Monday, 18 September 2017
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir.
Nak kembali semula berblog sebenarnya ni. Hehe. Uolls boleh panggil akak dengan panggilan Kak Yang. Akak pilih panggilan Kak Yang ni supaya uolss lebih mudah dan rasa mesra dengan akak ya..😊
Dalam blog kita lebih mudah menulis dan berkongsi banyak perkara. Yang penting pastikan segala sumber info yang diperolehi itu betul dan tepat.
Di sini kita boleh luahkan idea,ilmu dan pendapat. Yang baik-baik sahaja tau..
Indah hidup ini jika kita sentiasa amalkan hormat menghormati,berkasih sayang dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Untuk pagi yang indah ini. Kak Yang nak kongsikan dengan anda dengan lirik lagu bumiputera rockers.
Setiap orang ada impian. Jangan berputus asa. Lambat atau cepat kita perolehinya hanya Allah yang menentukan kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui hal yang terbaik buat hambanya
Lirik Dari Sinar Mata - Bumi Putra Rockers
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia
Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu
Kak Yang 🍑
Thursday, 8 June 2017
4 bahan utama Vivix yang memberi nilai 1001 khasiat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah dengar lagi.
Tapi dari hari ke hari semakin ramai mencari-cari vivix ini. Sebab apa vivix dah jadi pilihan orang untuk jadikan ia sebagai suplemen tambahan bagi tubuh badan kita agar lebih sihat dan awet muda. Segalanya disebabkan kandungan resveratrol Vivix ini.
Vivix ini hanya terdiri daripada 4 jenis bahan botani yang digabung dan disatukan untuk menghasilkan super pemium food dan suplemen dapat meningkatkan mutu kesihatan bagi kebanyakan pesakit stroke, diabetes dan kanser. Banyak lagi kes-kes masalah kesihatan dapat diatasi dengan mengamalkan Vivix sebagai minuman harian.
Kita ambik tahu dulu apa ada dalam Vivix?
1. Anggur Muscadine
Ia merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai lebih dari satu kromosom ( anggur liar yang mempunyai 20 kromosom ), ahli sains percaya ini mengukuhkan lagi polyphenolnya yang berkualiti untuk awet muda. Ia juga mengandungi asid ellargik sejenis fitonutrien yang tidak ditemui di dalam anggur jenis lain, dalam kepekatan tinggi yang mempunyai ciri-ciri anti-kanser, anti-virus dan anti bakteria.
Seterusnya bersama ahli sains dari Universiti Georgia, membangunkan satu proses ektraksi sejuk dan lembut, untuk menjamin satu ekstrak bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi bagi menghasilkan profil polyphenol yang kuat di dalam vivix bagi proses anti penuaan cellular vivix.
2. Purple Carrot
Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetalenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins. Anthocyanins sejenis antioksida yang berkualiti tinggi merupakan anti-kanser, anti-radang, anti-mikrobial dan baik untuk saluran darah, lipoprotin dan platelet, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Purple Carrot juga mengandungi asid klorogenik dipercayai sangat baik untuk masalah diabetik.
3. Elderberry
Elderberry mengandungi flavonoids, ciri antioksida yang kuat, mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Ia juga kaya dengan anthocyanin, ie anti-radang, juga baik untuk sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan selsema atau influenza. Elderberry juga mengandungi vitamin A,B dan C dan nutrien seperti asid amino, caretonoid, tannin dan rutin.
Lain-lain manfaat elderberry ialah mampu mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung, pengurangan stress, penglihatan, penghadaman, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
4) Polygonum Cupidatum
Tumbuhan Polygonum Cupidatum berasal dari asia, juga terdapat di Amerika Utara dan Eropah. Polygonum Cupidatum merupakan sumber komersial ravestrol yang penting melawan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan dan juga memanjangkan usia. Dari segi kajian purata jangkahayat akan datang ialah 120 tahun.
Kesimpulan
Dari kemampuan Vivix Shaklee memberi begitu banyak manfaat melalui formulasi 4 berries terbilang digabungkan dengan teknologi The Shaklee Different dengan ia mampu memberi 1001 macam manfaat kepada orang ramai.
Vivix telah menjalani pelbagai peringkat uji kaji secara klinikal dari pihak saintis shaklee. Begitu juga telah banyak jurnal dikeluarkan berkaitan tentang resveretrol dalam vivix.
Nak Cuba VIVIX, boleh hubungi kami
Whatsapp 01132262280 ( Shahida)

Awas: Anggur Muscadine boleh membesar sebesar saiz bola ping pong

Apa Kata Dr. Rajban dan Pengalaman Beliau Untuk Jaga Kesihatan Dengan Lebih Baik
Kak Syeeda kongsikan sedikit hari ini tentang perkongsian ilmu serta pengalaman SID mek Ila semasa di Shaklee Business Leaders National conference shaklee 2 bulan lepas.
Doktor Rajban Singh ini ialah Celebrity Dr yang selalu on air di Fly FM untuk menjawab pertanyaan pendengar tentang kesihatan. Doktor Rajban ni memang dah glamour la sebab dia juga ni jadi President untuk Malaysian Welness Society.
Seronok dengar perkongsiannya tentang pelbagai aspek kesihatan. All about is ATTITUDE katanya.
Dengan disiplin kita mampu mengubah kebiasaan yang kurang sihat kepada lebih sihat. Bila dah biasa, semuanya akan jadi normal balik macam biasa.
Memang betul apa yang doktor Rajban katakan ni, tindak tanduk kita yang akan menentukan samaada kita berjaya mengubah sesuatu kearah yang lebih baik.
Ini antara pengalaman beliau sendiri...
Dia dah 20 tahun berhenti ambil gula. Asalnya sebab berat badannya yang naik mendadak dan dia rasa tak fit ( tak cergas). Walaupun masih muda badan dah macam orang tua. Akhirnya dia susut 20 kilo dalam masa 6 bulan walaupun pada mula-mula nak stop gula tu dia sampai menggigil-gigil macam orang ketagih. Beliau stop gula dan rajin buat aktiviti riadhah seperti naik turun tangga tu.
Kini sebaliknya pula, dia tak boleh langsung dengan gula dah, terus macam kena kejutan elektrik kalau termakan gula.
Katanya kalau dulu umur 30 rasa macam 50. Kini terbalik pula, umur 50 macam usia 30.
Jadi katanya memang kena ubah attitude sebab semua orang akan biasa dengan perkara yang baik bila ia dijadikan kebiasaan.
Doktor ni salah seorang panel jemputan untuk Forum "Do supplement Works" di Shaklee Business Leader Conference 2017 yang lalu.
Antara kata-kata beliau yang paling diingati ialah ...
"Doctor is not the right person to be asked about nutritions. We spent 6 hours time per day only to learn about drugs and how to cure disease (not focusing on prevention). All of you here are much better than me to talk about suplements."
Wah, bagusnya Doktor ni. Tapi apa yang dia katakan itu ada benarnya. Doktor adalah mereka yang arif di dalam bidang perubatan modern dan specialist dalam sub sub bidang mereka. Bukan supplemen, bukan lactation ( penyusuan)
Sebab tu kalau tanya pasal vitamin or supplemen, doktor biasanya ( kecuali mereka yang belajar tentangnya) tak dapat beri jawapan yang tepat.
Sebagai contoh mereka yang belajar tentang supplemen akan tahu Resveratrol atau Omega 3 juga mempunyai kesan pada kecairan darah. Tapi doktor akan jawab ' setakat ini hanya warfarin dan 1-2 ubat dlm group yang sama ' yang ada bukti dalam anti coagulant.
Tapi kena ingat bahawa supplemen tak boleh menggantikan ubat tau. Sebab itu sebagai Sid yang professional kita tetap akan suruh pesakit teruskan pengambilan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Sangat merbahaya kalau kita pandai-pandai nasihatkan pesakit yang perlu jalani rawatan ini tidak perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor. Tidak boleh sama sekali. Rawatan dengan doktor tetap perlu diutamakan. Suplemen adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan badan kita. InsyaAllah bila sel-sel badan dapat recover semula hasil daripada pengambilan makanan yang sihat dan suplemen tambahan yang betul, badan kita akan rasa lebih sihat.
Sama juga dalam bidang penyusuan. Bukan semua doktor ada ilmu tentangnya. Itu sebab ada yang cadangkan untuk berhenti menyusukan anak apabila ada masalah tertentu. Malah doktor juga tak tahu supplemen apa nak diberikan kepada ibu-ibu yang perlu menghentikan penyusuan atas sebab tertentu seperti kematian baby. Biasa kalau dulu dulu doktor cuma akan suggest bromocryptine yang sebenarnya ada 'efek' juga kepada kesihatan. Tapi kalau kita jumpa Pakar Laktasi mereka akan cadangkan beberapa supplemen yang lebih selamat seperti pyridoxine dan sebagainya.
Do Supplemen Work?
Yes
And its proven by Landmark Study

Saturday, 20 May 2017
Sesudah Kesulitan itu ada kemudahan, Jangan bersedih..
Assalamualaikum wrt.
Dalam hidup di dunia ini, kia tidak akan terlepas daripada ujian. Jika kita lihat ujian ini dari pandangan yang positif, InsyaAllah ia akan jadi ke arah yang lebih baik. Allah mengasihi dan menyayangi setiap hambanya. Bersangka baik dengan Allah. Allah mengikut sangkaan hambanya.
Al-Insyirah ayat 5-8
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
Salam Sayang

Thursday, 18 May 2017
Mudahnya Menjemput Rezeki - Ustaz Fathuri Sallehudin.
Mudahnya Menjemput Rezeki.
Draf 80: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )
*****************
Doa solat hajat yang mustajab
*****************
Bila saudara mempunyai apa-apa hajat, hendaklah mengambil wuduk yang sempurna kemudian dirikanlah solat dua rakaat (solat hajat).
Setelah selesai solat pujilah Allah dan berselawatlah ke atas Rasulullah SAW,kemudian bacalah doa di bawah ini.
1) Tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT. Yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah.
2) Maha suci Allah SWT Tuhan pemilik 'Arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
3) Aku meminta daripada-Mu perkara -perkara yang menyebabkan aku pasti mendapat keampunan-Mu.
4) )(Aku minta juga) bahagian yang banyak dari daripada segala kebaikan dan keselamatan dan daripada segala dosa.
5) ( Wahai Allah ) janganlah tinggalkan padaku satu dosa pun kecuali Engkau ampunkannya dan sebarang kesusahan pun kecuali engkau lepaskannya , dan sebarang hajat pun yang Engkau redhai kecuali Engkau tunaikan,
6) Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang dari sekalian daripda sekalian penyayang.
*******************
Draf 79: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )
*****************
Doa Abu Darda
*****************
Alhamdulillah, empat orang tamu baru sahaja pulang sebentar tadi. Salah seorang daripadanya adalah , pengamal tegar doa di atas.
Katanya sudah tiga kali, beliau diselamatkan Allah dari melecur dan terbakar asbab dari mengamalkan doa itu.
Pernah satu ketika periuk 'high pressure cooker' di dapur beliau meletup, dan sup tulang di dalamnya menyimbah ke muka dan seluruh badannya. Bunyi letupan yang begitu kuat menyebabkan jiran-jiran meluru ke rumah beliau.
Ajaibnya, sup panas itu sekadar menjadi air sejuk bila saja singgah di kulit beliau. Tiada kesan melecur walau sedikit pun. Alhamdulillah.
*****************
Doa ini merupakan doa kegemaran saya juga. Saya teruja dengan keyakinan kisah Abu Darda yang begitu kuat yakinnya bahawa rumahnya tidak terbakar, walhal empat orang datang memberitahu hal yang sama. Namun beliau tetap yakin rumahnya tidak terbakar kerana pada pagi itu beliau sudah membaca doa tersebut.
Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka.
Kita boleh amalkan membaca doa ini setiap pagi dan petang. Juga setiap kali keluar dari rumah.
*********************
" Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkau adalah Penguasa dari 'arasy Yang Maha Agung. Apa-apa yang dikehendaki Allah, pastilah terjadi, sebaliknya apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidaklah akan terjadi. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus."
Cerita pendek yang boleh membuat kita berfikir panjang.
*****************
Assalamua'laikum
Di sini ingin saya kongsikan satu cerita, saya berkerja kilang, sambil cari pendapatan lebih saya ambik upah menjahit jubah,
Pada suatu hari pagi saya telah menghantar tempahan jubah kepada seorang rakan, saya mendapat panggilan mengatakan jubah yang saya buat tak elok,saya berkata petang nanti saya akan ambik balik jubah tu.
Sepanjang hari sampai ke petang saya membaca doa nabi Yunus lailla antasubha nakain kuntum minalzalimi dari pagi sampai petang, apa bila petang saya mendapat call, jubah tu ok, cam fesyen baru pula katanya.
Dalam hati berkata Alhamdulillah Allah telah memberi pertolongan kepadaku , bukan senang nak outer balik hampir sepuluh pasang.....
Renung- renungkanlah kekuasan Allah memudahkan urusan.
Sekian terima kasih.
************************
Terima kasih banyak-banyak ya puan ...
Sebuah cerita yang simple dan berkesan.
Kisah-kisah menarik untuk kita jadikan tauladan serta pengajaran ada di dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezdeki ' oleh Ustaz Fathuri Sallehudin
Saya ambil cerita ini sewaktu Ustaz Fathuri membuat turut di facebook beliau.

Tips ibu menyusu dalam bulan Ramadhan
Tinggal lebih kurang 9 hari untuk kita semua bertemu dengan Ramadhan. Rata-rata ibu yang menyusukan anak dah mula prepare macammana untuk maintain susu badan di bulan puasa ni nanti.
Majoriti semua ibu berhajat ingin lengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun. Keperluan susu ibu ini telah dinyatakan dalam al-quran.
Allah berfirman:
“Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu”
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Terlalu banyak kebaikan yang akan diterima oleh kedua-dua ibu dan anak sepanjang proses penyusuan. Bila Allah sendiri yang menyatakannya dan Allah juga yang mengurniakan seorang ibu dapat menyusukan anaknya. Anak manusia perlu minum susu manusia juga..Itulah yang terbaik bagi perkembangan bayi dari lahir hingga umur 2 tahun.
Proses penyusuan ibu ini bergantung kepada tahap kesihatan dan kekuatan semangat ibu. Biasanya kalau ibu kerap mengalami keletihan disebabkan bebanan kerja seharian, ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu juga akan terjejas.
Diet yang tidak seimbang juga akan menjejaskan penghasilan susu badan dan menyebabkan anda kehilangan tenaga dan menjadi lebih kerap letih.
Ibu yang menyusukan anak ini perlu jaga pemakanan yang sihat dan perlu makan makanan yang sering dapat memperbanyakkan susu ibu seperti kurma, madu, habatussauda dan susu.
Jadi ibu yang menyusukan anak dibulan Ramadhan ini masih boleh melaksanakan ibadah puasa dengan baik disamping melaksanakan kerja-kerja harian dengan sempurna.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri..Saya akan sediakan susu campur 7 biji kurma semasa sahur. Susu yang bagus adalah seperti susu ESP shaklee @ susu kambing. Susu ESP shaklee ni kalau kita minum akan lebih rasa bertenaga sepanjang hari.
Tak percaya??? Cuba minum dulu tau..
Selain itu, ibu juga boleh mengambil Vitalea dan Ostematrix. Vitalea ini adalah multivitamin yang diformulasikan berserta iron formula. Iron ini bagus untuk penghasilan haemoglobin. Ibu yang memiliki Hb yang baik akan lebih bertenaga kerana kandungan oksigen dalam darah adalah mencukupi.
Ostematrix pula untuk mengekalkan kekuatan tulang badan. Ramai ibu yang mengadu sakit pinggan sebab lama menyusukan anak. Ada juga yang sampai tak mampu nak dokong anak. Ini disebabkan kandungan kalsium dalam badan ibu semakin merosot. Jadi, ibu kena faham betul-betul untuk tambah kandungan kalsium yang semakin merosot ini.
Jangan lupa juga ibu perlu makan nasi, lauk dan sayur secukupnya semasa berbuka dan bersahur. Begitu juga dengan air, selepas berbuka puasa banyakkan minum air kosong sehingga sampai waktu sahur.
Saya sendiri rasa perbezaan antara makan suplemen shaklee dan tidak mengambilnya. Bila tak ambil suplemen, rasa melepek badan tak larat nak angkat bila dah nak masuk waktu berbuka puasa. Anak nak menyusu tetap juga kita kena susukan. Tapi anak-anak lain yang nak perhatian kita juga tu ..Macam mana pulak???
Ini bukan omong-omong kosong tau..
Sebaik-baiknya ibu cuba amalkan pemakanan yang sihat supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dengan baik dan juga ibadah dengan sempurna.
Semoga ramai ibu diluar sana dapat menyusukan anak selengkapnya sehingga umur anak 2 tahun dan juga dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik lagi pada tahun ini.
Salam Sayang
Kak Syeeda
*Berminat dengan produk shaklee, boleh hubungi kak Syeeda 011 32262280
COD di Bertam Perdana, Pulau Pinang.

Sunday, 14 May 2017
Hargai Selagi Ada
PENGORBANAN HIDUP MATI
Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..
Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.
Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.
Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.
Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.
‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’
Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’
Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.
1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.
‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.
Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..
‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’
‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’
Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.
‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’
Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.
Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan
‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.
P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya. 😊
#copypaste
#kasihsayang

Thursday, 9 March 2017
Usah Bandingkan Diri Kita Dengan Orang Lain
USAH MEMBANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN
Apa sahaja nikmat atau ujian yang Allah berikan kepada kita, jangan sesekali membandingkan dengan orang lain. Kerana kita tidak pernah akan tahu apa yang orang lain telah lalui dalam kehidupan mereka, begitu juga mereka tak pernah tahu apa yang kita telah lalui sepanjang dalam kehidupan ini.
Adakala kita merasa, beruntungnya menjadi dia yang seumpama memiliki segalanya dalam kehidupan ini. Walhal kita sendiri tidak tahu apa kesusahan, kepayahan, sebesar mana ujian yang telah berjaya dia lepasi sehingga melayakkan dia menikmati apa yang dia lalui sekarang.
SETIAP KITA BERBEZA
Ketahuilah, Allah sendiri berfirman dalam KitabNya yang mulia, “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan engan kadar kesanggupannya.”
Allah yang mencipta kita, memiliki kita, dan Dia juga yang lebih mengetahui kadar kemampuan kita berbanding diri kita sendiri. Mungkin pada kita, ujian yang Allah letakkan pada seseorang itu sangatlah kecil, namun mungkin ia kelihatan dan terasa berat untuk dihadapi oleh orang lain.
Dan mungkin juga orang melihat ujian yang kita lalui teramat berat, akan tetapi dengan bantuan kekuatan daripada Allah kita mampu menjadi setenang dan setabah manusia untuk melaluinya.. Sangat berbeza,bukan?
CARI TITIK POSITIF
Apa sahaja ujian, nikmat, pemberian dan teguran yang Allah datangkan kepada kita.. Carilah titik positif disebaliknya. Itu yang akan membuatkan kita redha dengan apa yang kita lalui dan miliki sekarang.
SETIAP UJIAN ADA RAHMAT ALLAH
SETIAP UJIAN ADA HIKMAHNYA

Tuesday, 7 March 2017
Set Kurus Terlajak Laris Bulan Mac
Assalamualaikum
Selamat petang buat semua pembaca.
Kak Shaeda menaip ni pon sambil masak-masak di dapur. Sat lagi siap la tu.. masak campak - campak jer menu asam rebus.
Menu sihat ni.. ate tak nak perutku boroi.. Hehe..
Ok, nak habaq pasai promo bulan 3 ni, Apa yang promo best bulan ni ya...
Promosi shaklee bulan 3 ni nak peghabih stok lecithin ( beli 1 percuma 1). Yang lecithin ni expired tahun ni. Untuk alfalfa saiz botol kecil dan botol besaq habis semua depa sapu bulan lepas. Jadi yang bulan ni alfalfa yang bukan promo ja ada. Alfalfa bukan promo ni expired tahun depan 2018.
Biasalah kan..barang dapat percuma selalunya orang akan berebut-rebut untuk dapatkan. Inilah namanya rezeki. Sempena promo bulan ini anda boleh dapatkan set kurus shaklee dengan harga kurang dari rm110 untuk nilai 3botol (1 alfalfa (s)+2 lecithin)
Dengan adanya promo murah seperti ni dapatlah sesiapa yang nak turunkan berat badan tu buat dengan lebih cepat.
Nak cepat turun berat memang nak kena makan lecithin tu ikut yang dicadangkan Dan konsisten setiap hari. Jadi kalau hangpa beli lecithin ni memang akan cepat habis tak sempat tarikh expired tu.
Tentang produk expired shaklee ni, sebenaqnya untuk natural produk tempoh masa tak lama seperti vitamin sintetik yang lain. Tarikh expired tu maksudnya produk tu dah tak leh jual pada pelanggan. Vitamin yang dijaga elok penyimpanannya boleh diambil sehingga 6 bulan dari tarikh expired. Sebaiknya simpan dalam peti ais dan di tempat yang kering.
Berkenaan dengan berat badan tadi, korang buat secara konsisten, InsyaAllah masa hari raya nanti dapatlah bergaya dengan segaknya.
Jangan biarkan berat badan semakin bertambah-tambah. Perut pulak makin ke depan depan.. Confirm lagi susah nanti nak cairkan lemak yang semakin banyak dan tepu.
Ini pengalaman hasben Kak Shaeda sendiri, apabila berat badan kita semakin bertambah jadi lagi lama la kita nak dapat berat badan yang ideal.
Kegunaan ALFALFA dan LECITHIN bukan sekadar untuk penurunan berat badan tetapi ada khasiat-khasiat lain yang akan kita perolehi selain daripada penyingkiran toksin dan lemak dalam badan.
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.
Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.
UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.
Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
With Luv
Kak Shaeda
01132262280
Your Shaklee Friend

Asam Rebus fresh dari dalam periuk

Buat Vision Board, perlu kah????
Bila diimbas kembali tahun 2016. Adakah kita dah berjaya capai semua impian kita?
kalau belum ada yang tertunai atau tercapai lagi kenalah berusaha berhempas pulas untuk tahun 2017 ini. Usaha perlu ada beserta doa dan kemudiannya tawakal. Tak boleh lah tawakal jer tunggu rezeki jatuh dari langit.
tiada kejayaan yang datang bagi orang yang malas berusaha.
Sekarang dah bulan Mac 2017, mungkin waktu awal bulan January tempoh lalu kita dah buat list segala target dan.impian dalam kepala nak capai untuk tahun 2017. Dr.Azizan kata tulis apa yang kita nak sebanyak 100 impian. Ada satu lagi apa kata kita perlu buat ialah buat Vision Board.
Vision board ni yang betul-betul kita nak capai dalam tahun ini.
Apa itu Vision Board??
Vision Board digunakan untuk membantu menjelaskan dan mengekalkan tumpuan kepada matlamat hidup yang tertentu.
Anda boleh gunakan apa sahaja jenis board untuk dijadikan vision board. Letakkan imej yang mewakili apa- apa sahaja yang anda mahu, atau anda mahu lakukan dalam hidup anda!
Kena tulis apa yang kita mahu dapatkan barulah jelas dan terang. Kita pon akan sentiasa ingat, bila hari- hari dok pandang board tu kan.. InsyaAllah ada aura semangat akan datang untuk kita fokus dengan matlamat tersebut
Bila dah hari - hari dok tengok vision board tu, secara tak lansung juga, bolehlah mengorak langkah dan menyusun strategi untuk capai apa yang kita mahukan!. Minda pon akan terarah kepada semangat positif. ;-)
Sebagai seorang islam, tak bolehlah tulis segalanya vision dan target tanpa beserta doa.. Kenalah berdoa dengan sepenuh hati sanubari. Amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH dan RasulNYA sudah semestinya kena buat.
Doa adalah kunci umat Islam. Mintalah apa sahaja yang baik-baik dari Tuhan. Allah akan beri, cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadi, kita jangan berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah.
Jaga hubungan kita dengan Allah.
Mari kita amalkan:
Solat Dhuha.Solat Tahajjud.Istighfar 200 kali sehari.Selawat 200 kali sehari.
Kita konsistenkan dulu amalan-amalan ini serial hari.
Ok? Jom sama-sama kita berusaha untuk mencabar redha Allah.

Sunday, 12 February 2017
Harraz Mula Berjalan
Lagi 3 hari Harraz masuk umur 10 bulan.
Perkembangan Harraz sekarang ni dah boleh jalan laju dan ligat ke sana sini.
Bila Harraz mula pandai berjalan?
Alhamdulillah, masa umur dia genap masuk 9 bulan. Sama seperti Abang Isyhadi. Hari pertama Harraz cuma angkat satu tapak kaki kanan dan satu tapak kaki kiri. Jalan macam orang pompuan Jopun pakai kasut terompah.
Harraz belajar sendiri berjalan. Bila dia mula nak mulakan langkah aku cuma senyum dan puji tepuk tangan.. Pandai adik.. 👏👏👏👏
Lepas tu dia buat muka senyum sengih..
Hari ke 5 kut.. ummi pon lupa sebab asyik jadi mata-mata Abang-abang kamu tu.. Hehe.. Harraz berjaya jalan 5 langkah.
Video ni masa hari ke 7..ni sebab check kat tarikh handphone.. boleh la nanti buat kenang-kenangan.. Kan Harraz yang ummi sayang.
"Setiap langkah yang besar dimulai dahulu dengan langkah pertama"
#ummijalanterus
Saturday, 4 February 2017
Pindah rumah ke Bertam Perdana
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sudah 4 hari kami sekeluarga pindah ke tempat baru iaitu di Bertam Perdana 3.
Hari Ahad malam lepas hari pertama kami tidur di sini. Siangnya tu bersusah payah membersihkan rumah sewa di Bedong. Hari terakhir di Bedong.
Perasaan?
Aku dan hasben rasa agak sedih nak tinggalkan rumah di Bedong tu sebab persekitaran jiran baik. Walaupon kat sana bukan majoriti orang melayu, ada Cina dan India tapi semua sama-sama jaga hubungan baik.
Auntie-auntie India kat belakang rumah aku sangat pembersih. Aku suka duk kat belakang sliding dapur tu tengok pemandangan luar.
Almaklum jadi suri rumah terhormat sepanjang masa. Kat belakang tu lah juga aku menyorok dari anak-anak kalau aku nak tengok handset layan pm customer..
Aku pulak dah kenal dan rapat beberapa jiran satu lorong aku tu. Rasa sedih tinggalkan depa. Acik dan kak Liza mai tolong aku masa Athieef sakit tempoh hari. Buatkan air penawar tanpa amik sebarang charge. Datang pi tengok Athieef kat wad hospital.
Tuan rumah kami pon baik orangnya. Seorang askar bertugas di kem Kota Kinabalu. Dah 5 tahun duk kat sabah. Abang Lan siap offer turunkan kadar sewa rumah. Harga yang dia bagi tu mana nak dapat sekarang ni dengan rumah fully furnish. Sebab Abang Lan percaya kut kat kami jaga rumah dia dengan baik.
Satu lagi 3 bulan lepas sampai sekarang rumah kami kena serangan tikus. Semua jenis perangkap guna kecuali yang gam tak sempat nak letak tak jalan. cikti ni dia pandai makan umpan kat perangkap tapi tak kena dapat tangkap. Tak takut orang pulak tu. Dah la besar, ekor panjang dan mata merah.
Tupperware aku banyak rosak yang kena gigit. Makanan habis dia selongkar.
Pakcik Sahak jiran sebelah kami pon kata satu lereng rumah kami ni semua mengadu tentang masalah tikus.
Aku paling risau kalau jangkitan kencing tikus nanti. Aku harap cepatlah masalah tikus ni dapat depa selesaikan.
Begitu juga disebabkan keadaan Athieef yang baru kena serangan sawan tarik disebabkan kesan dari virus rotavirus, maka kami perlu lakukan pemantauan lebih pada dia.
Disebabkan keadaan tersebut dan keperluan anak-anak buat kami rasa perlu pindah yang dekat dengan tempat kerja abah depa. Kalau ada apa-apa perkara terjadi mudah abah depa balik tengok. Kadang - kadang depa tunggu abah depa balik sampai lewat malam.
Dengan aku sekali pon tunggu bila lah hasben nak balik ni. Letih sangat dah melayan hero-hero yang bermain macam lipas berterbangan.
Abang Isyhadi tu kena pulak tidur awal sebab pi sekolah. Lambat tidur liat lah bangun pagi. Tidur bawah ketiak abah dia lagi pulak tu.
Athieef pula lepas keluar Hospital ni nak tidur mesti cari ummi. Ummi tidur sebelah dia. Abah dia kata macam dia waktu sebelum dapat adik. Bila keadaan jadi macam tu macam tangan sotong ummi ni dah, kena layan Harraz dan Athieef dalam masa yang sama sorang-sorang.
Siapa kata boleh relax lagi dengan situasi macam tu tandanya dia belum ada anak kecik.. Hehe.
Kalau ada yang tak stress share la ilmu apa yang korang guna untuk control anak-anak.
Bila depa dah mengantuk nak tidur dan tak dapat keadaan yang selesa mula lah buat perangai.
Mendidik anak perlu kesabaran dan bijak kawal emosi. Aku pon kadang tewas bab kawal emosi ni. Itu sebab aku perlu bantuan sama-sama dari hasben untuk tengok anak-anak ini.
Aku faham la perasaan ibu tunggal yang perlu uruskan anak seorang diri. Sewaktu aku masih bekerja dulu pon bila hasben outstation dan aku perlu uruskan anak, rumah, kerja seorang diri dah rasa sangat capek dong.. Penat..
Penat ni bersifat sementara, rehatlah sekejap cari ruang tenangkan diri. Takda kerja yang tak penat. Redha dan syukur apa yang kita ada dan perolehi. Dalam masa yang sama perbaiki diri dan majukan diri untuk lebih berjaya.
Aku harap tahun ini lebih berjaya capai target.
Aku doakan sahabat-sahabat pembaca juga dapat capai apa yang diimpikan pada tahun ni dan kehidupan lebih bahagia hingga akhirnya.
Bukan permulaan yang kita lihat tapi lihatlah bagaimana pengakhiran kehidupan kita nanti. Hati-hati dalam memilih dan menentukan sesuatu perkara. Pilih Allah yang pertama.
8.18 pagi
Bertam Perdana/Lorong Syah bandar

Wednesday, 1 February 2017
Rahsia Khasiat Lobak Ungu
Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat-sahabat pembaca.
Hari ini saya kongsikan tentang khasiat pengambilan lobak ungu.
Di negara kita, tiada penanaman lobak ungu ini. Yang biasa kita lihat lobak oren tu jer kan. Lobak ni memang tinggi khasiat Vitamin A untuk mata. Tak kiralah oren atau ungu. Vitamin A penting untuk kesihatan mata bagi mengelakkan masalah rabun mata yang kerap dialami kini terutamanya dikalangan kanak-kanak. Kesian tengok yang baru darjah 1 dah kena pakai cermin mata.
Bagi lobak ungu,ia juga bagus untuk kesihatan mata. Namun ia juga mengandung khasiat-khasiat lain yang bagus sebagai salah satu daripada bahan untama Vivix.
#1 sebagai Antioksida
Antioksida yang terdapat dalam purple carrot penting untuk melindungi sel badan kita daripada "berkarat" yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang. Ia juga penting untuk menghalang radikal bebas yang berbahaya hadir Ke tubuh Kita.
#2 Anti Radang
Mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Disebabkan itu ia bagus untuk melegakan arthritis @ sakit sendi
#3 Anti Carcinogen
Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi penyakit kanser, ia boleh membantu tubuh untuk melawan kanser.
Kajian yang dijalankan Oleh Jabatan Pemakanan & Sains Makanan Universiti Maryland telah menguji kesan Anthocyanin Daripada pelbagai sumber didapati bahawa anthocyanin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolon. Kajian juga mendapati purple carrot mengandungi lutein, karotenoid melindungi tubuh dari kanser kolon.
#4 Melindungi kualiti kesihatan mata
Makanan yang kaya dengan anthocyanin seperti lobak Unggu Boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina.
Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata & ia digelar "vitamin mata". Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah @ kemerosotan mata seperti katarak & retinitis pigmentosa.
5. Antiviral, antiseptic & anti microbial
Ia sangat bagus untuk Melawan virus & bakteria yang Mudah berjangkit dan mudah merebak seperti flu, campak & jangkitan dalaman seperti jangkitan pada salur kencing, mulut & perut.
6. Memperbaiki kesihatan vascular
Kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak unggu membantu untuk meningkatkan sistem imun & menghalang lemak ke arteri kita.
Semua tahu kan? Kalau lemak sampai ke arteri , arteri kita akan tersumbat maka jadilah sakit jantung, jantung tersumbat dan pelbagai penyakit lain.
Jadi bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung sangat disarankan untuk mengambil Vivix.
Thursday, 19 January 2017
Kolesterol Tinggi Penyebab Serangan Stroke
Strok ini adalah serangan pada otak yang berlaku secara tiba-tiba.Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan tidak mengira waktu.
Apabila ia berlaku, otak akan mengalami kekurangan oksigen dan sel otak boleh mati.
Jenis-Jenis Strok
Terdapat 2 jenis strok iaitu Hemorrhagic dan Ischemic.
Hemorrhagic:
Ianya jarang berlaku, hanya 15% sahaja kes strok adalah jenis ini tetapi ia adalah penyumbang kematian yang agak besar juga iaitu sekitar 40%.
Jarang berlaku tapi bahaya.
Ia boleh berlaku disebabkan Brain aneurysm (masalah pada salur darah pecah) atau pun salur darah lemah dan bocor. Darah yang bocor tadi akan memenuhi otak dan menyebabkan keradangan dan tekanan pada otak.
yg hemo ni maksudnya salur darah pecah kat otak, memenuhi sini dan menyebabkan strok.
Ischemic:
Ini jenis strok yang biasa berlaku. Ia berlaku apabila salur darah yang nak ke otak dihalang oleh blood clot (ada pembekuan pada saluran tersebut.
Biasanya ia berlaku pada orang yang ada darah tinggi atau mereka yang ada kolesterol tinggi juga tak terlepas.
Kerana kolesterol ini boleh menyumbat salur darah dan membentuk clot tadi.
Apabila darah tak dapat sampai ke otak, maka berlakulah strok.
Yang jenis ischemic ini biasanya dikaitkan dengan kolesterol tinggi.
Jadi, siapakah orang tersayang yang kita nak bagi vivix hari ini?
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Kadang-kala kita sendiri pun taktau kita ada masalah kolesterol tinggi terutama bila kita bertubuh kurus dan rasa seperti tiada penyakit.
Ini Kak Shaeda pernah alami semasa 7 tahun lepas. Kandungan kolesterol agak tinggi menghampiri border line walaupon berat Kak Shaeda masa tu hanya 48kg dengan ketinggian 151cm.
Lepas dah buat medical check up tu Kak Shaeda kurangkan makan telur goreng dan banyakkan makan fiber dan sayur.
Bagi mereka yang sangat berisiko tinggi dan didapati memang mengalami kolesterol tinggi, lebih baiklah mencegah sebelum terlambat terjadi penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti stroke dan serangan jantung. Amalkan VIVIX. Hanya satu sudu kecil sehari pagi atau malam.
Testimoni VIVIX bagi pesakit Stroke

Promo Januari 2017
Dapatkan rawatan promo bulan ini dengan penjimatan hampir rm200+++
Sangat jimat bukan!!!
Hubungi:
Shahida/ Amirulsyaidi : 011 32262280
Fb: Shahida Syaidi
#pengedarshakleesungaipetani
#superummistory
Wednesday, 18 January 2017
Hubby Ketagih Makan Nasi Ayam
Assalamualaikum
Saya doakan anda semua sihat dan ceria sepanjang hari ini. Hari-hari kita kena cari perkara yang boleh menceriakan hidup kita seharian.
Antara tempat makanan yang baru kami cuba makan sekeluarga ialah Nasi Ayam Ketagih di Sungai Layar. Sebelum ni hasben pernah makan kat sini tapi dia kata tak sedap mana pon tapi bila kami makan kali ni puas hati dengan nasi dan ayam pon banyak. Sup pon rasa sup ayam. Nasinya lembut. Anak-anak pon suka.
Hasben Kak Shaeda ni kalau dia suka, hari ni makan, esok boleh makan lagi..tulat pon dia boleh telan lagi..dia kata makan sampai jemu..haha
Kak Shaeda ni kalau bab nasi ayam agak cerewet sikit sebab Kak Shaeda masak nasi ayam pon sedap..ceewah..haha
Kalau kita sendiri masak biasanya kita tak kedekut bahan. Masak ikut resepi yang ada. Hasben Kak Shaeda pernah minta 2 hari berturut-turut masak nasi ayam. Hambik ko..
Oklah, sesiapa yang malas masak kat rumah tu dan bagi orang jalan-jalan singgah ke sungai petani,uolss boleh pi kedai nasi ayam ni naa..memang ramai orang di kedai ni.
Bye..see you next entry :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kak Yang Kembali Menulis
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...
-
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua.. Lama jugak tak bercerita tentang si abang Isyhadi yang dah ada adik namanya Isyraqi. Dia te...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Vivix..oh vivix..ramai orang dah dengar tentang vivix ni tak??? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada...
-
Bau badan merupakan salah satu simtom semasa mengamalkan pemakanan diet atkin. 2 tahun lepas semasa abah isyhad sedang buat diet ini u...