Wednesday, 19 September 2012

Masuk Wad Hospital (Part 1)

As salam, Tajuk atas ni merupakan lanjutan atau kronologi dari tanda2 isyhad muntah2 (7/9/2012). Sabtu 8/9/2012 Pagi tu abah dia jaga dan ummi kena gi sekolah sbb sekolah ganti dan ada kelas dip ed. Kelas dip ed petang tu tak pegi sebab ganti abah jaga isyhad..hubby masuk keja petang. Pagi tu dia muntah sekali lepas minum susu. Tgh hari aku masakkan sup ayam dan nasi, isyhad makan dalam 10 suap je. Then malam bagi lagi makan pun ada la dalam kurang 10 suap. tak selera nak mkn. Ada berak agak cair jugak dan kuning pucat. 2 kali dia berak bentuk yang sama n total muntah 3 kali. Semangat main tetap kuat dan aktif je.. Ahad 9/9/2012 Subuh,5.00 pg tu isyhad merengek2 dan akhirnya aku masukkan dia dalam buai. Masa dalam buai dia kentut2 dan dgr berak macam cair. Biarkan je dulu sbb isyhad tgh tidur. dah setengah jam angkat dia gi basuh. Tgk kat pampers totally tahi isyhad cair..no solid... Isyhad sambung tidur but baru je siap tukar pampers dgr dia berak lagi..kali ni tgk kat pampers banyak n same mcm yang pertama tadi totally cair. Hubby n aku rasa isyhad panas dalam sebab dia mcm demam tak demam. Pastu isyhad dah x nak tidur n main2 je dgn happy tgk abah n ummi ada pagi tu. Sarapan pagi dgn isyhad makan biskut..tapi dia tak nak makan lansung cuma susu badan je pagi tu dan air suam.Isyhad sambung main2 kat ruang tamu and aku n hubby duk tgk tv n borak2..Isyhad jap2 datang senyum2 n peluk2 ummi n abah. tak rasa lansung yang isyhad macam sakit. 11.30 pagi. Aku duduk kat sofa dan hubby tgh baring kat carpet ruang tamu then tiba2 dgr sesuatu..Aku tgk isyhad terbaring mengering sesak nafas,kejang dan keluar air liur. Aku terus menjerit 'abah!!! Isyhad!!!"... Hubby terus angkat dan tonggengkan dia tepuk2 belakang isyhad..supaya dia bernafas..Isyhad kejang..n nampak biru..dekat 30 saat keadaan isyhad macam tu.. cepat betul keadaan tu berlaku..aku cuma boleh cakap 'anak ummi'.. Aku terus grap kunci kereta untuk bawa gi emergency..aku dokong isyhad dan pak cik sebelah rumah dgr dan datang tolong..masuk kereta isyhad dah boleh bernafas tapi keadaan dia sangat lemah . Biji mata isyhad ke atas..Aku gerak2 kan isyhad supaya dia tak tidur dan aku bagi bantuan pernafasan. Muka dia dah nampak pink..Isyhad nak tidur..Hati kami berdua masih tak tenteram..Hubby panggil sebut nama isyhad..Hubby bawa keta macam nak gile nasib baik dia memang terer bawak keta.. Sampai emergency aku terus lari bawa masuk dalam..Bile letak kat katil pemeriksaan dia nangis x nak duduk kat situ dan doktor bagi bantuan oksigen..dia nangis x nak..Doktor tgk dia nampak ok..adui anak ummi macam dah nak jatuh jantung ummi dan abah kat rumah tadi, tangan ummi menggeletar bukak mangga grail rumah..sampai hospital kamu berlagak macam xde ape2 berlaku..isyhad siap minta doktor dokong dia..nurse dan doktor lain ketawa tgk isyhad..Aku cerita dari A sampai Z start dia muntah2 hari jumaat tu..Doktor pun amek darah isyhad Abah isyhad tadi pakai baju dan boxer je korang tau tak..n aku pakai baju kelawar dan selipar lain2 rupenya..waktu kecemasan tadi tak sempat capai ape n ic isyhad pun x bawa..yang aku tau masa tu nak selamat kan anak.. Hubby balik amik ic isyhad dan ape2 yang perlu..aku dan isyhad di hospital doktor suruh masuk wad paedriatik untuk masuk air.. Doktor di wad kanak2 amik keterangan kami dan check keadaan isyhad..amik darah lagi untuk test2 dan masuk air...Isyhad still nampak aktif tapi agak nampak ngantuk, merengek2 nak nenen nak tdur.. next entry sambung part 2..Isyhad di wad hospital..

No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...