Thursday, 19 March 2015

Susu Ibu Atasi Masalah Sembelit Bayi

Assalamualaikum

Entry kali ini berkisar tentang kaitan susu ibu dan masalah sembelit di kalangan bayi terutama sekali yang berumur 1 tahun ke bawah.

Tips yang saya nak komgsikan dengan anda kali ini juga disebabkan adik athieef mengalami sembelit dah 4 hari. Dua hari sebelum ni dia tak berak, agak rasa pelik sebab adik memang akan berak hari-hari dan masa dia berak pun kita boleh jangka yang mana selepas bangun tidur dalam pukul 10 pagi dia akan berak. Jadi lepas berak barulah mandi. Dalam sehari adik akan berak sebanyak 3-4 kali. Keadaan najis dia juga normal walaupun sudah mula makan makanan pejal yang dikisar halus. Masuk hari ini, hari kedua dia berak keras cuma yang semalam kesian tengok dia meneran

So, check apa yang adik makan dan minum, yang bezanya daripada rutin dia sebelum ini adalah tok mama bagi adik rasa sikit susu lembu.

Ummi rasa adik alahan kepada susu lembu walaupun yang dia minum tu yang segar. Tok mama dapat susu lembu fresh yang diperah daripada kawan dia, dapat lembu yang ada susu pulak. jadi depa peraah susu tu dan kongsi  bagi kat kawan-kawan. Rasanya adik minum tak banyak pun, tok bagi rasa beberapa sudu jer. bukan minum dengan botol susu.

Waktu inilah betul-betul kita akan rasa betapa bernilainya susu ibu ini, Alhamdulillah 6 bulan setengah adik masih minum full susu badan walaupun cabarannya adik hanya nak hisap breast kanan sahaja. Yang belah kiri dah merajuk. Emaknya ni pulak asyik ngelat sesi pam susu sebab macam-macam kerja nak kena buat terutama sekali sedang fokus nak buat tapak bisnes shaklee ini.

Selama adik minum susu ibu, tak pernah mengalami sembelit atau masalah cerit-berit. Sememangnya, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi sehingga umur 2 tahun sebab itu adalah anugerah yang Allah berikan kepada ibu dan hak untuk anak mendapatkan susu ibu ini seperti yang terkandung di dalam ayat Al-Quran, Allah memerintahkan agar ibu menyusukan anak mereka sehingga umur 2 tahun. Sesungguhnya Allah maha penyayang dan lagi maha mengasihi  hambanya dan seluruh isi alam ini.


Terlalu bernilai susu ibu ini, lihat gambar di atas, senarai beberapa kelebihan susu ibu antaranya membantu proses penghadaman bayi berlaku dengan baik dan semestinya mengelakkan masalah sembelit. Malam semalam, saya google tips untuk atasi sembelit baby dan kebetulan dalam peti ais ada anggur, boleh bagi 1 oz jus anggur kepada bayi setiap pagi untuk meningkatkan proses pelawasan. Tak payah tunggu pagi la, ambil anggur merah tu, lenyek-lenyekkan dengan sudu, ambil air jus tu dan suapkan kat adik.


Tips 1 : Berikan sekurang-kurangnya 1 oz jus buahan seperti kiwi, betik, anggur, pisang yang tidak mempunyai bahan pengawet setiap pagi. Ini kerana jus-jus inibertindak sebagai bahan lawas


Alhamdulillah hari ini, dia berak berketul-ketul keras jugak tapi lebih banyak dari semalam dan tak menangis kesakitan meneran seperti hari semalam. Petang nanti ummi bagi lagi yer. Untuk makanan pejal adik semalam hanya puree labu dan hari ini labu dan sedikit bubur nasi. Lebih labu dari nasi. hehe

Untuk ibu-ibu yang berjuang untuk melengkapkan proses penyusuan bayi anda dengan susu ibu, jangan ketinggalan dapatkan bulan ini promo susu Energyzing Soya Protein. Sudah tentu harga lebih rendah daripada bulan-bulan biasa. Susu ini adalah antara main hot product shaklee. Ramai sudah mendapat kesan yang positif daripada pengambilan ESP terutama ibu yang menyusu.

Saya tekan kan di sini..susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi yang berumur 2 tahun ke bawah. Berjuanglah wahai-wahai ibu-ibu diluar sana termasuk lah diriku yang naif ini.


No comments:

Post a Comment

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...