Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Rasa cepat letih, rasa berdebar-debar, muka pucat, pening dan kadang kala rasa nak pitam. Ini adalah sebahagian simptom-simptom bagi mereka yang mengalami Hb rendah terutama sekali ia berlaku semasa hamil.
Ibu hamil perlu peka dengan sebarang perubahan yang sedang berlaku pada diri anda semasa hamil. Mungkin sebelum hamil anda seorang yang sangat aktif tetapi apabila disahkan hamil anda rasa nak bawa badan pon tak berdaya..
Saya juga pernah alami Hb rendah semasa mengandung anak ke dua. Jadi terpaksa kena konsisten ambil Iron tablet. Doktor bekalkan pada saya Iberet folic acid.
Selain itu, amalan pemakanan juga penting. Elakkan daripada sebarang minuman yang mengandungi caffeine. Perbanyakkan minum air kosong dan jus buah seperti oren dan jambu batu. Antara sumber makanan yang tinggi zat besi pula seperti kerang, hati, daging merah, sayur bayam atau sayuran hijau.
Kita dapatkan sedikit info tentang Hb(haemoglobin) ni ya..
Haemoglobin ialah sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Pembentukan sel darah merah inilah yang penting agar seluruh organ badan kita mendapat oksigen yang mencukupi.
HB RENDAH TERUTAMA PADA IBU HAMIL:
Dengan kata mudah, bahasa kita adalah ibu hamil ni kekurangan zat besi. Bila kurangnya zat besi maka banyaklah komplikasi lain yang datang bertandang.
Perlu kita tahu, sel darah merah amat memerlukan iron (zat besi) untuk dihasilkan. Kalau ibu tidak mempunyai cukup zat besi atau iron ini maka kemungkinan ibu hamil akan menghadapi masalah hb rendah.
Semasa hamil, darah merah ibu akan meningkat sebanyak 50%, maka oleh sebab itulah ibu perlukan zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dengan lebih banyak.
Boleh semak dengan gynea masing-masing tahap hb anda. Tapi biasanya doktor akan bekalkan ibu pil zat besi seawal pemeriksaan pertama prenatal anda.
Jangan ambil mudah, kalau pun rasa tak nak atau tak boleh nak telan pil zat besi tu, tapi fikirkan bayi dalam kandungan. Bayi anda bergantung pada anda sebagai ibunya. Paksa untuk kesihatan bayi.
Bagaimana nak tingkatkan hb rendah ni?
terbaik: vitalea, bcomplex dan vitamin c.
gabungan ketiga2 adalah terbaik!
terutama jika sudah ambil vitalea shj tp hb tak juga naik. kena add onn bcom dan vit c.
Mengandung kali ke tiga ini saya amalkan suplemen shaklee kerana ia lebih natural berbanding ubat sintetik.
Alhamdulillah selama dah 7 bulan usia kandungan sekarang hanya sekali jer Hb rendah 10.6 semasa usia kandungan 5 bulan.
Saya tahu sebab apa jadi gitu.. Hehe
Saya jadi gian nak minum kopi 3 in 1. Dapat kopi old Town with hazelnut.. Fuhhh.. Sedap nya..
Kandungan cafein ini akan mengurangkan penyerapan vitamin. Sebaiknya hanya amalkan air jus buah-buahan dan juga air kosong. Sekali sekala tak mengapalah. Seminggu sebelum check up di klinik hendaklah jaga-jaga dan elakkan sebarang minuman tinggi kafein ni ya..
Vitamin apa yang sangat penting untuk golongan ibu hamil yang mengalami HB rendah ialah Vitalea. Jangan tertinggal sehari makan vitamin ini tau..
Sharing with love
Shahida Syaidi
Sid 1176304
WhatsApp 011 32262280
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Bismillah Assalamualaikum dan salam ceria. Setelah penat bertarung dengan adik untuk tidurkan dia, baru lah ummi dapat mengadap lappy n...
-
Jumpa Gambar lama Isyhadi INI waktu Isyhad berusia 1 tahun sebulan INI pula..adik Isyhad - Athieef Al Isyraqi ...

No comments:
Post a Comment