Thursday, 20 October 2016

Best moment ketika menyusukan anak.

Assalamualaikum wrt. 

Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk menyusukan ketiga-tiga anak lelaki soleh saya. Anak lelaki sulong penuh breastfeed 2 tahun 4 bulan tapi 6 bulan pertama tak exclusive bf sebab takda pengalaman lagi. Anak ke dua dan ke tiga dapat fully exclusive susu IBU 6 bulan pertama. Anak ke dua menyusu sampai 1 tahun 6 bulan sahaja sebab dia nak dapat adik dah. Hisap-hisap jer waktu di hujung trimester ke tiga dia tak nak dah. 

Menyusukan anak ni memang kita akan rasa bonding yang kuat antara anak dan ibu. Waktu mata bertentang mata masa si anak tengah menyusu tu terus rasa sayang sangat-sangat pada anak.

Di sini saya kongsikan pengalaman saya dan juga ibu-ibu lain tentang perkara lucu ketika menyusukan anak. 

1. Bayi menyusu hingga mengeluarkan bunyi - bunyi. Itu tandanya bayi sedang sangat haus atau lapar.

2.Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! Kes ibu macam aku yang tengah buat bisnes online..haha

3.Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)

4.Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)

5.Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)

6.Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)

7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda.. kita share)

8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)

9.Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)

10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)




3 imam cilik

No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...