Wednesday, 28 January 2015

Cara Merawat Keputihan Yang Luar Biasa

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang penyakit keputihan yang selalu menyerang kaum wanita terutama sekali bagi mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Tak kurang juga masalah ini membelenggu dikalangan gadis-gadis di luar sana.


Masalah keputihan sering menghantui pemikiran wanita apabila berhadapan dengan masalah ini. Anda yang pernah mengalami masalah keputihan pasti mengerti kerisauan dan kebimbangannya. Saya juga adalah antara golongan yang pernah berdepan dengan masalah ini.

Perasaan? Sudah tentunya MALU..
Kalau cuma sikit-sikit tu boleh dimaafkan lagi tapi bila keputihan dah capai tahap berbau dan nak kena control muka  menahan gatal..itu namanya keputihan luar biasa.






Apakah Itu Keputihan

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita adalah pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Yang hijau itu biasanya sudah mengalami jangkitan kuman.
Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini akan mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Sesetengah kes keputihan yang kronik memaksa anda mengambil antibiotik dan jika ia berlaku semasa anda mengandung, ia akan mengundang masalah lain pula yang boleh memberi kesan kepada janin kerana adanya jangkitan bakteria yang mengundang bahaya.

Apakah penyebab kepada keputihan?

1. Jangkitan kulat, 
Mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
2. Jangkitan kuman trichomonas
Jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
3. Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
5. Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh-contoh penyebab keputihan wanita lain:

1. Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

2.  Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

3. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Rawatan

Kebiasaannya masalah keputihan ini perlu dirujuk kepada doktor dan doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas sample keputihan tersebut. Ini yang ramai malu nak jumpa doktor, tapi nak tak nak terpaksa juga sebab ia melibatkan kesihatan wanita dan ada hubung kait dengan rahim wanita.

Doktor akan beri ubat berdasarkan keputusan sample keputihan tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, saya mengalami keputihan jenis jangkitan kulat candida. Doktor akan beri ubat masuk dalam vagina, antibiotik dan cecair cucian kawasan intim. Sekiranya anda dah berkahwin, en.suami pun kena makan antibiotik tu sebab dibimbangi dapat jangkitan daripada hubungan kelamin.

Semasa proses rawatan 3 hari berturut-turut masuk ubat tu..no no no hubungan kelamin suami isteri. Ini yg kadang2 malu kita kat suami kan.

Masalah ini sering kali berlaku berulang-ulang. Baik 2 bulan pastu datang semula penyakit itu. Jenuhlah nak pi klinik dan makan ubat.

Maka itu, bertindaklah dari sekarang bagi mengatasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih teruk. Sebelum masalah lain berlaku, lebih baik kita elak.

Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, secara automatik saya berjumpa dengan penawar masalah keputihan yang sering saya alami iaitu ALFALFA SHAKLEE. Alfalfa ini banyak keistimewaannya..saya sangat tekankan alfalfa ini sangat bagus untuk kaum wanita amalkan.
Keistimewaan Alfalfa memang ramai wanita dah akui terutama sekali dalam pemasalahan keputihan. 

Insya Allah dengan izin Allah pasti ada penawarnya. Saya sudah..anda? Patut cuba..ALFALFA .Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami masalah keputihan, tak boleh ambil Alfalfa ni yer sebab ia adalah 100% kandungan herba dari tumbuhan Alfalfa. Anda perlu rujuk kepada doktor dan pengambilan GARLIC SHAKLEE dapat membantu pemasalah keputihan daripada berlanjutan kerana bawang putih mengandungi bahan yang antibakteria.

Saya harap penulisan ini dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama seperti saya alami dulu.

Boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut mengenai produk shaklee:

ShahidaAmirul / Ummu Isyhad Isyraqi
call/sms/watsapp  011 32262280
fb  :  Nor Shahida Taib
ID Shaklee Distributor : 1176304

No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...