Salam..lama tak bersua..
terlalu sibuk dgn macam2 perkara berlaku..
Praktikal Dip ed dah habis tapi sekarang sedang kemas kini buku RPH dan exam final sem 1..lepas ni sibuk menanda kertas exam..
Keadaan Isyhadi Alhamdulillah sihat membesar dan makin mudah belajar perkataan baru...1 tahun 10 bulan dah..Comel dengar dia sebut perkataan baru..Paling suka lori dan kereta
Pagi tadi ada baca satu blog tentang anaknya yang baru seminggu meninggal baru usia 1 tahun 2 bulan. Sayu hati dan bergenang air mata pagi tadi sebab merasai perasaan itu dan juga terkenang saat2 cemas kami dulu. Usia Isyhad sama juga 1 tahun 2 bulan cuma kes yang berbeza..lepas peristiwa tu kami set dalam otak kalau nampak sebarang kelainan pada baby terus pergi ke pakar kanak2 untuk check yang details..x perlu pergi klinik or hospital 2,3 kali untuk doktor biasa check sebab baby ni dia sakit tak tau cakap ape2 pun..Semoga ibu di luar sana semua tabah hadapi segala cabaran hidup ini..
Malam tadi bibir isyhad luka dan berdarah sebab lari laju sangat then tergelincir, mungkin ada air kat lantai..ummi pun x perasan air tu..aku angkat dia sebab nangis kuat ni mesti sakit.. then tgk mulut berdarah..check2 gigi dia and bibir dia sambil cuci dgn air..lepas cuci darah kat mulut tu terus ambik ais dan isyhad ape lagi senyapla sebab dapat ais..dia kulum2 ais tu dan aku letakkan kat bibir dia untuk kurang bengkak..kesian juga bibir muncung kedepan..syukur luka tak teruk sangat..dan tak kena gusi..
Pagi tadi masih bengkak sikit bibir dia..Hantar kat pengasuh pagi tadi geleng2 taknak dan nangis sekuatnye.. Ambik awal sikit la dia hari ni..
Ok, terus siapkan RPH..
Monday, 13 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.. Lama jugak tak bercerita tentang si abang Isyhadi yang dah ada adik namanya Isyraqi. Dia te...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada...
-
Bau badan merupakan salah satu simtom semasa mengamalkan pemakanan diet atkin. 2 tahun lepas semasa abah isyhad sedang buat diet ini u...
No comments:
Post a Comment