo yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat.

- Oleh itu, polifenol akan melambatkan pencernaan & penyerapan karbo dalam darah dan elakkan pengumpulan gula yang tinggi.

3. Elakkan kerosakan mata dan menggalakkan penyembuhan luka dengan segera.

4. Perlahankan pembentukan AGE (advanced glycotin end products)
- protien AGE terhasil daripada protien dan gula yang berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit kencing manis dan beberapa penyakit lain.

- vivix akan membantu memperlahankan pembentukan protien AGE.



Semoga info ini memberi manfaat pada anda semua.

Wassalam





Friday 5 February 2016

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

                           Google picture

Apakah diabetes mellitus?

Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?

Terdapat dua jenis Diabetes

MellitusDiabetes mellitus jenis 1.

Diabetes mellitus jenis 2.

Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?

Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.


Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?

Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).

Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?

Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).Rasa haus yang amat sangat.Berat badan menurun.Rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

Sakit perut dengan atau tiada muntah.Sakit kepala.Masalah tingkah laku.Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.

Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "diabetic ketoacidosis"?

Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?

Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa.

Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.

Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:

Ginjal: kegagalan ginjal.
Mata: kebutaan.
Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
Sistem saraf: masalah deria.
Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?

Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.

Tanda dan gejala hipoglisemia:

Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.Menggeletar.Letih dan lesu.Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.

Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak?

Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat.Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.

Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?

Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.

Bolehkah diabetes mellitus dicegah?

Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemulihan

Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

Kumpulan sokongan

1) Persatuan Diabetes Malaysia
No 2 Lorong 11/4 E
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel +603-79574062
Fax +603-79557740

2) Pusat Sumber Diabetes di hospital


Semakan akhir:26 April 2012Penulis:Dr. Fuziah bt. Md. ZainPenyemak:Dr. Fuziah bt. Md. Zain




Wednesday 20 January 2016

Petua Merawat Batuk Paling Mujarab Tanpa Penggunaan Ubat Batuk

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Batuk boleh menyerang sesiapa sahaja samaada lelaki,  perempuan, tua, muda malah anak bayi kita juga boleh mendapat serangan batuk ini.

Biasanya batuk ini susulan selepas seseorang itu demam atau selesema. Antara salah satu rasa badan tak berapa sihat ialah sakit tekak.

Sepanjang mengandung kali ini dua kali saya kena serangan batuk. Pertama masa musim jerebu yang melanda negara kita dalam bulan 9,dan 10 yang lalu. Masa ini, saya masih lagi mabuk trimester pertama. Mujur tak selesema sebab adanya pengambilan vitamin C shaklee. Tapi bab batuk tu tidak boleh dielakkan. Teruk juga batuk  sampai minta kat hasben nak beli ubat batuk jer. Hasben tak benarkan dan dia suruh minum madu asli.

Demi anak tersayang.. setiap malam takkan missed ambil madu. Hampir seminggu baru hilang batuk. Sebelum ini pernah dengar juga petua nak hilangkan batuk adalah dengan pengambilan madu asli tapi ambil tak kisah sangat sebab kalau kena batuk suka ambil ubat batuk cap ibu dan anak. Disebabkan mengandung tak boleh sebarang ambil ubat ya.

Kali ke dua kena batuk baru-baru ini. Tiba-tiba badan rasa tak selesa dan sakit kepala. Cepat-cepat telan vitamin C. Dekat 4 biji vitamin C aku telan. 2,3 hari juga lebih kurang 4 biji vitamin C aku telan. Alhamdulillah, masih boleh mampu melayan kerenah anak-anak. Kuatkan badan.

Lepas tu batuk la jadi nya..maka bermula lah punya  Konsisten ambil madu setiap pagi dan malam. Alhamdulillah.. batuk semakin kurang dan tak perasan dah baik pon batuk. Tak sakit perut menahan batuk malam-malam yg makin menjadi-jadi

Jangan lupa, banyakkan minum air kosong. Semasa tidur waktu malam elakkan daripada terdedah dengan cuaca yang terlalu sejuk. Pakai selimut tau!!!!


Selain ibu yang sedang mengandung, ibu yang menyusukan  anak juga yang berusia setahun ke bawah  patut mengamalkan pengambilan madu asli dan vitamin C. Khasiat daripada kedua-duanya ini dapat disalurkan kepada bayi anda secara semulajadi melalui susu badan. Ia dapat meningkatkan imun badan anak. Anak yang berusia setahun ke atas dah boleh bagi rasa sikit madu tu tapi sebaiknya lebih baik dia dapat khasiat daripada susu badan.


                                                                    Google source

Penyakit ini boleh datang secara tiba-tiba kan. Saya menyeru pada ibu yang sedang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung teruskanlah
 mengambil madu dan vitamin C secara konsisten. Kalau kita rasa sakit sampai ke urat perut menahan dan jarang-kadang tu sampai terkucil.. Haha.. Cuba bayangkan bila kena batuk ni apatah lagi kalau anak kecil kita batuk. Lagi kesian kita dengar kan.


Jangan berlengah-lengah lagi.. yang takdak madu asli tu pi ingatkan suami belikan madu asli.  Nak vitamin C boleh Roger Kak Syaeda. Nanti akak order dan poskan.


Baru restock, abah FIL bagi.. Hehe


Vitamin C suami isteri telan.. Haha


JOM FOLLOW IG ceq Syaeda naa.. 

@syaeda_vitaminstory 

Roger Roger.. Whatsapp jer   

011 32262280 

Semoga hidup anda sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt

Wassalam

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...