Thursday 8 June 2017

Apa Kata Dr. Rajban dan Pengalaman Beliau Untuk Jaga Kesihatan Dengan Lebih Baik

Kak Syeeda kongsikan sedikit hari ini tentang perkongsian ilmu serta pengalaman SID mek Ila semasa di Shaklee Business Leaders National conference shaklee 2 bulan lepas.

Doktor Rajban Singh ini  ialah Celebrity Dr yang selalu on air di Fly FM untuk menjawab pertanyaan pendengar tentang kesihatan. Doktor Rajban ni memang dah glamour la sebab dia juga ni jadi President untuk Malaysian Welness Society.

Seronok dengar perkongsiannya tentang pelbagai aspek kesihatan. All about is ATTITUDE katanya.

Dengan disiplin kita mampu mengubah kebiasaan yang kurang sihat kepada lebih sihat. Bila dah biasa, semuanya akan jadi normal balik macam biasa.

Memang betul apa yang doktor Rajban katakan ni, tindak tanduk kita yang akan menentukan samaada kita berjaya mengubah sesuatu kearah yang lebih baik.

Ini antara pengalaman beliau sendiri...

Dia dah 20 tahun berhenti ambil gula. Asalnya sebab berat badannya yang naik mendadak dan dia rasa tak fit ( tak cergas). Walaupun masih muda badan dah macam orang tua.  Akhirnya dia susut 20 kilo dalam masa 6 bulan  walaupun pada mula-mula nak stop gula tu dia sampai menggigil-gigil macam orang ketagih. Beliau stop gula dan rajin buat aktiviti riadhah seperti naik turun tangga tu.

Kini sebaliknya pula, dia tak boleh langsung dengan gula dah, terus macam kena kejutan elektrik kalau termakan gula.

Katanya kalau dulu umur 30 rasa macam 50. Kini terbalik pula, umur 50 macam usia 30.

Jadi katanya memang kena ubah attitude sebab semua orang akan biasa dengan perkara yang baik bila ia dijadikan kebiasaan.

Doktor ni salah seorang panel jemputan untuk Forum "Do supplement Works" di Shaklee Business Leader Conference 2017 yang lalu.

Antara kata-kata beliau yang paling diingati ialah ...

"Doctor is not the right person to be asked about nutritions. We spent 6 hours time per day only to learn about drugs and how to cure disease (not focusing on prevention). All of you here are much better than me to talk about suplements."

Wah, bagusnya Doktor ni. Tapi apa yang dia katakan itu ada benarnya. Doktor adalah mereka yang arif di dalam bidang perubatan modern dan specialist dalam sub sub bidang mereka. Bukan supplemen, bukan lactation ( penyusuan)

Sebab tu kalau tanya pasal vitamin or supplemen, doktor biasanya ( kecuali mereka yang belajar tentangnya) tak dapat beri jawapan yang tepat.

Sebagai contoh mereka yang belajar tentang supplemen akan tahu Resveratrol atau Omega 3 juga mempunyai kesan pada kecairan darah. Tapi doktor akan jawab ' setakat ini hanya warfarin dan 1-2 ubat dlm group yang sama ' yang ada bukti dalam anti coagulant.

Tapi kena ingat bahawa supplemen tak boleh menggantikan ubat tau. Sebab itu sebagai Sid yang professional kita tetap akan suruh pesakit teruskan pengambilan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Sangat merbahaya kalau kita pandai-pandai nasihatkan pesakit yang perlu jalani rawatan ini  tidak perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor. Tidak boleh sama sekali.  Rawatan dengan doktor tetap perlu diutamakan.  Suplemen adalah untuk meningkatkan  kualiti kesihatan badan kita. InsyaAllah  bila sel-sel badan dapat recover semula hasil daripada pengambilan makanan yang sihat dan suplemen tambahan yang betul,  badan kita akan  rasa lebih sihat.

Sama juga dalam bidang penyusuan. Bukan semua doktor ada ilmu tentangnya. Itu sebab ada yang cadangkan untuk  berhenti menyusukan anak apabila ada masalah tertentu. Malah doktor juga tak tahu supplemen apa nak diberikan kepada ibu-ibu yang perlu menghentikan penyusuan atas sebab tertentu seperti kematian baby. Biasa kalau dulu dulu doktor cuma akan suggest bromocryptine yang sebenarnya ada 'efek' juga kepada kesihatan. Tapi kalau kita jumpa Pakar Laktasi mereka akan cadangkan beberapa supplemen yang lebih selamat seperti  pyridoxine dan sebagainya.

Do Supplemen Work?
Yes
And its proven by Landmark Study




No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...