Wednesday 15 May 2013

Selamat Hari Guru

As-salam..

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..semoga saya, rakan-rakan di maktab tun mustapha , rakan-rakan di mrsm lain, rakan-rakan di kms dan rakan-rakan seperjuangan terus tabah, sabar menghadapi cabaran dan transformasi pendidikan di negara kita khususnya dan amnya di peringkat global.

Cerita bab mendidik...pertama sekali didiklah jiwa kita untuk mencapai keredhaan Allah..andai jiwa kita rapuh..rapuhla nanti jiwa anak bangsa kita..Hari-hari saya berdoa agar dikurniakan kesabaran dalam diri ini.

Setakat ini paling seronok adalah melihat progresif isyhad belajar sesuatu perkara yang baru..mendidik chinta hati saya ni juga satu cabaran..Anak memang akan mudah mengikut ape yang dibuat oleh ibubapanya..sekarang ni saya nampak kalau dia marah bad mood sebiji macam cara saya..so shahida..kena control marah dan selawat selalu :)

Bibir isyhadi dah tak muncung..baik dah..hantar kat pengasuh kena cakap dan pujuk2 dulu then baru tak nangis..dari awal hantar ke pengasuh hingga sekarang dia hafal sangat jalan ke rumah makcik..masuk je belok ke jalan rumah pengasuh dia, dia akan start buat muka sedih dan mata berair..waktu tu la kena cakap ummi nak gi work..petang nanti ummi ambik isyhad ye..then dah sampai rumah pengasuh x boleh tata..tadi menangis bila saya tata dia..

wassalam


Monday 13 May 2013

Bibirnya muncung

Salam..lama tak bersua..
terlalu sibuk dgn macam2 perkara berlaku..
Praktikal Dip ed dah habis tapi sekarang sedang kemas kini buku RPH dan exam final sem 1..lepas ni sibuk menanda kertas exam..

Keadaan Isyhadi Alhamdulillah sihat membesar dan makin mudah belajar perkataan baru...1 tahun 10 bulan dah..Comel dengar dia sebut perkataan baru..Paling suka lori dan kereta

Pagi tadi ada baca satu blog tentang anaknya yang baru seminggu meninggal baru usia 1 tahun 2 bulan. Sayu hati dan bergenang air mata pagi tadi sebab merasai perasaan itu dan juga terkenang saat2 cemas kami dulu. Usia Isyhad sama juga 1 tahun 2 bulan cuma kes yang berbeza..lepas peristiwa tu kami set dalam otak kalau nampak sebarang kelainan pada baby terus pergi ke pakar kanak2 untuk check yang details..x perlu pergi klinik or hospital  2,3 kali untuk doktor biasa check sebab baby ni dia sakit tak tau cakap ape2 pun..Semoga ibu di luar sana semua tabah hadapi segala cabaran hidup ini..

Malam tadi bibir isyhad luka dan berdarah sebab lari laju sangat then tergelincir, mungkin ada air kat lantai..ummi pun x perasan air tu..aku angkat dia sebab nangis kuat ni mesti sakit.. then tgk mulut berdarah..check2 gigi dia and bibir dia sambil cuci dgn air..lepas cuci darah kat mulut tu terus ambik ais dan isyhad ape lagi senyapla sebab dapat ais..dia kulum2 ais tu dan aku letakkan kat bibir dia untuk kurang bengkak..kesian juga bibir muncung kedepan..syukur luka tak teruk sangat..dan tak kena gusi..

Pagi tadi masih bengkak sikit bibir dia..Hantar kat pengasuh pagi tadi geleng2 taknak dan nangis sekuatnye.. Ambik awal sikit la dia hari ni..

Ok, terus siapkan RPH..

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...