Wednesday, 16 March 2016

Mee Kuah Menggamit Kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa mengandung ni, kita akan mengalami simptom mengidam.. Hehe

Saya pulak tiba-tiba teringin nak makan mee kuah. Orang utara panggil mee kuah.. orang belah negeri Selatan panggil mee rebus. 

Kali ni first time saya nak masak sendiri mee kuah sebab nak makan puas - puas. Yang penting mesti menjadi. 

Apa lagi cari resepi kat google la.. ramai yang kongsikan resepi cara nak masak mee kuah. 

Bila dah dapat resepi, saya pon godek-godek barang yang ada kat dapur. Yang penting nak buat mee kuah ni mesti ada kentang atau keledek. 

Resepi yang saya Follow just as a basic, pastu tokoh tambah dengan apa yang ada dan ikut citarasa kita. 

Sekali bila dah siap masak, rasa dah macam mee rebus cik na kat kolej mara seremban. Mee rebus cik na antara kegemaran pensyarah-pensyarah kat sana makan semasa sarapan pagi. Dah hampir 5 tahun tinggalkan KMS dan tak pernah makan kat situ lagi dah. 

Itu sebab resepi mee kuah Utara aku ni di panggil mee kuah Menggamit Kenangan. Hehe

Jom kita semak-semak resepi ceq Syahida ni ya.. 

Bahan tumis

1. Sebiji bawang besar( pilih yang besar) 
2. 2 ulas bawang putih
3. Segenggam udang kering
4. 2 cm halia

Semua ni kisar ya.. 😊 Tambah sikit Cili kisar dan tumis hingga naik bau. Cili ni saya letak sikit jer dalam setengah sudu sebab anak-anakku masih kecil tak tahan pedas. 

Bahan Kuah

1. 300 gram keledek ( 2 biji keledek yang sederhana besar) 
2. 2 biji kentang
3. 4 sudu besar sos cili
4. 4 sudu besar sos tomato
5. 1 sudu besar sos tiram
6. Setengah kiub pati ayam/ daging. kat dapur saya biasa ada kiub pati ayam jer. 
7. 2 ketul dada ayam di potong kecil-kecil
7. Garam secukup rasa

Rebus sampai empuk keledek dan kentang. lepas tu leyek atau blend. Saya pilih blend jer sebab cepat dan senang. 😅

Masukkan air sikit dalam tumisan tadi. Kalau korang ada stok air rebusan daging atau udang lagi sedap. 

Lepas tu masukkan keledek yang dah dileyek tadi. Masukkan sos Cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan dada ayam. Biarkan sampai menggelegak sebati semua ramuan. Akhir sekali kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kalau  kuahnya terlalu pekat tambahkan air. Ikut suka hati.. 😀

Then, korang kena rasa la.. 

Kuah dah siap.. rebus mee kuning sekejap.. Nama mee kuah mestilah ada mee.. Hehe

Bahan Hiasan dan Tambahan 

1. Daun sup/daun bawang
2. Bawang goreng
3. Telur rebus
4. Cili besar
5. Taugeh 
6. Sayur sawi - kali ni buat mee kuah takda sawi.. Huhu
7. Tauhu goreng

Ta da.. ni la hasilnya. Anak-anak pon suka makan bertambah-tambah. Emaknya apatah lagi. 
Bila suami balik.. tanya dia jadi tak mee kuah ni.. dia jawab SEDAP dan jadi mee kuah Utara. Saya ni family asal selangor mana ada speciality buat mee kuah kan. Bila orang utara sendiri puji.. Maka I lulus la.. Yippi




Selamat mencuba resepi yang ringkas jer ni.. 

Wassalam



No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...