Wednesday 31 December 2014

Salam 2015

Assalamualaikum,

Subhana Allah..Allahuakbar..sedikit coretan di akhir waktu tahun 2014.

Tahun yg sangat mencabar bagi kami sekeluarga..

Erti kami mengenal siapa kawan, sahabat, saudara dan insan-insan di sekeliling kami. Sesungguhnya hanya Allah sahaja  yang mengetahui rahsia disebalik yg berlaku ini. Tidak mampu kami kongsikan pada sesiapa melainkan hanya padaMu..

Akan ku simpan kejap2 rapat2 memori 2014 ini..

Selamat Tinggal 2014 dan Selamat datang 2015

2015 pasti bersinar-sinar. Allah ada bersamaku..Allah sayang diriku..Aku jua kasih dan sayang
pada NYA

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, suami ku, ibubapa kami,Ya Allah  kasihani kami dan anak-anak kami, limpahkan lah rezeki kepada kami dan  anak-anak kami. Jadikanlah mereka anak-anak yang Soleh, mendengar kata, biajk dan berakhlak mulia.

Sesungguhnya aku memohon kekuatan dari Mu untuk terus berjuang Ya Allah. Ya Allah bersihkan hati ku, berikanlah diriku daya magnet yang dapat menarik orang untuk ke arah kebaikan.

Jadikanlah bisnes shaklee ini satu lonjakan dalam merubah kehidupan ekonomi kami dgn lebih baik lagi.

Ameen

Salam sayang dari Ummu Isyhadi




Friday 19 December 2014

Pengalaman menggunakan Cloth Diapers Baby

Assalam

Hari ni genap 10 hari ummi isyhad isyraqi menggunakan cloth diapers untuk adik athieef isyraqi.
Perasaan!!!

Seronok jugak..aku ada 6 keping je tau..4 jenis weegro insert microfiber dan 2 babyland yg mana pocket and insert jenis bamboo..
comel tgk baby pakai mcm2 corak..macam pakai seluar..kalu panas pakai tu je adik athieef
Betul kata orang kelebihan pakai CD ni baby tak kena ruam atau melecet..
Baby2 yg selalu kena ruam lampin bila pakai pampers better u all tukar pakai CD.
Cara penyelenggaraannya sekarang tak susah..mcm2 cara dan kaedah group support CD akan bagi cadangan.
tak mau la kata suru rumah je boleh pakai CD utk baby..
Aduhai suri rumah pun banyak keja tau..yang wat business lagi la super sibuk..huhu

Tak mau beli banyak2 lagi sebab nak tau mana yg lebih aku rasa praktical nak guna. So antara weegro and babyland jenis bamboo aku lebih prefer babyland pocket n insert bamboo
Kenapa?

weegro : 
cover weegro tak ada pocket insert just ada butang utk lekatkan insert
 insert microfiber susah nak basuh utk hilangkan kesan poo..lps ni meh kita guna Basic H shaklee..senang nak hilangkan kesan poo

babyland:
adik athieef pakai nampak smart dan terletak kat punggung dia
hubby pun lbh suka tgk dia pakai babyland
senang sangat nak basuh sebab kesan poo tak melekat sangat dan mudah untuk dibasuh
cepat kering
sesuai utk kulit sensitive
daya serapan tahan lama
waktu malam kami akan pakaikan babyland bamboo sampai pagi ..adik dah berak baru kami tukar
waktu berak adik skrg ni mcm ikut jadual..
dah boleh tahu bila dia akan berak

Rutin aku skrg hari-hari aku membasuh oii dan keringkan dalam mesin basuh..
kalu dah banyak CD nanti boleh guna mesin  basuh but still u have to pre wash expecially yg kesan poo

next: cara nak basuh CD dan sabun yg sesuai

salam sayang ummu isyhad isyraqi (-_-)


Pemilihan cloth diapers

Assalam

Hari ini masuk hari kedua adik ahmad athieef pakai cloth diapers. So far rasa seronok tengok dia pakai cloth diapers. comel je nampak.. :)

Mula2 bagitau kat kawan2 pasal aku nak pakai cd ni depa ada yg bagi negative thinking..leceh sebab nak basuh..pakai pampers pakai  buang tu kan senang pakai then buang..house wife boleh la..fuh..kalu korang nak tau..walaupun aku duk rumah skrg jaga sendiri anak2 tapi aku rasa kerja aku lagi full compare dulu masa kerja..masa nak tengok tv pun tak sempat sebab aku sebenarnya WAHM -Work at Home Mother. Aku sekarang Pengedar Shaklee.

Kenapa pilih cloth diapers?

1. JIMAT..dari segi nak beli pampers tu mmg memang nampak jimat sangat..at least 2 tahun pakai pampers. Penggunaan air dan api ..yg ni aku akan update bila dah pakai lama sikit cd..Kita kena belajar cara pembasuhan yang betul..macam basuh baju juga..basuh spender dengan baju kurung..BEZAKAN..
Kalu ko nak basuh spender sehelai..takkan la nak masuk dalam mesin basuh kan..ISH ISH..

2. Kurangkan jumlah sampah yang berlonggok2 kat luar tu..Bantu selamatkan alam ini. Tuhan ciptakan alam ini untuk manusia..Tapi sedihnya manusia yang banyak merosakkannya..Termasuk aku..huhu..Jadi aku cuba dan berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan kerajinan..
Aku faham yg bekerja kat luar tu memang penat la dgn nak menempuh traffic jam lagi..then  bila sampai  rumah tersadai je badan ni.. anak2 nak perhatian lagi...

ok..entry seterusnya..pengalaman dah pakai cloth diapers



Sunday 23 November 2014

Pengenalan adik Athieff

Assalam..

Blog ini akan semakin aktif insyaAllah..ada projek baru sedang berjalan. Perjalanan baru kami dan dimensi baru. Ini cabaran Tuhan..Tuhan sedang beri cabaran kepada kami..

Perjalanan tahun 2014 bagi aku sangat mencabar berbanding tahun2 sebelum ini. Macam2 lah yang jadi tetapi ia menjadi kan aku dapat mengenali lebih tentang Allah SWT. Tahun 2014 pun tak lama lagi akan sampai ke penghujungnya..cuba lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi..so aku tak boleh igt2 apa yg terjadi dulu sebab itu sudah menjadi suratan..jadi sekarang think positif...think positif..haha.. dari dulu lagi aku selalu think positif tapi sudahnye KO..but Allah ada kan..teruskan usaha..mungkin Dia nak bagi yg lebih lagi..ingatlanye shahida JANGAN PUTUS ASA..

Alhamdulillah Isyhadi dah ada adik boy dekat 3 bulan 10 hari..nama adik isyhad - Ahmad Athieef al Isyraqi (yang terpuji belas kasih memberi sinar). Lahir pada 14/8/2014 pukul 1.49 pm..bilik bersalin nmbr 9 and katil wad nombor 29..bayaran kos bersalin RM29.00..di hospital besar sungai petani ..
sweet pulak tgk nmbr2 tu..senang nak igt sampai skrg..tapi kalu tahun depan mgkn x igt dah..jadi kita tulis la apa yg boleh igt kut2 esok boleh update pasal anak2 kita ni.

assalamualaikum..


abang dan adik
 

 
Adik tido suka berbedung walaupun dah usia 3 bulan..
x sama macam abang yang x suka pakai bedung
walaupun muka kami hamper sama
karakter depa ni berbeza

 
My family..


Saya Ahmad Athieef Al Isyraqi bin Amirulsyaidi

I'm 3 month years old

Pelembut hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.
 
sambil mkn tengah  hari tadi duk dengar ceramah kat radio..
mama memang suka pasang ceramah kat radio Kedah fm ni.
Kelakar jugak ustaz tu..x igt nama ye..sorry
 
Nak kongsi and peringatan kat aku jugak supaya kita dapat amalkan ilmu ini
 
Doa untuk lembutkan hati anak supaya x ketegak org Kedah kata..
 
Baca Al latif 7 x
baca ayat  ke 19 surah as syura
tarik nafas
hembus kat ubun kepala anak masa depa tido
Amalkan 7 hari..
Niat minta kat Allah beri akhlak yang baik pada kita sekeluarga (suami isteri anak2 mak pak kita n adik beradik )
 
Satu lagi
Baca ayat ke 82 surah yaasin..
Hembus kat ubun anak
kalu kat suami or isteri hembus kat leher sebab kepala dah keras..itu ustaz tu yg kata..kepala kita ni dah jadi keras kepala..haha

Dari Dia kita datang..dari Dia kita pulang
























Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...