USAH MEMBANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN
Apa sahaja nikmat atau ujian yang Allah berikan kepada kita, jangan sesekali membandingkan dengan orang lain. Kerana kita tidak pernah akan tahu apa yang orang lain telah lalui dalam kehidupan mereka, begitu juga mereka tak pernah tahu apa yang kita telah lalui sepanjang dalam kehidupan ini.
Adakala kita merasa, beruntungnya menjadi dia yang seumpama memiliki segalanya dalam kehidupan ini. Walhal kita sendiri tidak tahu apa kesusahan, kepayahan, sebesar mana ujian yang telah berjaya dia lepasi sehingga melayakkan dia menikmati apa yang dia lalui sekarang.
SETIAP KITA BERBEZA
Ketahuilah, Allah sendiri berfirman dalam KitabNya yang mulia, “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan engan kadar kesanggupannya.”
Allah yang mencipta kita, memiliki kita, dan Dia juga yang lebih mengetahui kadar kemampuan kita berbanding diri kita sendiri. Mungkin pada kita, ujian yang Allah letakkan pada seseorang itu sangatlah kecil, namun mungkin ia kelihatan dan terasa berat untuk dihadapi oleh orang lain.
Dan mungkin juga orang melihat ujian yang kita lalui teramat berat, akan tetapi dengan bantuan kekuatan daripada Allah kita mampu menjadi setenang dan setabah manusia untuk melaluinya.. Sangat berbeza,bukan?
CARI TITIK POSITIF
Apa sahaja ujian, nikmat, pemberian dan teguran yang Allah datangkan kepada kita.. Carilah titik positif disebaliknya. Itu yang akan membuatkan kita redha dengan apa yang kita lalui dan miliki sekarang.
SETIAP UJIAN ADA RAHMAT ALLAH
SETIAP UJIAN ADA HIKMAHNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Bismillah Assalamualaikum dan salam ceria. Setelah penat bertarung dengan adik untuk tidurkan dia, baru lah ummi dapat mengadap lappy n...
-
Jumpa Gambar lama Isyhadi INI waktu Isyhad berusia 1 tahun sebulan INI pula..adik Isyhad - Athieef Al Isyraqi ...
No comments:
Post a Comment