Monday 18 September 2017

Kak Yang Kembali Menulis


Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir.

Nak kembali semula berblog sebenarnya ni. Hehe. Uolls boleh panggil akak dengan panggilan Kak Yang. Akak pilih panggilan Kak Yang ni supaya uolss lebih mudah dan rasa mesra dengan akak ya..😊

Dalam blog kita lebih mudah menulis dan berkongsi banyak perkara. Yang penting pastikan segala sumber info yang diperolehi itu betul dan tepat.

Di sini kita boleh luahkan idea,ilmu dan pendapat. Yang baik-baik sahaja tau..

Indah hidup ini jika kita sentiasa amalkan hormat menghormati,berkasih sayang dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Untuk pagi yang indah ini. Kak Yang nak kongsikan dengan anda dengan lirik lagu bumiputera rockers.

Setiap orang ada impian. Jangan berputus asa. Lambat atau cepat kita perolehinya hanya Allah yang menentukan kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui hal yang terbaik buat hambanya


Lirik Dari Sinar Mata - Bumi Putra Rockers

Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu

Kak Yang 🍑





No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...