Sunday, 20 December 2015

Kenangan Aidilfitri 1436H/2015

Assalamualaikum

Entry ni di tulis masa bulan  syawal.. Berangan nak post masa bulan syawal tempoh hari.. Tapi tak jadi apa.. Hehe.. Sebab Allah perancang terbaik dalam hidup kita.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kami sekeluarga dapat menyambut hari raya aidilfitri dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami yg si kecil ni dah berusia 11 bulan. Bulan depan sambut birthday pertama adik InsyaAllah.

Syukur juga dikurniakan kesihatan yang baik. Tiada perkara serius yang berlaku, minta dijauhkan daripada semua itu.

Kali ni kami hanya berada di rumah mertua. Ziarah keluarga terdekat sahaja memandangkan en.hubby bekerja. Ini adalah kali pertama sepanjang kami berkahwin en.hubby bekerja semasa hari raya. Aku rasa biasa jer sebab hari2 jumpa kut. Pagi2 raya bangun macam waktu sahur tu hidangkan rendang dan ketupat palas sebelum dia pergi kerja. Anak-anak pulak bangun awal juga. Terutama si abang yang memang jarang sangat bangun awal. Kiranya kami anak beranak dapat sambut hari raya pertama bersama-sama di subuh pagi syawal.

Lepas sejam kemudian adik merengek semula minta ditidurkan. nak nenen la tuu..Dah tidurkan sikecil giliran memujuk si abang untuk mandi sunat hari raya. Yang ni sorang lagi sebab jarang bangun awal memang jarang jugakla mandi pagi. Bila kena air menjerit la..Isyhad sejuk...tak kira aku mandi kan juga sebab nanti kalau orang dah datang rumah tgk anak bujang aku ni selekeh lagi dengan baju tidur..malulah mak nak oiii

Selesai pakaikan dia baju melayu raya warna kelabu,,seronok tgk air wajahnya pakai baju baru..faham kut hari tu hari raya.

Si kecil pula bangun semula dlm pukul 10 pagi. Umminya takkan tukar baju raya lagi selagi tak selesai urusan anak-anak. Dah siapkan mandi dan pakai baju warna sedondon dengan abang barulah umminya dapat tukar baju raya.

1 syawal ambil gambar dengan anak2 dan keluarga mertua jer. Semua adik beradik  suami ada sebab semua belum kahwin lagi. Cepat la hangpa kawin. Mudah-mudahan tahun depan kita buat kenduri kawin yer..

Menu 1 syawal ada rendang, ketupat palas dan lemang. Sedap pulak dapat lemang kali ni lembut dan just nice rasa lemak. banyak aku makan wei..kira banyak lah sebab aku biasa makan sikit2 jer bab pulut ni..Sebenarnya dari buka puasa hari terakhir tu aku dah bedal ketuppat palas. hari raya aku bedal pulut lagi..korang nak tau apa jadi kat aku..




Kami beraya berempat.. Alhamdulillah
Tahun depan berlima.. InsyaAllah.. Doakan semua selamat ya.. 

Nah..petang tu aku rasa badan rasa lain macam..berangin dan mcm nak demam..amik ko..jenis orang yang jarang makan pulut banyak pastu anak dah dua..yang kecil baru 11 bulan..malam tu aku betul2 rasa letih sangat. Mujur malam tu aku telan alfalfa utk buang angin dan vitamin C. memang lepas tu sendawa angin dan kentut2..kentut dalam bilik jer tau..haha..

Pagi keesokannya  tu pon aku bangun rasa mcm sakit urat..lepas mandi badan rasa seram sejuk. memang rasa badan masa berpantang. kalau tak ada suplemen lagi teruk kut. entah2 malam tu dah rasa badan seram sejuk.

lepas sarapan apa yg ada, makan lagi alfalfa, vitamin c dan ostematrix. Alhamdulillah menjelang tengah hari badan aku dah rasa segar bolehlah beraya ke rumah kak cik yang buat menu lontong. Lontong ni ada ketupat nasi so bolehlah makan. Aku memang dah tak sentuh pulut buat masa mungkin dlm seminggu dua ni.

Pesanan penaja dari aku..mana yang tengah berpantang jangan sentuh2 makanan yang berangin-angin ni.Tahan betul2 nafsu tu.  Yang baru jer pon habis pantang nak makan seketul ketupat palas tu pon cukuplah yer..pastu makan nasi lagi bagus..

Hari Raya ke dua baru dapat ambil gambar keluarga kecil kami yang berempat ni. Abah depa masih bekerja tapi buat mantainance bolehlah lari ke rumah jap. Dan mujurla juga ummi hang cepat sihat. Alhamdulillah.

Meh tengok sikit gambar kenangan Aidilfitri 1436 H kami. Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin



Dengan Keluarga Mertua.. 

Pengalaman pregnant kali ke 3 part 1

Assalamualaikum..

ALLAHUAKBAR..

Lama tak menjegah blog ini.. Tak perlu belum ada banyak Follower pon lagi..
Kenapa blog tak update???

Bulan 8 saya disahkan hamil anak ke tiga.. Macam biasa masuk 8 minggu hingga 15 minggu mabuk. Walaupon kali ini boleh gagah lagi layan si adik dgn dia menyusu lagi tapi muntah saja hari2..

Sudahnya balik kampung jugak minta mak tolong tengokkan layan budak-budak ni.. Sakit kepala jer aku hari-hari..

Dah nak masuk 16 minggu baru mabuk tu hilang dan baru nak buat buku merah. Haha
Pok pek pok pek nurse dn doktor tanya kenapa buat buku lambat sangat. Waktu 9  minggu aku dah scan Baby kat klinik swasta untuk tengok kedudukan  bayi elok tak dalam rahim. Alhamdulillah semuanya baik. Biasa la anak nak masuk ke tiga dah ada pengalaman. Vitamin ibu mengandung memang ambil setiap hari. Kali ni just ambil vitamin semulajadi dr shaklee.

Antara kesan yg aku rasa bila ambil ostematrix (kalsium) ialah badan tak rasa seperti patah seribu seperti 2 anak sebelum ni. Memandangkan si adik masih menyusu jadi memang kena jaga kandungan kalsium dalam badan. Si adik nak menyusu dan si adik Baby pon perlukan  kalsium untuk pembesaran nya dalam kandungan ummi ni. Memang berganda-ganda kalsium diperlukan.

Korang yang sedang pregnant sekarang ni atau akan datang ambillah pengambilan ostematrix shaklee. Memang terbaik tau..

Okeh.. Nanti I cerita lagi okeh..Antara pengalaman yang boleh di kongsi bersama agar kita sama-sama juga nanti dapat manfaatnya.

Wasalam
Kak Syaeda
@syaeda_vitaminstore

Monday, 13 July 2015

Adik Pandai Jalan

Assalamualaikum wrt.

Saya pernah cerita dalam entry adik umur 9 bulan setengah baru dia pandai merangkak. Masuk 10 bulan dia dah laju merangkak dan berjalan di tepi-tepi dinding, katil dan meja. Apa saja yang dia boleh paut. Ummi target adik akan pandai berjalan sendiri dalam tempoh 2.minggu lagi. Alhamdulillah betul jangkaan tu.. boleh jalan sendiri dengan jarak yang jauh. 2,3 hari tu belajar jalan jarak dekat.. pastu berani dah jalan jauh sikit.


Pengalaman yang ummi suka bila dia belajar sendiri berjalan pastu tiba2 dia nampak kita pandang dia.. Alahai senyum malu2 pulak si kecik ni..Tomeyyyy. bukan tomei barang kemas  tu.. Hehehe


ALHAMDULILLAH DAPAT LIHAT LANGKAH PERTAMA ANAK 😊😊😊


Dan syukur adik masih menyusu badan. Makan macam orang tua.. Nestum taknak dah. makan nasi yang ada rasa sedap jer. Cucuk udang tok mama dia paling suka. Buka puasa Tok mama buat cucuk udang.. makan 3, 4 ketul.. Malam takyah bagi nasi.. Makan cucuk atau kuih2 buka puasa.


Athieef Isyraqi semakin laju berjalan. Tok Wan kata jalan robot terkedek-kedek. Entry ni lama dah simpan dari awal ramadhan sampai ke penghujung ramadhan  dah.. Hik Hik..
Rasa sayu nak meninggalkan  Ramadhan. Semoga bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.


Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri
Ummi Isyhadi Isyraqi

Monday, 29 June 2015

Doa Untuk Menghilangkan Resah dan Dapat Melunaskan Hutang Yang Banyak



Assalamualaikum dan salam bahagia semua. 

Saya kongsikan hari ini untuk amalan kita semua. Boleh dikatakan setiap dari kita akan terbeban dengan hutang. Cuma banyak atau sedikit. Nak beli kereta pon kena hutang. Tak der kereta susah pula nak bergerak ke sana sini bagi sebarang urusan. 

Negara kita ni belum capai seperti negara Eropah dan Jepun yg sistem pengangkutan awam sangat Tip top.. Nak berjalan  kaki.. Belum sampai kat tempat kerja baju dah lencun dengan peluh ataupun basah kuyup kena hujan yang tiba2 ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. 

Banyak juga kes terbeban dengan hutang yang banyak disebabkan kena tipu dalam perniagaan. Apa jua yang berlaku kita kembali kepada Tuhan. Mudah-mudahan suatu hari nanti segalanya akan selesai dan kita merasai financial freedom. InsyaAllah

Rasulullah Junjungan Mulia Nabi aMuhammad SAW ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan  melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sesungguh Allah itu Maha Mengerti..

Dari Dia kita datang dari Dia kita Pulang. 


Salam kasih
Ummu Isyhadi Isyraqi 

Tuesday, 16 June 2015

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Assalamualaikum.

Saat mendamaikan apabila melihat anak-anak sedang lena diulit mimpi.
Entah apa yang dimimpikan.

Semua ibubapa sayang pada anak-anak cuma kadang-kadang kita lupa bagaimana untuk mendidik mereka dengan sebaiknya. Kita mudah naik angin dengan kerenah anak-anak yang buat pelbagai hal.

Apa kata amalkan setiap kali anak dah tidur kita bacakan doa ini supaya hati anak lembut mendengar kata.



Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak agar minum air tersebut. in syaa Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izinNya.

Boleh juga baca doa ini pada ubunnya ketika tidur.

Kita juga boleh banyakkan  berzikir Ya Lathif, baca 7 kali dan hembus di ubun kepala anak.

Dalam diri kita harus diperkuatkan. Kita banyakkan berzikir agar hati kita sentiasa sabar dan kuat untuk mendidik anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang terutama sekali anak yang berusia 3-6 tahun.

Ibubapa merupakan cermin pada anak-anak. Semoga kita semua istiqamah dalam menjalankannya.

With LOVE
Journey of Ummi


Masak Lemak Cili Padi Telur

Assalamualaikum

Petang ni untuk menu berbuka puasa abah Isyhad, ummi masakkan lagi telur masak lemak cili padi. Sebelum ni buat dengan telur ayam sebab abah Isyhad asyik lupa belikan telur itik. Masak lemak cili padi telur ni seelok-eloknya guna telur itik

Kebetulan Tok Wan  dah belikan telur itik jadi ummi masak guna telur itik pulak. Dah lama sebenarnya tak makan telur itik masak Lemak Cili padi. Kali terakhir masa mengajar di kolej mara seremban. Makan kat kafe mak cik Ina. Memang aku cepat naik berat badan masa duk mengajar kat sana. Sebenarnya waktu aku umur belasan dan awal 20 an badan aku ni kurus meleding. Bila mula masuk umur 25 barulah berat badan naik sikit. Nampak lah ada body perempuan sikit..hehe

Berbalik kita cerita tentang masak lemak cili padi telur. Masak lemak cili padi stail orang nogori sembilan ni sonang yor..



Resepi masak Lemak Cili padi:

Bahan-bahannya

4 biji telur
Santan sebungkus setengah -aku beli yang sebungkus rm2.00
Cili padi
Kunyit basah/kunyit serbuk
Serai
Daun Kunyit
Garam secukup rasa
Air untuk cairkan sikit santan pekat
Setengah keping Asam Keping / Asam Belimbing Telunjuk




Cara Memasak.

1. Tumbuk Cili Padi, kunyit dan garam
2. Masukkan santan ke dalam periuk. Campurkan air sikit jika terlalu pekat.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
4. Biarkan sampai santan dan bahan tumbuk tadi sebati dan menggelegak
5. Pastikan api kecil dan santan sentiasa dikacau
6. Sambil kacau kuah sampai menggelegak boleh masukkan serai dan daun kunyit. Kacau sehingga menggelegak yer
6. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur dipecahkan ke dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada termasuk telur yang busuk.
7. Masukkan asam keping atau belimbing telunjuk dalam 5/6 biji.
8. Tutup periuk dalam 3 minit
9. Bila nampak telur semakin masak barulah boleh kacau perlahan-lahan.
10.  Biarkan sehingga telur masak sepenuhnya 

OK dah siap!!! 
Boleh hidang dan makan. 



Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Wednesday, 10 June 2015

Tips Mengekalkan Nutrisi Vitamin dalam Makanan



Google Picture

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Nak pandai memasak perlukan  pengalaman. Bukan sehari dua masuk dapur dah boleh jadi macam master chef. Resepi masakan sekarang memang belambak boleh dapat kat internet. Tapi kalau tak pandai kontrol api boleh hangit bawang yang ditumis. Haii teringat kat adik sorang ni yg duduk serumah masa belajar dulu baru nak belajar memasak..hangit tumisan bawang n cili sebab tak pandai kontrol api masak.  Itu sebabnya kalau yg baru kawin tiba2  isteri masak hangit.. hang faham2 jela yer tu tandanya dia baru nak belajar masak.

Kita kena tahu, memasak ni perlukan skill agar nutrisi dalam makanan tersebut masih ada. Kita makan sebab nak sihat. Badan kita perlukan nutrien seperti vitamin dan protein. Vitamin dan protein mudah musnah disebabkan suhu yang tinggi dan makanan yang di masak sehingga terlebih masak.

Vitamin contohnya sangat diperlukan bagi membantu melancarkan atau melengkapkan aktiti-aktiviti badan. Kehadiran vitamin amat penting bagi membenarkan tindakbalas kimia berjalan dengan sempurna.

Vitamin dan mineral senang musnah semasa berlakunya proses penyediaan makanan.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nutrisi makanan ketika penyediaan makanan?

1.Memendekkan masa memasak sayur-sayuran seboleh mungkin.


2. Masak dengan cara kukus.


3.Apabila hendak merebus sayur-sayurann masukkakan sayur-sayuran selepas air mendidih dan air secukupnya, memadai untuk sayur tenggelam.


4. Pastikan sayur-sayuran hijau tidak ditutup dan sayur-sayuran yg mempunyai rasa yg kuat tidak ditutup dengan penutup semasa direbus.

Jangan tambahkan baking soda dalam sayur-sayuran kerana ia boleh menyebabkan teksturnya hancur dan boleh kehilangan nutrisi.


6. Basuh sayur-sayuran sebelum digunakan dan elakkan direndam dalam air.


7. Elakkan memotong sayur-sayuran dalam saiz yang kecil.


8. Bagi sayuran dalam tin, didihkan cecairnya terlebih dahulu.


9. Singkatkan masa bagi sayur-sayuran yg dimasak menggunakan microwave.

Semoga teknik memasak kita lepas ni akan jadi bertambah baik supaya makanan yang kita masak tu bukan setakat boleh dimakan tetapi ia dapat membekalkan nutrien untuk tubuh badan kita. Memasak sendiri juga akan jadi lebih jimat, kualiti kebersihan terjaga dan dapat mengeratkan kasih sayang.

Jika uolls  masih rasa was-was atau bimbang anda dan anak-anak tidak menerima cukup nutrisi , berilah anak anda dan diri anda juga dengan supplement. MEAL SHAKES dan Vitalea Kids - Multivitamin Kanak-kanak yang lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk anak anda.

Untuk orang dewasa, multivitamin Vita Lea Iron Formula sangat diperlukan bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan rutin harian dan mementingkan keperluan nutrien vitamin yang mencukupi untuk kekal cergas dan sihat. mealshake ni juga sesuai dijadikan minuman sarapan pagi. Sesuai untuk seisi keluarga.


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 23 May 2015

Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu hari Ahad.

Ohh rupanya lama tak bersiaran di blog.. sebab kekangan menjaga dan melayan anak-anak soleh ku demam.

Al-Insyirah ayat 5-8 ""Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

Korang boleh fahami kut apa yang Tuhan nak sampai kan kepada kita.

Hidup senang Tuhan yang bagi.. Hidup kita tiba-tiba susah pon Tuhan yang bagi.. Kadang - kadang kita lihat hidup orang tu susah dari segi zahirnya tetapi jiwanya tenang menempuhi cabang hidup ini. Hidup di dunia ini adalah untuk mencari bekalan di akhirat nanti.

FB Irfan Khairi


Selepas kesusahan pasti ada kemenangan. Bersabar  dan bertawakal pada Allah.

Jangan putus asa okehh.. Allah nak beri benda yang lebih hebat dari apa yg kita pernah perolehi sebelum ini. Yang penting teruskan usaha. Ingat kata-kata Allah tu dalam surah Al Insyirah

Saturday, 9 May 2015

Cuti 1 hari Dalam Seminggu dari Sungai Petani ke Alor Star

Assalamualaikum dan salam ceria dan bahagia.

Setiap kali en . suami ku cuti, mesti nak ajak keluar sebab aku jadi bingung kalau asyik terperap kat rumah jer. Yela kan buat kerja bisness pon dari rumah...jaga anak kat rumah, borak2 dgn kwn2 pon di rumah. Aishh mmg banyak masa di rumah tapi sibuk nya pon hebat jugak. Nak berjaya mesti ada schedule dan list to do mcm kita kerja kat ofis tu.. kita tanam benih dulu lepas tu baru dapat tuan dengan hasil yang banyak. Iring usaha kita dengan solat, doa  dan zikir kepada Tuhan.

So minggu ni semalam abah Isyhad Isyraqi cuti, nasib baik demam adik Dah kebah, jadi petang semalam kami shoot ke Tesco Alor Setar. Haha mcm kat SP takder Tesco jer.. sebenarnya nak amik angin tempat lain dan lama sangat dah aku tak ke Alor Star.

Plan jalan ikut kawasan kampung, boleh tengok keadaan kampung, sambil tu en. Suami akan jadi tour guide aku, anak2 bising dlm kereta mcm biasa main dn menyakat.

First perjalanan ni dari SP akan sampai ke Gurun, sampai kaki gunung Jerai, masuk ke gua campedak. Waktu ni suami cerita tentang terusan Wan Mat Saman. Terusan air untuk bekalkan air ke kawasan sawah padi. Siapa  Wan Mat Saman ni? Orang kedah mesti kenal lah dengan dia ni.. tapi mcm aku ni yang bukan orang kedah confirm tak tahu. Dia adalah bekas Menteri besar Kedah, dia lah yang bertanggung jawab memodenkan kedah untuk menjadikan kedah sebagai pusat penanaman padi terbesar di Malaysia. Terusan ini akan bermula dari kaki gunung Jerai sampai ke Alor Star.


Perjalanan di tepi Terusan Wan Mat Saman




Dalam kereta 2 Hero ni jarang duduk diam. diam itu hanya ketika mereka tidur. Kalau abg tak nyakat adik, adik pula yang mula menyakat ajak abang main. Penghibur hati Kami. 

Sampai Tesco merbong , Alor Star, perut lapar dan haus, Kami order abc dan nasi ayam. Hanya abc jer yg boleh tahan puas makan,RM4 semangkuk. 
Nasi ayam tu kononnya nak bagi Isyhad makan, tapi akhirnya hanya kami berdoa yg habiskan. Nasi ayam ni aku bagi markah 4/10. Sebab lapar boleh lah telan. Istilah sedapkan  hati Jangan membazir  makanan. 


Hanya ada gambar Isyhad makan abc jer. Nampak tak baju Isyhad kotor sebab dia luakkan ais krim yg tercampur sikit dengan jagung.. Adui mana ada bawa baju spare, baju adik ada la... 
kesimpulannya bila bawa anak2 tak kira walaupun yg besar umur 4 tahun ni mesti simpan baju spare dalam kereta.. Trpaksalah ummi ko yg hebat ni.. berjuang kat Tesco untuk cari baju. Cari yg murah tapi kain kualiti.. Tu sebab namanya hebat.. Haha.. Lepas ni kalau ada banyak-banyak duit boleh ambil jer mana baju yg nak kan.. Semoga kaya dan berjaya dunia akhirat. Kaya dan hidup sederhana. 

Inilah hasil baju dengan seluar yg dpt RM15+++


Muka baru bangun tidur kat restoran Mama village Sp. Nak singgah kedai makan lain tadi hujan lebat dan anak - anak tengah tidur. 



Menu makan malam tu.. Sotong goreng tepung yang bagi kami agak tip top sebab selama ni susah nak dapat org goreng sotong tepung mcm ni.. tapi cam agak sedih jugak sebab semua makanan ni portionnya sikit dan mahal pulak tu. Menu yg lain tu rasa biasa jer. Ni first time kami order menu makan hidang. Kalau makan set bawal goreng atau set ayam rempah goreng berbaloi-baloi harganya dn portion makanannya juga banyak. 

Lepas ni ummi masak lagi puas makan cuma kdg2 kesuntukan masa nak bersilat kat dapur. Masak simple2 jer kalau hari2 tu. Work at home mom bagi en. Suami jangan nak berangan asyik nak makan sedap jer hari2 tau. What we do now is only for our family future. 

Akhir kata, Hidup ini memang perlu try and error. Belajar dari pengalaman dan jangan ulang kesilapan yang telah dilakukan. 

Allah beside u to teach and guide. Love Allah


Tuesday, 5 May 2015

Khasiat Taugeh Selain Daripada Untuk Kesuburan

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Sewaktu nak dapatkan anak kedua kami si adik ni, hampir setahun kami mencuba…pernah dlm perbualan kami, saya suruh abang makan banyak taugeh sebab dapat meningkatkan kesuburan lelaki. Baca dalam info surat khabar rasanya. Sayur taugeh ni selalu kami makan waktu buat kerabu campur dengan sayur lain atau tersangat wajib taugeh ni digunakan dalam char kuew tiao. Kalau tumis sayur taugeh gitu jer tak bape nak jalan sgt org2 dalam rumah ni.

Salah satu khasiat taugeh ni memang sangat bagus untuk lelaki kerana membantu menghasilkan sperma yang banyak dan baik agar meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku. Banyak lagi khasiat2 taugeh ni yang bagi saya sayur paling murah di pasaran sekarang ni..tak tau la kut ada sayur lain yg lagi murah berbanding taugeh. nak buat sendiri sayur taugeh ni  pon boleh senang hanya dengan  kacang hijau.

google picture

Baiklah, kita lihat  antara khasiat-khasiat taugeh

1. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita:
Pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih banyak dan lebih baik untuk kaum lelaki manakala bagi kaum wanita, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, usus besar, pankreas dan leukemia.
Mengikut kajian yang dijalankan , taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. salah satunya, ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan pertumbuhan sel-sel kanser, usus besar, pancreas dan leukemia.

3. Mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sistesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan, dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

4. Mengelakkan daripada kanser payudara
Pengambilan taugeh bagi golongan wanita dapat menghindarkan diri daripada kanser payudara, gangguan semasa menstruasi, symptom pra menopous dan juga symptom akibat menopous.

5. Menghalang tubuh kita daripada sel perosak DNA
Taugeh ini sebenarnya kaya dengan antioksida yang kuat  dan mampu menghalang tubuh kita daripada radikal bebas perosak sel DNA. Radikal bebas inilah punca pengaktifan sel-sel kanser. Itu sebabnya untuk mengelakkan penyakit kanser, kita perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksida yang tinggi.

6. Menghalang Lemak Jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL)
Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Jadi, taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kotoran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

Selain daripada untuk kesuburan, banyak lagikan khasiat taugeh ni untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Jadikan setiap hidangan makanan kita mesti ada sayur at least sayur taugeh ni. Macam-macam resepi boleh masak dengan taugeh ni. Tak tahu boleh google jer okeh..Jangan lupa amalkan pemakanan yang seimbang dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan  kita.

Peace
Wassalam

Ummu syhad Isyraqi 

Sunday, 3 May 2015

Athieef Al Isyraqi 7 Bulan


Assalamualaikum.

Back review sebab post ni lama tertangguh. Nak upload gambar si kecik ni tak terbuat lagi..on jer lah..

14.4 2015
Hari ni genap adik masuk  8 bulan. Perkembangan 7 bulan cepat jer rasanya and tengok dah besar dah dia sebab gigi dah tumbuh. Kepala botak lagi rambut tak banyak tmbuh jadi still muka macam baby 4 bulan..hehe.


Cerita sikit Perkembangan Adik Athieef Al Isyraqi sepanjang 7 bulan ni.

  1.  Mula angkat2 punggong nak merangkak tapi belum pandai merangkak lagi. Nak bergerak dia menjulur ke depan dgn dua tangan dan always guling-guling sampai ke dinding..terantuk nangis..waaaaa. Makin lama makin kuat menjulur ke depan.
  2.  Nenek dia belikan walker sebab kesian tgk terguling-guling jer..hehe..dapat walker sengeh2 then terus jer pandai gerakkan walker berjalan sana sini. No problem..makin lama makin laju. siap main kejar2 dengan abang. Abang kayuh basikal dia kayuh dengan walkernya. But still beware dengan walker ni. Walker ni jenis rendah,luas dan banyak tayar. Walaupon ada walker jangan biarkan anak kecil ni pergi sesuau tempat yang berbahaya. Barang-barang kecil mesti simpan tempat tinggi atau mesti kunci dalam laci. wajib kunci tau. peringatan untuk diri sendiri juga. Bulan ni  keluar berita baby 10 bulan koma dan akhirnya meninggal dunia disebabkan termakan skru dalam laci sewaktu baby ni duduk dalam walker berjalan pergi ke laci almari yang tak   berkunci. Kesian kat baby bila dikenangkan. Jadi kita semua kena sama-sama prihatin dan tengok aktiviti baby kecil ni. Jangan letak barang merata-rata. Waktu macam ni kerjanya suka mengutip then masuk  mulut.
  3.   Ok masuk bab makan. Makan takder masalah..masih tekstur halus.Cuma seminggu nak masuk 8 bulan dah start bagi tekstur bubur nasi kasar sikit. perut dia tu dah sumbat macam-macamn dia rasa. Apa yang kita makan dia nak juga rasa cuma yang ada pengawet dan pewarna tiruan wajib tak bagi. Banyak lagi jenis makanan boleh bagi kat anak yang suci murni ni haa… (^-^)
  4.  Disebabkan cuaca panas sekarang ni..suka sangat  minum air kosong. haus la katakan. paling puas dia minum guna cawan. orang minum dia pon nak juga. kalau tak bagi menangis-nangis dan pandai buat merajuk marah. 
  5.   membebel pon dah pandai dan berlawan menjerit dengan abang.Mak tok kata ada dua anak burung dalam rumah ni.
  6. Si abang kena demam sikit, batuk dan selesema pastu berjangkit kat adik juga. Rasa demam dedar sikit jer tapi  still aktif for sure merap jadinya..ummi tak leh buat kerja lain nak mengendeng dgn dia jer. Memamng gitu lumrah bila anak-anak badan tak berapa sihat. Bagi ubat demam tahu rasa pahit tak sedap..dia luahkan. Kena masukkan sikit-sikit dalam mulut terus ke tekak.
  7. Cepat tumbuh gigi si adik ni. Masuk 7 bulan ari tu dah rasa gigi bawah nak tumbuh. Seminggu sebelum masuk 8 bulan ni dah naik cantik gigi bawah 2 batang. So pandai dah makan biskut yang lembut cth biskut mary dan biskut apa tah nama yer ni..sedap rasa lemak-lemak masin sikit. Bedal je la dik..
  8. Tidur kat katil lasak..pusing 360 darjah. Kalau abang ada tidur sebelah dia..dua2 buat macam2 gaya. Comey sebenarnya tengok berdua ni.. Nanti bila diorang dah besar cepat jer rasa moment macam ni kita boleh tengok
  9.  7 bulan setengah dah boleh duduk tanpa support.
Ok..next journey within 8 month years old pulak…Bye

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani



Assalamualaikum dan salam ceria.

Ada orang tanya nak beli shaklee ni kat mana? Ada kedai jual tak? Jawapannya kedai shaklee  ni ada tapi kami panggil cawangan shaklee di mana di sini pengedar-pengedar shaklee boleh membeli stok barang shaklee  untuk pelanggan-pelanggan yang telah menempah sahaja. Kalau malas pi cawangan ni pon boleh, kami buat direct order barang from website shaklee. Lepas tu pihak shaklee akan pos sampai ke rumah, InsyaAllah sampai keesokannya. alhamdulillah saya hanya buat business shaklee ni dari rumah secara online. Untuk pengetahuan semua, saya adalah pengedar sah shaklee di sungai petani dan seluruh Malaysia dan dunia..haa gitu..manalah tahu dapat order daripada orang brunei atau singapore ker..Amin. Shaklee ni worldwide okeh..


Menara Jam Besar - Lambang Sungai petani

Untuk customer boleh pilih samaada barang nak dihantar melalui pos atau cash on delivery  ke seluruh kawasan sekitar  SUNGAI PETANI. Bagi orang-orang kampung Pengkalan Lebai Man atau yang tinggal di kawasan taman yang berdekatan nak singgah rumah kami pun boleh untuk dapatkan terus barang yang diingini di rumah kami. Orang-orang kampung pengkalan Lebai Man mesti kenal Cikgu Abdul Rahman kan..itu pak mertua saya. Mai la datang..

Selain daripada itu, kalau nak jumpa di tempat-tempat biasa shopping complex seperti giant dan tesco juga boleh. Perkhidmatan Cash on Delivery ni saya tak kenakan apa charge..FREE. Bayar harga barang jer yer..:). Setiap customer yang membeli produk shaklee daripada saya akan terus mendapat khidmat konsultasi secara percuma dan berterusan tentang pengambilan vitamin serta tips kesihatan.

Saya ingin beritahu di sini, elakkan daripada membeli produk shaklee yang bukan daripada pengedar yang sah kerana berkemungkinan anda akan membeli dengan harga yang lebih mahal daripada yang sepatutnya dan anda juga tidak mendapat khidmat konsultasi pemakanan vitamin yang betul. Pengambilan vitamin yang betul dengan dos yang ditetapkan sangat penting supaya anda dapat kembali pulih dan kekal cergas setiap hari.

Bagi customer yang berada di luar kawasan Sungai Petani pastinya perkhimatan Pos Laju atau pos direct daripada pihak shaklee melalui pos GDEX.

Ok..KESIHATAN Itu MESTI. Sama-sama kita menjaganya. (^-^)

Hubungi:
sms/ watsapp : Shahida  011 32262280
                       Amirulsyaidi  011 32262290


Wassalam
Ummu Isyhad Isyraqi





Sayangi Diri Sebelum Kita Menyayangi Orang lain



Assalamualaikum dan Salam bahagia. 😊

Setiap daripada kita ada kisah yang akan menjadikan diri kita lebih matang. MATANG dari segi Pemikiran dan Tindakan. Alkisah hari ni saya ingin berpesan pada diri dan anda semua sayangi lah diri sebelum anda menyayangi orang lain.

Sejak 2,3 hari ni heboh viral tentang kisah seorang wanita yang terpaksa di buang ovarinya  kerana rosak disebabkan pengambilan suplemen yang tidak diyakini yang banyak di pasaran skrg. Akibat terlalu tertekan agaknya dia telah membuat satu kenyataan yang terlalu mengikut perasaan hingga menyalahkan semua jenama suplemen yang ada di pasaran sekarang termasuk jenama shaklee dan menyarankan semua orang mengelakkan diri dari pengambilan  makanan-makanan kesihatan ini.

Saya adalah pengguna shaklee dan juga sebagai pengedar produk shaklee bertindaklah menerangkan kembali kepada customer2 yg bertanya. Bahaya ke shaklee ni?  Nak tak nak kena explain baik2 sebab sbg pengedar shaklee yang pro, kami dibekalkan dengan ilmu yang diperolehi daripada pakar nutrisi dan juga kami memiliki buku nutrisi dan produk sebagai panduan. Saya berdoa semoga saya mencapai cita-cita menjadi MASTER DISTRIBUTOR dan PAKAR NUTRISI. Doakan untuk saya yer.Saya juga doakan anda semua mencapai semua cita-cita yang diimpikan.

Yang membuatkan hati saya terdetik untuk anda semua sayangi lah diri kita ini dulu sebab bila kawan saya ni bagitau hasben dia tak bagi makan shaklee sebab dengar viral kisah wanita salah makan suplemen ni. Saya nasihat kan di sini nak patuh pada perintah suami biarlah ikut perkara yang logik dan benar selagi tidak melanggar Syariat Tuhan. Kita ni wanita mudah sangat lembut dengan kata2 lelaki. Kalau kita  dah kaji produk ni sememangnya selamat utk pengguna jadi dengan kefahaman ilmu tentang kesihatan dan nutrisi kita tak perlu nak dengar kata suami atau org lain yg tak baca dan kaji produk tersebut. JANGAN IKUT KATA ORANG MEMBUTA TULI.. SIASAT MAKLUMAT YANG BETUL.. BARULAH BUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA.

Kita perlu sayang diri kita dulu untuk dapat kesihatan yang baik. Minta jer kat suami kita nak makan suplemen cth  nak ostematrix sebab minum susu tak sempat. Macam mana nak sempat urusan anak2 dan kerja dah buat kita sibuk satu hal.. Sampai lupa tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Kalau kalsium tak cukup nanti suami tegap berdiri tapi kita dah terbongkok-bongkok sakit pinggang la, sakit tumit dan sendi bagai. Haa.. nanti nak layan suami pon tak larat.. Camno tu.. Fikir2kan..Saya sendiri pernah waktu mengajar di MRSM,  setiap malam saya akan suruh suami urutkan kaki dan tumit. Tak tahu lah pasal apa mudah sgt tumit kaki saya sakit. Lepas bersalin anak ke dua dan AMBIL SUPLEMEN shaklee,  Dah takder sakit tumit berdenyut2 tu dan badan lebih cergas. Bila kita sihat dan bertenaga barulah saya rasa  dapat buat segala kerja dengan baik.

Saya juga nak kongsikan kisah seorang ustaz dengan clientnya seorang isteri dan ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya terutama sekali pada anak-anak.
Baca sampai Habis ya.. Pastu korang renungkan dan buatan kesimpulan untuk diri anda dan orang2 yang anda sayangi.

Dari blog http://genta-rasa.com/
SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.

“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.

“Saya terkorban kerana berkorban.”

Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “

Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.

“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.

“Mengapa ustaz kata begitu?”

“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.

“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “

Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.

“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.

“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.

“Salah puan memang ada…” jawab saya.

“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.

“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.

“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”

“Sekalipun kepada anak sendiri.”

“Itu mementingkan diri namanya!”

Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.

“Mengapa demikian?”

“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.

Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.

“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”

“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu

Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”

“Maksudnya ustaz?”

“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”

“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”

“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”

“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.

“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”

“Maksud ustaz?”

“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”

“Ustaz, saya akan sembuh?”

“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”

“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”

“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”


-Sematkan di dalam hati ayat nasihat terakhir ustaz ini sebagai panduan hidup kita agar terus menyayangi diri kita. Macam mana nak sayang diri kita, KENAL dan SAYANG ALLAH terlebih dahulu.


Wassalam
Ummu Isyhad Isyraqi



Monday, 27 April 2015

8 Fakta Menarik Tentang Otot dan Tulang

Bismillah

Assalamualaikum dan salam ceria.

Setelah penat bertarung dengan adik untuk tidurkan dia, baru lah ummi dapat mengadap lappy ni. Kenapa saya kata bertarung..macam-macam ragam dia nak tidur tapi yang herannya mata dah tertutup tapi kaki dan tangan kemain kuat. Lenguh pinggang dan tangan ummi dibuatnya. Disebabkan anak sendiri memang sayangla si bulat 8 bulan ni..takut pulak difikirkan bila orang lain yang jaga. Kalau tak sabar boleh meroyan dibuatnya..takut2 diapa-apakan orang pada baby yang masih kecil ni.

So, baby saya ni  LELAKI..sememangnya otot dan tulang lelaki lebih kuat dan padat berbanding PEREMPUAN. Itu sebab waktu kita mengandungkan anak lelaki, orang tua kata banyakkan minum susu sebab baby lelaki ni akan serap banyak kalsium daripada ibunya. Hal ini berlanjutan sehingga baby dilahirkan sekiranya si ibu menyusukan bayi dengan susu badan sendiri.

Mari kita lihat dan kongsikan bersama fakta yang ringkas dan menarik  tentang otot dan tulang:




1. Kita semua dilahirkan degn 300 tulang sewaktu bayi. Apabila kita meningkat dewasa, angka itu berkurangan kepada 206 tulang. Ini disebabkan ialah ketika bayi, kebanyakan tulang adalah adalah terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang masih belum bergabung antara satu sama lain. Ini untuk memudahkan bayi dilahirkan. Apabila semakin dewasa, tulang-tulang tadi ada yang bergabung dan berpadu.


2. Ketinggian kita sebenarnya adalah 1 cm lebih tinggi pada waktu pagi daripada waktu petang. Ini kerana tulang rawan dan bendalir di sekitar sendi akan termampat oleh aktiviti harian seperti berdiri, duduk, berlari , berjalan dan sebagainya. Jadi kita akan pendek sedikit pada waktu petang atau malam berbanding dengan waktu pagi.


3. Otot paling kuat pada badan kita ialah LIDAH. Rasa pelik dengar kan..kalau nak buat push up dengan lidah memang confirmlah tak boleh..haha, tapi jika dibuat perbandingan dengan saix, ternyata lidah lebih kuat daripada otot badan yang lain dalam saiz yang sama.


4. Setiap langkak kaki kita,memerlukan kerjasama 200 otot yang berkaitan agar ianya bergerak sempurna. Kita biasanya berjalan sebanyak 10 000 langkah sehari. Bayangkanlah berapa banyak kerja yang otot kita lakukan.! Kalau pemain bola sepak lagi la BANYAK kan.. :)


5. Tulang paling keras ialah TULANG RAHANG. Bahagian ini adalah bahagian yang paling susah untuk dipatahkan dalam badan manusia dan sangat tahan lama.



6. Tulang secara kasarnya adalah lebih kuat daripada sesetengah besi. Tapi ini tak bermakna tulang tak boleh patah. Tulang ini sebenarnya  kurang tumpat berbanding besi. tetapi jika dibandingkan dengan berat yang sama pada suatu skala, tulang sebenarnya lebih kuat daripada besi.


7. Gigi adalah satu-satunya bahagian yang tidak akan pulih secara sendirinya. Lapisan luar gigi kita dipanggil enamel. Enamel ini bukanlah tisu hidup, sebab tulah ia tak boleh pulih dengan sendiri. Jadi perkhidmatan ggi adalah penting. Setahun sekali tu pergilah jumpa doktor gigi kalau kita nak gigi kekal cantik dan sihat sampai ke tua.hehe..peringatan utk diri sendiri sebab malas sangat nak pi jumpa dentist. En suami pulak jenis penakut bab check gigi sebab dia takut cabut gigi. hmm memang ada gigi yang rosak pon..haha


8. Sewaktu kita SENYUM, sebanyak 17 otot digunakan dan 43 otot digunakan untuk bermasam muka. Itu sebab nak awet muda kita perlu senyum dan juga kita akan kurang cepat letih. Bila ceria lebih bertenaga bukan? Mesti kepala dah angguk tu kan...hehe



Athieef  Isyraqi senyum.....


Sekian..

Salam Jumpa lagi.. \^^/
Ummu Isyhad Isyraqi

Thursday, 23 April 2015

How to Strip Wash Cloth Diapers

kredit to: diapers clothlines

Assalamualaikum dan salam ceria.

Dekat 6 bulan dah adik pakai cloth diapers cuma ada juga sesekali pakai pampers pakai buang sebab tak sempat cuci atau adik terlalu banyak berak dalam sehari terutamanya sejak Adik demam dekat seminggu..demam biasa, selesema dan batuk.

Ummi tengok cloth diapers dia yang charcoal bamboo macam ada lebihan sabun. Oh ni nak kena buat strip wash. Cari maklumat macam mana nak strip wash CD ni. Ini antara info dan kaedah simple nak cuci strip wash CD

Ok yer..sememangnya dari masa ke masa, kita akan dapati cloth diapers yang sering kita gunakan akan mula berbau walaupun baru je lepas buat cucian.. Jangan risau ia bukan bermaksud  cloth diapers yg kite baru cuci tak bersih tapi ini disebabkan oleh mendapan sabun dan minyak pada fabrik cloth diapers. Mendapan ni bukan saja akan memberi bau tapi juga boleh mengurangkan daya serapan terutamanya pada insert.

So kita boleh hilangkan atau sekurang-kurangnya kurangkan bau dan mendapan tersebut dengan membuat strip wash yang mudah. Berikut beberapa langkah mudah yang boleh dijadikan panduan:

Step 1: Isikan washing machine anda dengan WARM water dan bukan HOT water (nak bg accurate suhu tak pernah pulak ukur). Lebih mudah, setkan sebagai Full Loading jer.


Step 2: Masukkan cloth diapers yang ingin dicuci dan biarkan mesin start cycle dalam 2-3 minit.

Step 3: Kemudian masukkan sedikit (dalam 1 sudu teh) sabun cuci pinggan (jenis liquid) ke dalam cucian. Pastikan sabun cuci pinggan anda tidak mengandungi bleach atau agen pelembut (mcm pelembut tangan atau sebagainya).

Step 4: Biarkan berpusing selama 2-3 minit.

Step 5: Masukkan lagi 1 sudu kecil sabun cuci pinggan

Step 6: Ulang step 4 dan step 5 sampai anda rasa sabun yang dimasukkan cukup untuk mencuci semua cloth diapers. Jangan masukkan sabun yang banyak dalam satu-satu masa sebab tak nak keluar bubbles yang banyak.

Step 7: Bila cucian pusingan pertama selesai, ulang cucian untuk pusingan kedua dan ketiga (tapi tak perlu lah letak sabun lagi) atau sehingga tak ada buih lagi yg dikeluarkan.

Step 8: Lakukan extra rinse dan tambahkan sedikit cuka ke dalam cucian to remove all build up residue from cloth diapers. Sekarang stripping is done! Your diapers should come out like a brand new hehe....

Kena spend masa sikit la duduk depan washing machine. Strip wash ni penting supaya kulit baby tak kena ruam atau melecet. Memang pun sejak 2,3 hari lepas kerap punggung adik melecet ditambah dia kerap berak cair sebab badan panas dalam dan batuk. Hari ini alhamdulillah selesema dah baik cuma batuk belum hilang lagi.

Keep your child Clean and Healthy :)

Selamat mencuba Ummi Isyhad Isyraqi dan mommies di luar sana \^-^/


Monday, 20 April 2015

Perbandingan Dan Persamaan


Jumpa Gambar lama Isyhadi





INI waktu Isyhad berusia 1 tahun sebulan




INI pula..adik Isyhad - Athieef Al Isyraqi
Waktu ni adik dalam umur 4 bulan
Maksu yang ambil gambar ni


Dari sudut tepi pipi diorang ni..SAMAKan..

Ok..Tq

Nanti tgk lagi gambar2 muka diorang yang sama



Pujuklah Hati



Assalamualaikum.

Hidup kita ni umpama roda.. Kadang  di atas Kadang di bawah.. ujian kesedihan pasti akan ada dalam mewarnai kehidupan ini.. BERSABARLAH HATI DAN JIWA

Sambil dodoikan adik Isyraqi..   intai2 entry blogger2 favourite.. Lama dah tak jenguh blog adik  ni.. Usia  baru 30 tahun. Ni antara yg saya suka dan leh  share dgn uolls.. Pengubat hati yg sedang kesedihan..kalau takder orang nak pujuk kita..kita mesti pujuk hati kits ni..

Petikan daripada dia  dgr  ceramah Dr.  Maza

Kalau kita ditimpa malang. Ditimpa rasa kecewa. Sedih. Kehilangan. Rumah masuk pencuri. Harta kena rampas; "kalau sedih anak kena ambil orang” -   Dia sambung lagi;
Pujuk lah hati dengan mengucapkan  Ù†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ‎

(Innalillahi wainnalillahi rojiun -Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)


Dia bagi contoh;


Kalau kita pergi tidur kat tempat orang, hotel murah ke, katil tak selesa. Atau balik kampung, bantal tak sedap, panas - anak-anak semua mengeluh, kita akan pujuk anak kita“Sabar ek..2-3 hari je kita kat sini..nanti esok lusa kita balik rumah kita balik..

macam tu lah ibaratnya kita kat dunia. Sedih, serabut, sakit, hilang, perit, teraniaya, fitnah payah yang menimpa, pujuklah hati kita denganÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ‎ sebab dunia ni tempat kita duduk sementara je..esok lusa..kita balik ke tempat asal kita kat Akhirat nun..tinggal kan semua sekali..

Walau  apa pun  yang terjadi jangan berputus asa dengan rahmat Tahun. ALLAH maha Memberi. Pintalah pada DIA. Banyak keindahan di dunia ini  yang boleh kita nikmati dgn kesyukuran serta dapat menambahkan lagi keimanan  dan ketakwaan kepada Nya

Selamat malam

Ummu Isyhadi Isyraqi

Sunday, 12 April 2015

Perbezaan Shaklee- GLA Complex


Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Kita biasa dah dengar tentang EPO (Evening Primrose Oil). Tapi kalau GLA kurang kita dengar kan…GLA (gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran sekarang sebenarnya dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO).Kiranya dalam EPO inilah ada GLA.

Tapi apa kelebihan yang ada pada GLA complex Shaklee? GLA complex Shaklee pula diekstrak dari pokok tumbuhan yang dikenali sebagai borage. Ia mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA yang ada dalam EPO. Saya ulang.. GLA Shaklee 2 kali ganda GLA EPO.
Selain itu,borage ini juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailability, dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic dikawasan Saskatchewan
Setiap kapsul mengandung lebih 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik Omega 6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanannya dan kestabilannya.

Kesegaran dan keberkesananya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan. Bioavailabiliti dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA


Borage Seed      17% - 25%
Blaccurant          15% - 20%
EPO                   7%  -  10%

THE MOST CONCENTRATED NATURAL GLA IS FROM BORAGE SEED

SHAKLEE GLA COMPLEX  IS THE MOST NATURAL, THE MOST EFFECTIVE NATURAL INGREDIENTS

Hasil penemuan GLA di dalam borage seed yang lebih efektif kesannya berbanding GLA dalam EPO menghasilkan produk ini sering menjadi tumpuan dikalangan golongan wanita untuk kecantikan dan meningkatkan kesuburan wanita. Selain itu banyak lagi manfaat utama GLA complex ini.

Perbezaan ini menjadikan GLA complex shaklee merupakan suplemen terbaik untuk wanita khasnya merawat masalah hormon dalaman dan kesuburan. Yang pakat2 nak mengandung tapi tak lekat2 lagi boleh cuba GLA complex ini yer. Ramai dah berjaya..boleh tgk testimoni di sini.

Sebenarnya GLA  ini bukan sahaja untuk wanita jer tau..tetapi ia juga untuk kanak-kanak, boleh potong gel lembutnya dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga  selepas menopous dan andropouse (menopaus lelaki).

Berkesan Mesra Alam

Wassalam

Ummu Isyhadi Isyraqi
011 32262280







Monday, 30 March 2015

Kelebihan Utama Ostematrix

KELEBIHAN UTAMA OSTEMATRIX

Kalsium
i)        Menguatkan tulang:
Kalsium diperlukan dalam badan kita untuk menghalang penyakit osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan memelihara system saraf.

Ia juga diperlukan untuk merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapugh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.

ii)      Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan ,sakit sendi dan arthritis

iii)    Mengurangkan Stress
Ianya akan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf. Dengan itu ia akan menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga dapat memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

iv)    Memperbaiki masalah haid.
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 100 mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

v)      Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan memastikan imbangna pH tubuh.
Ianya juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan lagi, kalsium membantu sel menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi. Dalam erti kata yang lain ia memudahkan proses pembuangan air besar.

vi)     Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastric



Vitamin D :- Ia diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, merperbaiki penyakit periodontal.

Magnesium :- Ia adalah ion positif no. 2 penting di dalam tubuh kita. Ia diibaratkan seperti agen pengangkutan kepada kalsium agar kalsium dapat dibawa keseluruh badan untuk menghalang endapan kalsium.Kalsium akan melarut dan dapat mengelakkan pembentukan batu karang atau batu hempedu
Selain itu, ostematrix juga mengandungi zinc, boron, manganese,kuprum untuk memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang rawan dan menghalang artritis





Bubur Nasi Puri dan Omega Guard

Assalamualaikum. Entry ni dah lama buat dan tak publish sebab kabel TM beberapa kali kena curi.
Ummi share kan cerita menu makanan adik bila dah masuk umur 6 bulan. Seronok cuba pelbagai menu supaya dia tak bosan asyik makan makanan yang sama. Cuba-cuba juga pastikan ia tak beri kesan alergik pada tubuh dia.

Menu baru makanan adik Athieef Al Isyraqi - Bubur nasi brokoli pisang dan ikan bilis serta sedikit minyak sayuran.


Tengah hari ini, ummi beri adik makanan pejal menu baru. Untuk isyhad dulupun rasanya tak buat campuran begini.Boleh tahan sedap rasanya lemak manis sayur dari brokoli dan pisang sebagai penambah rasa masam manis dan sedikit ikan bilis.

Masak dulu bubur nasi yang berasnya dah di blendkan..haa bercampuq bahasa omputih dan melayu..haha. Beras yang dah hancur ni lebih cepat masak dan lembut sebab banyak lagi oii keja lain nak buat. Woman at home mother (WAHM) ini lagi banyak kerjanya berbanding kerja kat ofis tau!!  tapi kita akan rasa puas dan yakin  terutama layan kerenah anak-anak dan makan suami..minum buat sendiri..haha senang jer nak buat air  skrg ni..COWAY kan ada.  ^ _^

Paling teruja..ibu-ibu yang kerja nya dirumah zaman sekarang ini, boleh jana income sehingga 5 angka seperti kerja saya sekarang bersama dengan SHAKLEE..MAKAN VITAMIN UNTUK KESIHATAN DIRI SENDIRI dan KELUARGA DAN DALAM MASA YANG SAMA BUAT BISNESS BERSAMA EMPAYAR SHAKLEE. Pendapatan unlimited bergantung kepada kesungguhan, kerajinan serta keyakinan kita dengan bidang bisnes yang diceburi. Itu sebab ada yang dah dapat income sebulan hampir rm700K..tak terbeliak mata dibuatnya. Jangan buat-buat terbeliak tapi nak tidur kankang jer n duit masuk..tak dapat la senang macam tu. Kalau u dapat macam tu berhati-hati takut nanti anda yang akan berputih mata.

Aishh..panjang lebar pulak cerita Shaklee kat sini..hehe belum abis cerita pasal adik athieef dengan menu baru ni..feed back muka dia..alhamdulillah senyum dan makan sampai habis. Petang ini boleh bagi lagi untuk tengok keserasian badan dia dengan menu baru ini.

U alls juga boleh tambahkan omega guard Shaklee (minyak ikan dari laut sejuk dalam). Rasa minyak ni tak hanyir dan bau dia macam bau ikan salmon. Ia membekalkan kandungan DHA yang tinggi (120 mg - 1 Capsules) untuk perkembangan IQ dan EQ anak-anak kecil kita.

Nak beli ikan salmon pun mahal dan kalau silap masak hilang segala khasiat yang ada dalam ikan tu.
Waktu saya  tambahkan 1 capsule omega guard dalam puri adik tempoh hari, puri labu dengan bubur nasi..nampak tak der masalah adik makan. habis semangkuk. Alhamdulillah



Ok..bye..nanti tgk-tgklah tentang vitamin Shaklee dan info kesihatan dalam blog ummu abi isyahdi isyraqi ni yer..Shaklee effect memang BEST!!

Salam sayang .
4/3/2015

Kak Yang Kembali Menulis

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan otak yang masih waras untuk berfikir. Nak kembali semula berblog sebena...