Tuesday, 13 January 2015

Sihat sangat penting supaya Bos Tak Benci

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Permulaan tahun 2015 ini, harapan saya agar kesihatan kita semua bertambah baik hendaknya dan segala impian dan harapan tahun 2015 ini akan menjadi kenyataan ..(- _ -)

Sihat dan sakit ni dah jadi asam garam kehidupan. Bila Allah uji kita dgn kesakitan, itu juga tanda Allah nak gugurkan dosa-dosa kita seandainya kita redha dengan ujian Nya.

Demam, pening, selesema tu biasa la kan..Cuma harapan kita kalu dahulu selalu demam selesema tapi sekarang dah jarang sakit demam dan sebagainya. Paling penting kita berusaha agar dijauhkan daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi ,strok dan pelbagai lagi.

Bagi saya, kesihatan adalah yang paling penting dalam kehidupan kita..Bukan sahaja sihat fizikal yg kita nampak tu tetapi juga kesihatan jiwa, mental dan rohani. Keempat-empat elemen ini sangat penting menentukan tahap kualiti hidup kita di dunia dan di akhirat. Ia saling berkait antara satu sama lain.




Kenapa saya rasa kesihatan itu penting dalam hidup saya?

Cukup dengan Allah uji lemahnya badan ketika mengandung kedua-dua anak soleh saya. Saya dapat rasakan sakit berbulan-bulan sehingga 4 bulan pertama. Waktu itu, nak uruskan diri sendiri pun tak mampu. Tambahan pulak waktu mengandung anak kedua, saya memang tak mampu nak layan kerenah anak yang sulong..kesian saya tengok si abang dan dia banyak bermanja dengan abahnya sahaja.


Di tempat kerja satu hal.. Kerja semua tertangguh!!!  Dapat bos yang faham..ok lah..tapi kalu korang dapat bos yang cakap macam ni.." Isteri saya mengandung jugak..boleh je kerja dengan baik"..Korang rasa apa perasaan korang waktu tu..

Masa tu saya rasa useless sungguh dan rasa nak menangis depan bos. Tapi memang lepas keluar bilik bos memang menangis berjujurai air mata. Kepada Tuhan juga  tempat saya mengadu segalanya. Kes nya cuba saya datang lambat banyak kali. Sampai surat MC dan warded di hospital pun dipersoalkan. Nasib la la labu...

Saya memang nak mohon cuti tanpa gaji masa usia kandungan 2-3 bulan . Itu memang fasa yang agak getir ibu-ibu mengandung akan alaminya tetapi apakan daya belum layak sebab masih jawatan sementara. Jadi terpaksa juga pergi kerja..

Saya juga faham bila kita makan gaji ni kita perlu dengar dan siapkan semua tugasan yang diberi oleh majikan kita dalam tempoh masa yang diberikan.


Saya faham sgt sekarang tak semua orang boleh faham kesusahan dan kesakitan yang kita alami.

Jadi  bertindaklah sekarang untuk jaga kesihatan dengan baik. Insya Allah kalau mabuk waktu mengandung pun dah ada suplemen yg boleh bantu bagi badan kita kuat sikit supaya semua keadaan boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

Sekarang saya banyak buat kajian dan testimoni orang ramai yang telah mengamalkan suplemen vitamin shaklee. Kebanyakanya memberi impak yang sangat positif termasuklah diri saya sendiri. Saya  bermula dengan pengambilan Alfalfa shaklee untuk meransang susu ibu untuk anak kedua saya. Saya akan kongsikan pengalaman saya dengan Alfalfa ni yer...(-_-)

Alfalfa........SUPER FANTASTIC, AMAZING!!!!


Kawan-kawan atau saudara mara  yang ada penyakit, ikhtiarlah dengan mengamalkan makanan sunnah dan suplemen atau vitamin-vitamin dan mineral tambahan untuk memulihkan tahap kesihatan kita. Kebergantungan kepada ubat sintetik sepenuhnya adalah tidak digalakkan.

Serta banyakkan berdoa pada Allah. Yakin Allah akan sembuhkan penyakit kita.

Amalan hidup yang sihat dengan mengamalkan diet makanan yg bernutrisi, makanan tambahan dan suplemen, bersenam, air yg bersih dan udara yang bersih, Insya allah kita akan dapat jalani hidup yg lebih berkualiti.



Salam sayang  dari Ummu Isyhad Isyraqi













No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...