kredit to: diapers clothlines
Assalamualaikum dan salam ceria.
Dekat 6 bulan dah adik pakai cloth diapers cuma ada juga sesekali pakai pampers pakai buang sebab tak sempat cuci atau adik terlalu banyak berak dalam sehari terutamanya sejak Adik demam dekat seminggu..demam biasa, selesema dan batuk.
Ummi tengok cloth diapers dia yang charcoal bamboo macam ada lebihan sabun. Oh ni nak kena buat strip wash. Cari maklumat macam mana nak strip wash CD ni. Ini antara info dan kaedah simple nak cuci strip wash CD
Ok yer..sememangnya dari masa ke masa, kita akan dapati cloth diapers yang sering kita gunakan akan mula berbau walaupun baru je lepas buat cucian.. Jangan risau ia bukan bermaksud cloth diapers yg kite baru cuci tak bersih tapi ini disebabkan oleh mendapan sabun dan minyak pada fabrik cloth diapers. Mendapan ni bukan saja akan memberi bau tapi juga boleh mengurangkan daya serapan terutamanya pada insert.
So kita boleh hilangkan atau sekurang-kurangnya kurangkan bau dan mendapan tersebut dengan membuat strip wash yang mudah. Berikut beberapa langkah mudah yang boleh dijadikan panduan:
Step 1: Isikan washing machine anda dengan WARM water dan bukan HOT water (nak bg accurate suhu tak pernah pulak ukur). Lebih mudah, setkan sebagai Full Loading jer.
Step 2: Masukkan cloth diapers yang ingin dicuci dan biarkan mesin start cycle dalam 2-3 minit.
Step 3: Kemudian masukkan sedikit (dalam 1 sudu teh) sabun cuci pinggan (jenis liquid) ke dalam cucian. Pastikan sabun cuci pinggan anda tidak mengandungi bleach atau agen pelembut (mcm pelembut tangan atau sebagainya).
Step 4: Biarkan berpusing selama 2-3 minit.
Step 5: Masukkan lagi 1 sudu kecil sabun cuci pinggan
Step 6: Ulang step 4 dan step 5 sampai anda rasa sabun yang dimasukkan cukup untuk mencuci semua cloth diapers. Jangan masukkan sabun yang banyak dalam satu-satu masa sebab tak nak keluar bubbles yang banyak.
Step 7: Bila cucian pusingan pertama selesai, ulang cucian untuk pusingan kedua dan ketiga (tapi tak perlu lah letak sabun lagi) atau sehingga tak ada buih lagi yg dikeluarkan.
Step 8: Lakukan extra rinse dan tambahkan sedikit cuka ke dalam cucian to remove all build up residue from cloth diapers. Sekarang stripping is done! Your diapers should come out like a brand new hehe....
Kena spend masa sikit la duduk depan washing machine. Strip wash ni penting supaya kulit baby tak kena ruam atau melecet. Memang pun sejak 2,3 hari lepas kerap punggung adik melecet ditambah dia kerap berak cair sebab badan panas dalam dan batuk. Hari ini alhamdulillah selesema dah baik cuma batuk belum hilang lagi.
Keep your child Clean and Healthy :)
Selamat mencuba Ummi Isyhad Isyraqi dan mommies di luar sana \^-^/
No comments:
Post a Comment