Sunday 31 July 2016

Mee Kari Cahaya Rizqin

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah, hari ini dapat siap masak mee kari Cahaya Rizqin. Hee
Sebenarnya semalam yang duk beria cari semua bahan mentah nak buat Mee kari tapi tak larat dah dengan Athieef Isyraqi selesema dan rasa dedar badan. 

Ok, sepatutnya kalau korang nak  Mee Kari ni rasa lagi sedap letaklah kerang. Aku tak la rajin sangat nak mengopek kerang. Haha
Nak masak Mee Kari pastikan rempah betul-betul masak. Api kecil jer dan tumis rempah sampai betul-betul naik minyak. Lagi lama lagi bagus. Tapi jangan sampai hangit tau.. Kalau tak hanguslah korang nak merasa nanti.. 
Bila dah masak siap lahirlah mee kari biasa jer yang aku punyer ni.. tapi menepati citarasa aku yang tinggal di kedah aman permai ini. 

Mee Kari Cahaya Rizqin tu sempena tukar nama Blog ni kepada www.cahayarizqin.blogspot.com

Rizqin ialah nama anak ke tiga. Belum update lagi kisah melahirkan anak ke tiga ni kan. InsyaAllah nak cerita jugak supaya nanti tak lupa pengalaman bersalin yang ke tiga ini. 

Makan lah dulu yer.. yang nak buat open house raya syawal masih sempat lagi. Nak masak apa??? 

Masaklah Mee Kari... 😊


Salam Sayang  😍

Ceq Puan Shahida
Perunding Vitamin Shaklee
SID 1176304
011 32262280


Friday 15 July 2016

Kaedah Mengurangkan Sakit Pinggang

Assalamualaikum.

Entry hari ni saya ingin berkongsi tentang sakit tulang belakang dan perkara yang paling kerap berlaku ialah  sakit pinggang.



Sesetengah wanita  hingga 3/4 wanita akan mengalami sakit tulang belakang selepas bersalin. Ibu-ibu yang pernah bersalin mesti tahu bagaimana rasanya sakit tulang belakang,sakit pinggul,rasa kebas hinggakan tak larat nak dukung anak.

Mengapa perkara ini terjadi???

Semasa mengandung kita akan alami masalah sakit tulang belakang dan menyebabkan kesakitan dan lenguh di pinggang.

Ini disebabkan janin dalam perut kita semakin hari semakin besar dan otot-otot abdomen perlu bekerja keras untuk menampungnya dan memberi tekanan pada tisu.

Ketika melahirkan anak pula,bayi akan dikeluarkan melalui saluran peranakan iaitu rahim dan faraj. Pergerakan bayi dari rahim ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu keliling. Tekanan ini la menyebabkan bengkak dan tisu akan koyak.

Apa sahaja penyakit InsyaAllah ada penawarnya. Oleh sebab itu, ibu semasa berpantang lepas bersalin perlu menjaga pergerakan dan pemakanan serta minuman yang diambil semasa berpantang agar semua luka-luka tisu di badan dapat pulih dengan baik.


TIPS UNTUK KURANGKAN SAKIT TULANG BELAKANG

1. Senaman dengan melakukan senaman pelvik

2. Berjalan-kerap dan berjalan dengan santai  semasa berpantang sekalipun agar ia dapat pengaliran darah berjalan dengan baik.
Peringatan, jangan duk baring jer tau..

3. Alat sokongan sepeti bantal atau kerusi

4. Cara mengangkat dengan betul adalah
dengan membengkokkan lutut masa angkat barang dan bayi.

5. Pengambilan pil kalsium (ostematrix)



Itu sahaja untuk hari ini, InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua pengalaman mengandung anak ke tiga dengan pengambilan ostematrix secara konsisten.

Setiap wanita saya menyarankan jadikan suplemen ostematrix ni sebagai teman rapat anda sebab kita sebagai ibu dah menyumbang banyak kalsium kepada anak-anak kita semasa mereka dalam kandungan dan menyusukan mereka selama 2 tahun. Ada juga tau anak yang menyusu badan sampai umur 4 tahun.. teringat anak kawan saya tu..  :)

Ostematrix ni pengganti susu. Sebagai ibu yang bekerjaya memang super busy kan.. kadang-kadang makan pon tak jaga. Rajin bancuh susu anak jer kan.. susu kita kadang-kadang lupa minum. Kandungan kalsium dalam ostematrix lebih tinggi berbanding susu yang ada di pasaran. Ia juga dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium agar penyerapan kalsium lebih efektif cepat berlaku. Kalau nak pilih pil kalsium, korang mesti cari kriteria ini tau.. kalau tak sia-sia jer telan pil tu.

Ok, korang jagalah tulang kita ni dengan baik dan kuat agar kita kekal sihat dan kuat sehingga hari tua. InsyaAllah

Wasalam,

Shahida Nour

Sharing is loving 💜💜💜

Whatsapp 011 32262280
email: shahida2729@gmail.com
SID pro  1176304

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...